Diorang : Bagaimana nak jaga hubungan antara lelaki dan perempuan?

SIMBIOSIS. ITU. HUBUNGAN.

Simbiosis. Ada yang membantu dan tak kurang parasit - merosakkan. Ada juga buat hal sendiri. 

Malam itu senyap. Ada bunyi kipas tiga bilah, dan sedikit sayup-sayup dengkuran abah dari celah dinding konkrit putih rumah agam di hujung bandar elit itu. Tapi malam itu, langit terang. Bintang jatuh bersepah, padahal 'mereka' hari-hari ada kat dada langit yang sama, cuma awan tebal menutup mata menembusi. Hari ini tidak. Trang tang tang bintang macam berpesta kat atas.

Bulan bulat penuh. 'Muka berjerawat' itu timbul di latar belakang langit berbintang. Dari bawah, namun atas Bumi, sepasang mata kecil, asyik melihat. Dagu ditopang dengan dua tangan mulus, tepi tingkap berbingkai kayu bercat putih. Angin bersiul-siul meniup helai rambut yang tiada terikat.

"Kenapa bila bulan muncul, matahari mesti takde? Pagi tadi, ada matahari, tapi bulan tak nampak pula?" Gerutu jiwa. Dari dua minggu lepas penat otaknya dikerah bekerja lebih masa. Cikgu Sains tidak pula bercakap hal ni. Yang dia tahu, kelas Sains Cikgu Ima ada cakap pasal orbit, pergerakan bulan matahari, itu je lah. Haisy.

Mata kecil terus melihat, tanpa sedar, hanyut beralas lengan, terlena di sisi jendela masih terbuka. 

Simbiosis. Hermit Crab dengan Sea Anemone. Cacing pita dengan perut manusia. Atau epifit di atas pohon lain?

Malam itu masih senyap. Ada bunyi motokar berderum lalu lalang, meski jam menunjuk angka dah patut tidur untuk rakyat metropolitan itu. Kalau ikut Garisan Meridian Greenwich, memang dah gelap Malaysia. Huh. Kaca mata dialih dari wajah bujur sirih, lenguh mata menelah buku "Animals Make Us Human: Creating the Best Life for Animals" maha karya Temple Grandin. Minatnya nak membaca pun dah susut dek mata dah tak betah. 

Langsir diselak. Tingkap yang sama dihadap saban kalendar bertukar ganti. Dan dia masih buat perangai zaman hingus kesat kat baju tu. Duduk menopang dagu dekat tingkap putih tu. Haila tabiat. Kunjung tak pergi-pergi lagi. Cuma hari ini berbeza. Meski langit penuh dihiasi si bintang berpeleseran dan si janda bulan. Ada segaris senyuman terlukis sengaja. 

"Tengok bulan lagi?" Bahu dipagut tangan seseorang. Senyum makin lebar. Kepala diangguk.

Dan dia, duduk sebelah. Ain memandang Farhan, mahu dimaknakan apa-apa kata.

"Dah ada jawapan, cik Ain Hazrina?" 

"Sunnatullah?" Balas dan senyum lagi.

"Sunnatullah yang menjaga dan dijaga. Selagi tak keluar melanggar Law of Nature, selagi itu kita insya Allah terjaga. Takde nya tiba-tiba matahari dengan bulan, sama-sama naik. Tu alamat dah lain", cik abang Farhan membalas. Matanya juga ditala pada langit Ilahi di atas. 

"Kira ikut peraturan kan? Comel kan, bulan dengan matahari ni. Masing-masing saling membantu, tapi tak pernah bersua muka". Hehe. Ain tergelak. Tangannya mencari tangan Farhan di atas ribaan. Masing-masing atas kerusi, duduk tepi tingkap layan perasaan, sambil berfikir.

"Hurm, kira matahari dan bulan ni bercinta la? Macam lelaki dengan perempuan?" Farhan lagi.

Ain tersengih tak hengat. "Macam... kita?" 

Sengih senyum dan gelak kecil mereka berdua malam itu. Hah. Cerita bulan matahari itu juga sejarah. Macam Ibrahim di kala malam mencerna jawapan pada langit. Sejarah Ain dan zaman kedewasaan. Betapa matahari dan sang purnama, makhluk, yang dicipta, JUGA seperti pemilik mata yang sedang membaca tulisan Roman di skrin putih ni. Manusia.

Benarlah, sungguh. Si bulan macam lah perempuan. Bila malam, bila mata dah tertutup, baru nak timbul si bulan. Bulan pemalu. Terang-terang tak muncul. Waktu malam, baru 'seri ayu'nya terlihat. Itu pun, bukan selalu. 

Namun, tiadalah cantik si bulan tu, kalau matahari tak tolong suluh cahaya. Termimpi-mimpi si pungguk, tunggu bulan menjenguk muka. 

Tapi, sayang, matahari dan bulan, cuma berjumpa sekejapan. Kadang-kadang lepas sepertiga  24 jam berjauhan. DAN DAN DAN bukan selalu dapat jumpa muka semuanya. kadang-kadang nampak separuh je, jadilah Bulan Separa Mengambang. Kadang-kadang tak jumpa langsung, anak bulan je lah. Maksudnya, matahari tidak sampai seluruhnya nak suluh cahaya kat bulan. Maka tak jumpa.

Namun, mereka ikut peraturan. Kalau tak, mau hari-hari tiada. Malam sokmo. Tak terang-terang, sebab bulan nak menghadap muka matahari je. Haisy. Takde dalam sejarah lagi. 

Outliers pun, kalau jumpa waktu siang, jadi gerhana. Gelap sekejap Bumi. Itu hakikat. 

Macam tu juga perempuan DENGAN lelaki. Ada yang PERLU dijaga. Demi siapa? Demi umat seluruhnya jugak apa. Mesti lah. :) 

DAN DAN DAN demi kamu, demi saya, DEMI diri sendiri.

A Little Boy and a Little Girl 

by ~yangqi

See.. jaga jarak ok. laki-perempuan : ada 'pagar'


Macam mana nak jaga hubungan antara lelaki dengan perempuan? Dia kawan baik saya pulak tu. Dah rapat pulak tu. Selalu cerita dekat dia. Dia memahami bla bla bla. Ke nak putus je semua? Ke hapa?

First of all, nak jawab soalan ni, first kena tanya, "Eh awat kena jaga? Laa, biaq je tak boleh ka?" *kasi slang kedah sikit. :)

Aah, kenapa kena jaga? Kenapa kena jaga hubungan antara lelaki dengan perempuan?

Sebab first, Allah suruh jaga. :) 
Allah suruh sebab Allah sayang kita, manusia yang sering lupa ni.
Sebab, satu hal, lelaki dengan perempuan MUDAH nak ada 'perasaan'.
Mudah nak rasa TERjatuh SUKA, SAYANG, CINTA. 
Nak jaga Laws of Allah. 

Second. Fitrah fitrah juga. FITNAH jangan lupa. KENA hindar. Kang masuk Melodi. :p

SUSAH LA MACAM NI. MENGONGKONG GILA.  

Kawan, boleh silakan.  Laki dengan perempuan, memang AKAN bekerja bersama juga.

” dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong kepada yang lain, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran" 09:71

TAKKAN SELAMANYA yang ada tempat restricted untuk satu jantina sahaja. Kat boys or girls school pun, AT LEAST ada seorang dua, dan lebih yang tak sejantina. Cikgu laki kat sekolah perempuan, ustazaah kat sekolah laki. Kan?

Kerja nanti lagi lah. Memang bercampur. Memang. Jadi, perlulah JAGA. KAWAL. bukan HALANG. atau LAYAN ZASS JE. 

Mengongkong? Tak lah kawan. Praktikal lagi. Cuma kurangkan pada yang tidak perlu, yang kurang perlu. Macam perlu ke gelak-gelak dengan laki kuat-kuat, macam nak pecah pasak Bumi? Nak sama-sama layan ganas, WA ROCK U BEBEH semua, sebab nak segeng dengan laki? pastu siap layan 18 tahun ke atas punya seksyen. Haisy.

Perempuan, jadi lah perempuan. Ada malu, ada susila. Moden, moden jugak. Bumi jangan lupa. :) pesanan khidmat masyarakat.
Laki, terus jadi laki. Takkan sama dengan perempuan.

Plus, pernah juga dengar "lelaki dan perempuan takkan pernah jadi kawan baik". Kawan ada.

Kawan baik? Susah. :)


NAK JAGA YANG MACAM MANA LAGI?

Mata : jaga pandangan. dia dan anda TETAP boleh kahwin, tak kira anda ni kawan ke lawan ke. Married-able. Ajnabi (orang asing) yang non-mahram (bukan haram dikahwini)

“Dan katakanlah kepada orang-orang yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui terhadap apa yang mereka lakukan” an-Nur ayat 30

Plus : Tengok jeling juga tempat sekeliling. Berdua tidak perlu. Adakan kawan. 

Mulut : "Watch your word(s) AND intonation(s)".

TANGAN : "Dont gatal-gatal nak sentuh". 

ONCE TOUCH CONSIDERED SOLD. 

Tangan : plus, sila sila tengok jam kat tangan. Jangan LAMA-LAMA sangat. STRAIGHT to the point je. 

Kaki : tak main la sepak terajang pada sesiapa. Distance kasi jauh sikit. Err, takdela sampai sekilometer plak. Agak-agak la. 

Hati : ingat Allah tengok korang. "Heyy machaa, apa cakap dengan perempuan/laki lama-lama".

Tambahan : Dress code perlu juga DIJAGA. Biar kasi sejuk mata memandang. :) Biar tutup aurat ok? 



DAH BIASA? 

Tak cuba sekarang lagi parah bila makin diteruskan. 
Benda dah biasa memang SUSAH nak UBAH. 
Tak tambah perisa sedih, takut respon, lagi.
Takpe... cuba lah. :)

Cari redha Allah dalam murka manusia? 
Atau redha manusia dalam MURKA Allah?

Dan dari Wabishah bin Ma’bad ra berkata, ‘Aku datang kepada Rasulullah saw., maka beliau bersabda, “Apakah engkau datang untuk ertanya tentang kebaikan?” Aku menjawab, “Benar, wahai Rasulullah.” Lalu beliau bersabda, “Mintalah fatwa kepada hatimu sendiri. Kebaikan adalah apa yang karenanya jiwa dan hati menjadi tenteram. Dan dosa adalah apa yang mengusik jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.” (Ahmad dan Darimi)

Ni bukan main buat fatwa dalam hati. Ikut kepala sendiri. Tak tak. Ni refer to jiwa yang ada panduan al-Quran dan Hadis serta bimbingan yang berpengetahuan agama juga. :)

Tapi, secara umum, kalau buat salah, akan ada rasa tak sedap kat hati. *unless kalau memang dah tegar sangat. tu kena bersihkan hati.

MAKA,

Jom lihat dan tiru matahari dan bulan kat langit. Ikut cakap Allah, mudah hidup. :) Insya Allah. 


*kredit kepada yang tanya. err, ada yg tanya pasal ni. INGATAN BUAT BAKAL JENAZAH bernama NURSHAFIRA ni. 


Wallahu a'alam.

Sijangkang, Selangor.
Mood : mamak jual roti canai terbang
Senyum lagi.
Sambil tengok laptop. 


"Demi matahari, dan sinarnya di pagi hari.
Demi bulan apabila ia menutupi.
.... seluruh jiwa dan penyempurnaannya" 

Lagu masa Kem i-PROKHAS, INTEC. :)
By Snada.

Oh, wassalam. Musafir lagi.

Comments

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »