Wanita

Wanita
Selalu diibaratkan umpama permata dalam kaca
Oleh pemuja mahupun penyair kehidupan
Yang terlindung daripada tangan-tangan yang jahat
Yang hanya akan merosakkan nilai dan kilauannya
Namun aku bukan sentiasa mahu jadi permata itu
Yang terkurung untuk dilihat sebagai pujaan yang melihat
Kerana ketinggian harganya
Kerana kemilau sinarnya

Aku bukan untuk pujaan
Yang sentiasa perlu dijaga diperhati
Kerana aku tidak seperti permata yang sentiasa abadi cantinya
Tapi aku cuma wanita biasa yang bukan tergantung dengan kecantikan
Kerana keindahan akan pudar suatu masa
Kerana wanita bukan pujaan,
Bukan untuk diperaga
Bukan untuk dicemburui

Cukuplah Allah al-Khaliq dan al-Latiff
Mencipta aku sebagai tulang rusuk lelaki
Mengangkat darjatku sebagai pelengkap
Yang ciptaannya terlindung dan kurang disedari
Namun hakikatnya fungsi untuk melindungi
Bengkoknya bukan simbolik kelemahan
Namun penyempurnaan sifat
Yang jika terlampau dilembutkan akan bengkok menusuk
Yang jika terlampau dikasari akan patah tiada tersambungkan

Maka aku juga seperti kamu,Adam
Layanilah seadanya
Hormatilah aku mengikut hak
Jagailah aku meski siapa pun aku
Nescaya aku menjadi yang baik
Kerana hadirnya aku di dunia bersama-sama fitnah andai tidak dijaga

Lantas kembalilah kepada fitrah diri
Fitrah menyanjung Illahi sebagai destinasi
Fitrah kematian yang suatu kepastian
Momen pertemuan dengan kekasih
Fitrah kita terus sujud di kaki-Nya
Atas segala titik hitam terbina di kalbu
Atas seluruh keterlanjuran noda tanpa zahir atau terzahir
Atas kekaburan mata menilai

Jadilah permata kerana ketinggian nilai
Namun bukan kerana sinar yang menyilaukan
Bukan juga kerana menjadi pujaan
Jadilah penyeri bukan perosak
Teruskan ijtihad menebarkan manfaat
Meski diri tak pernah dipandang sang penyunting dan hati terasa ralit
Percayalah Allah sentiasa memandangmu
Bersyukurlah dan tersenyumlah...

"Maka Allah memperkenankanpermohonan mereka (dengan berfirman) 'Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik kamu lelaki ataupun perempuan kerana sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain' " -ali 'Imran ayat 195-

Comments

  1. ...lelaki dan perempuan itu saling melengkapi antara satu sama lain dlm hal2 keduniaan apatah lagi akhirat...gunakan kelebihan masing2 ke arah yg diredhaiNya...leka dan alpa bermain mata dan perasaan akhirnya rosak jambangan iman yg sebelumnya mekar...same2 amik pengajaran drpd ayat Quran dlm surah at Taubah,ayat 71...

    ReplyDelete
  2. Like, Irwan. :)
    Thanks for sharing. nanti aku cari ayat tu, :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »