Buku : surat-surat Perempuan Johor


Surat-surat Perempuan Johor oleh Faisal Tehrani.

Kisah Ungku Nur dan Ungku Nurul.
Dan sepanjang pengisahannya, hanya karangan berupa surat-surat yang ditulis oleh Ungku Nur, yang menjadi watak tunggak dalam sastera indah ini.

Bagaimana tasawwur (pandangan) tentang Islam itu sebenarnya dekat dengan Melayu.
Melayu sahaja Islam.
Dan itu bukan retorika semata.

Saya jadi tenggelam dalam cerita itu, meski duduk berjam-jam dalam Avanza yang bergoyang-goyang.

Novel epistolari, iaitu novel dalam bentuk surat, yang penulisnya adalah Ungku Nur kepada ayahnya, kak Longnya, Abang Razif, diri sendiri dan juga Tuhan. 

Menariknya kisah ini adalah pada pandangan dan pemikirannya yang diterjemah dalam bentuk realiti. Apa sebenarnya Islam dan bagaimana perlu dipandang dan dilaksana dalam pemerintahan sesebuah negara.

Persoalan yang agak berat namun tidak terasa kerana pengolahan bijak Faisal Tehrani. Sehinggakan, dapat merasakan sendiri pedihnya apabila Turki jatuh ke tangan pengkhianat, Johor dijajah akhirnya dengan Inggeris meski selepas rancangan pemodenan di bawah Sultan Abu Bakar.

Dan, bagaimana, wanita menyumbang dalam pembangunan dan sejarah di kala itu. Itu yang amat terlihat. Selama ini, tidak nampak jelas, namun setelah membaca novel ini, Alhamdulillah baru terlihat bagaimana sebenarnya duduk seorang wanita itu di dalam negara.

Masya Allah.

Dibalut dengan cinta, iaitu antara Ungku Nur dengan Cem, warga Turki yang menawan, waris keturunan Recep yang ada kaitan dengan Ungku Hamidah lama dahulu. Bagaimana wanita-wanita bangsawan yang telah dididik nenda mereka dan juga Ibu Senapati dengan begitu halus sehingga terlahir wanita yang bukan sekadar lembut, namun penggoncang dunia. Bersama-sama menyuarakan kebenaran. Masya Allah.

Saya : Buku sebaik ini, harus dijadikan bacaan dan koleksi supaya boleh dibaca ulang kali. Bahkan buku Faisal Tehrani yang lain. Membuatkan pembaca bukan tersepit dengan diri yang lembik dan lemah. Bahkan, jiwa besar manusia yang mampu melihat merentas dunia.

"hati perempuan itu memang fragile, bagai kaca.
namun silapnya perempuan tidak bijak menjaga.
diberi pada manusia lelaki yang tidak mudah kejap
diberi pada yang tidak sedar betapa rapuh hati wanita itu,
maka apakah mahu diserah sewenang-wenang.

Perempuan, jaga hati sendiri,
Mengapa perlu diserah pada yang tidak mengerti
Tanggungjawab menbentuk dan menempatkan kaca serapuh itu
Hati wanita itu rapuh agar peka sewaktu menjadi pendamping si suami,
Prihatin dengan anak-anak,
BUKAN hal ehwal PAKWE. "

Make yourself precious, not only in fantasy.

Wallahu a'alam.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »