Di kesempatan yang sangat terhad tapi luas

"Aku?Dakwah?haha..gila apa?tapi tengok lah camna nanti..."

"Aku bab agama2 ni mana la sangat,ko pun tahu2 je lah aku ni camne..."

"Gila aku nak tegur dia,biar jelah!bukan buat rosak kat kita pun..."

...dan banyak lagi.Aku teringat sebenarnya antara ayat2 kat atas tu yang pernah dilontar kepada aku.Dan aku sendiri,terdiam,mungkin aku sendiri tak tahu nak jawab apa...dan ada banyak lagi ayat lain yang macam dah ada dalam skema agaknya,susah nak carik jawapan luar skema...sampai lah aku baca satu tulisan dalam buku,"Tip-tip Cemerlang daripada al-Quran" oleh Dr. Danial Zainal Abidin.Aku dah baca buku dia ada lah banyak,(sebab dah lebih 2,3 buku jugak aku baca) antaranya Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden,7 Formula Individu Cemerlang dan Empayar Minda Muslim.

Aku bukan nak bercerita tentang buku2 tu,walaupun aku sebenarnya rasa macam sangat best pun untuk diperkatakan,tapi,ada sesuatu yang aku ingin kongsi di atas jurnal ni..

"kamu adalah ummat terbaik(khaira ummatin) yang dilahirkan bagi manusia,kamu menyuruh ke arah kebaikan(ma'aruf),dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah."-ali Imran ayat 110-

Aku tersenyum je masa baca ayat ni,tapi bukan senyum kambing ok?cuma aku terfikir,dari hari ke hari bila aku renung-renung semula dan kadang-kadang Allah bagi kesempatan aku untuk melihat,merenung kembali al-Quran dan tafsirnya kat rumah,(ye aku amat bersyukur ada kesempatan duduk di rumah,lihat post Tinggal kat rumah:new lesson everyday )Subhanallah,aku rasa macam baca surat cinta,n lirik lagu yang dikarang untuk aku...macam Lagu Untukmu by M.U.H...

Dulu,aku selalu mencari lagu yang liriknya ada kena mengena dengan aku,

"..Aku ni kalau suka kat satu2 lagu tu,aku tengok lirik dia,baru aku boleh suka satu2 lagu tu.." terkenang camni lah jawapan aku setiap kali bila kengkawan aku tanya pasal lagu2 ni..

Dan kadang2 *sebenarnya selalu jugak* aku cam menterjemahkan lagu ni untuk peristiwa yang ni,lagu tu untuk peristiwa tu dan buat2 macam setiap frasa hidup aku ni macam ada je lagunya..

Sampai la satu hari,kat maktab,Ustazah aku,masa belajar dan beliau mengajar Pendidikan Agama Islam,Ustazah aku ni cakap kat seisi kelas..

"Kita ni,kalau lagu,liriknya tu dihafal-hafal siap buat buku khas lagi nak ingat liriknya,tapi takde plak buat gitu dengan hadis ke ayat Quran ke.."

..dan aku masa tu terasa jugak,yelah tabiat aku pun camtu la jugak..so,memang siapa makan cili,terasa pedasnya la,kan?tapi masa tu,aku macam buat dono je,aku pun tak terfikir jauh2 pasal apa yang Ustazah cakap..

..sampai la satu hari,di masa Jamuan Akhir Naqibah di rumah cikgu Naqibah kami,merangkap cikgu debat aku..beliau kata..

"..masa-masa dah habis SPM nanti,jangan berhenti dari terus ambil tahu tentang naqib (ni ayat tambahan skit,tak sepenuhnya ingat) cuba-cuba lah hafal hadis 40 ke,hafal ayat2 Quran yang mudah2 untuk kegunaan akan datang.."  

..dan apa yang cikgu aku cakap tu,masa tu agak memberi kesan kepada aku,dan hati semacam berazam nak buat..tapi..hmmm..sampai ke sudah sampai aku masuk PLKN tak terbuat..pending jugak 'peringatan-peringatan' tu dari folder ingatan aku..

Sampai la satu hari,di depan cermin,*ahahaha..kat depan cermin pulak tu!*sambil nyanyi-nyanyi,yelah,kenyang perut suka hati,kan?dan masa tu lah,Allah tiba2 ilhamkan aku,sampai aku terfikir kat hati..

"aku ni dok terjemah lirik lagu je,ayat Quran yang bertimbun tu tak terusik pulak nak ditafsirkan..yang patut dibuat tak buat..hmm.."

Dan aku pun ada 2,3 kali asyik tergerak macam tu,so aku pun try2 la,kembali pulang..haha..cuba ikut gerak hati *aik,sejak bila percaya gerak hati ni?*

"..ingatlah(zikir) Aku nescaya Aku ingat kepadamu.." -al Baqarah ayat 152-

Dan semakin aku teroka,rupa2nya ada banyak lagi (banyak sangat2 lagi) yang terbaki untuk diteroka..betapa,aku rasa sangat bersyukur diberi kesempatan itu..

sehinggalah,aku sedar,apa yang aku tahu,apa yang aku ada aku kena kongsi dengan orang...takkan nak sorang2 je jadi lebih baik) dan aku tahu,aku sedar aku sendiri tak sebaik mana,aku cuma berharap,dengan aku tolong sebar-sebarkan ayat Allah,cinta Allah dibiarkan bertebaran,akan ada juga satu hari nanti,orang lain yang Allah gerakkan hatinya untuk menolong dan mengingatkan aku..

Dan mungkin sebab itu,kita tak perlu untuk cakap,dan terus menyangka bahawa dakwah sama ada mengajak orang ke arah kebaikan,mahupun ke arah keburukan,adalah bukan tugas kita..kerana kita dilahirkan di dunia sebagai khalifah,dan pemimpin..

""Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya"-sabda Nabi-

tak perlu terus mendadak,mula dengan niat untuk cuba menjadikan diri lebih baik dahulu kemudian baru lah kita cuba ajak yang terdekat..Nabi Muhammad s.a.w sendiri,bermula dengan akhlak yang terpuji,(sehingga digelar al-Amin) kemudian setelah mendapat wahyu(wahyu pertama ayat pertama surah al-Alaq) untuk diri,kemudian turun ayat supaya mula sampaikan pada orang lain,Nabi mulakan dengan dengan kaum kerabat,secara rahsia di rumah al-Arqam kemudian setelah sesuai,barulah disampaikan secara terbuka..jelas,berperingkat,kan?

dan sebegitulah hendaknya kita selaku umatnya..Ummat yang amat dicintai Baginda sehingga di akhir helaan nafas Baginda pun,masih menyebut "Ummati..ummati...ummati..."

Sesungguhnya,dalam ruang lingkup yang sangat terhad ni takkan jadi terhad tetapi luas andai seisi dan seluruh kehidupan diisi dengan sempurna..

Wallahu a'alam..
Wassalam..

Comments

  1. aku ad rse nk gelak pun ad klu bce blog ko..
    agak santai ko smpin kn isi..tpi actlly ko da mkin pndi tarik orng untuk trus bce tingkap kecil ny..=))
    yup2..ko ckp bru aku teringat..dlu pun aku ad gak tekad mse lpas spm ny lapang ckit nk terokai ayat suci al-quran..lbih2 lg surah an nur tu..
    tpi kn aku nk taw kte dos ta klu bwak tafsir tu kemana2 je..
    mksud aku,klu aku bwak dlm beg?
    sbb stu ari tu aku jmpa seorng pemuda ny m=bace al-quran smbil tunggu nombor dkt pjabat pos..
    aku tertanya2 sbb tafsir tu,dia latak dlm beg je..
    then dia kuar kn..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,bg pendapat aku...boleh,tapi jgn guna beg yg mcm bawah bontot..even quran tu just quran bertafsir,tapi ada ayat Allah kat dalamnya..huhu..wallahu a'alam..aku pon masih banyak untuk diperbetul..tp tenkiu la!!!hoho..i wait gud news,from u!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »