Saya : Pengalaman jadi cikgu



Cikgu jenis NI? err. Bukan saya. Insya Allah.

Mee goreng basah karya Mamak perut comel busung ke depan, dijamah perlahan. Rasa cili jeruk yang kemasaman membasah tunasa rasa di atas lidah bercampur bersama pedas masin dan manis mee. Hah, dapat tenaga sedikit. Air kopi susu dalam cawan jernih dikacau sementara mengunyah. Aida dan Aini, masih membisu makan bersama dia.

"Aku tak sangka jadi hal macam tadi. Ingat mak ayah zaman sekarang dah tak konservatif. Dah boleh fikir apa yang betul-betul baik, apa yang sebenarnya tak baik. Tak sangka". Aida mengeluh, dalam. Dia angguk lemah.

" Benda dah jadi, mungkin bukan salah kita, cuma mereka yang tersalah tafsir". Konklusi daripada Aini, sebelum kedua-dua menyambung makan. Izzati mengangguk lemah lagi.

Tiada bicara mahu diungkap. Yang kena telan jadamnya, dia juga.
Yang pahit, dia juga yang rasa.

Mee kat depan mata tiba-tiba jadi tak berasa apa.
Gara-gara pembaris panjang 30 cm, dia dikatakan pemangsa. Kejam. Tak guna akal.
Padahal, bukannya sakit pun.

"... eh, anak saya ni, gigit nyamuk pun tak pernah, inikan awak nak hukum dia macam ni!" 

Jerkahan di dalam pejabat Guru Besar tadi terdengar-dengar diulang-ulang, jelas. Patut pun anak Puan Besar Tak Sedar Untung itu juga berhati sebesar nyamuk cuma.

Ah, tak patut dia marah. Mungkin memang salah dia. 
Niat memang mahu mendidik, tapi lain pula jadinya.
Budak Ikmal Solihin itu juga yang tak siap kerja rumahnya siapa suruh. 
Lepas tu, tak mahu didenda , padahal budak lain rela sahaja.
Akhirnya, kerana tahu budak buncit pipi baju berkancing digosok bibik itu anak Puan Besar Yak Sedar Untung, cuma pembaris 30cm yang disua ke tangan budak itu, buat hukuman.

Dia juga yang menahan telinga waktu budak-budak yang lain bising mempersoal kenapa Ikmal Solihin tidak didenda bersama. Haisy.

Penat. Tapi bantut selera.

Pinggan plastik masih berisi, ditolak ke tepi.
Bangku merah ditolak ke dalam meja, sambil tangan meletak buku Sukatan Pengajaran dan Latihan Matematik Darjah Tiga ke dalam lengan.

Tiba-tiba.
"Zati, name tag awak". Kad nama bertali hijau muda, dihulur Aini. 
Disarung semula tag nama "Nor Izzati" ke dada.
Seperti sarung semula tag tuga "GURU" ke dalam dada juga.
Berat. 

Biarlah.
Dan dia melangkah semula.

"..kami guru Malaysia, 
berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
putra putri negara kita.."

A Teacher by ~didihime

Ok, saya takde seCOMEL ini. :p




Saya cuma guru, untuk lebih kurang 14 hari ini.
Dari tanggal 1 hingga 23 Disember 2010.
Cuma selang waktu itu SAHAJA.

Namun, entah kenapa serasa ada sesuatu yang MAHA serius untuk dilaksanakan.

Saya mengajar subjek Matematik dan English.
Masa dapat tahu kena mengajar English, errrkk. 
Rasa tercekik juga di kerongkong.

"Safira, kamu ajar Matematik dengan English ya?" Suara Mualimah (cikgu) Ani berulang.

Heh, memang kelakar.
Tapi, lepas dah DUA hari mengajar, saya rasa, seronok dan  DIPERMUDAHKAN.

Alhamdulillah.

Bila dah lalui sendiri rasa jadi CIKGU, memang jadi faham, susah senang,
Tinggi rendah langit kat atas kepala.

Mana nak photostat bahan untuk pelajar?
Mana nak susun masa untuk habiskan sillabus?
Mana nak selitkan nilai-nilai murni?
Mana nak masa fokus ke pelajar secara seimbang, yang cepat tangkap, yang 'lambat'?
Mana nak fikir, faham ke tak faham mereka apa AKU ajar?
Mana nak buat kerja rumah dulu sebelum pergi kerja?
Hari pertama kelas, langsung tak sempat sarapan! 

Soalan kepada DIRI sendiri.
Tanggungjawab tuu. 

Tapi, I'd Learn My Lesson.
Lagi-lagi di tempat saya mengajar (Pasti Nurul Hidayah 1), memang ditekankan untuk orientasi Islam. Maka, memang adab-adab kena jaga. Kena ingatkan pelajar pasal Islam juga.

"Dah tolong mak masak hari ni?"
"Siapa tolong mak basuh pinggan mangkuk?"
"Ok, ingat baca doa sebelum mula kerja". 
"Nak belajar kena ikhlas". dan dan dan lagi lagi lagi.

Tapi, the end of the day(s), ada secawan senyum manis bergula mahu ditakung.
Meski baru DUA hari. 

"Oh, macam ni cara nak bundarkan nombor."
"Senang je rupanya cikgu".
"Cikgu, best belajar hari ni?"
Dan mereka salam tangan saya ini, sebelum pulang naik moto, motokar, atas kaki. 

Oh, harap mereka benar-benar faham. :D
Insya Allah. Itu doa dan kerja saya.

Wallahu a'alam.

Sijangkang, Selangor
Musafir lagi. Mungkin dengan beban baru. :)
Doa-doa kalian menerangi hidup saya. Atas rahmat dan taufiq Dia.
* yang penting, jiwa masih belum bertukar arah dari jadi Miss Doctor. hah~

Wassalam.

Comments

  1. salam..
    Ya Allah.. reading ur story makes me really wannna be a teacher too!
    mesti seronok kan? even though, i noe, there's hardship in everything!

    ReplyDelete
  2. salam :) seronok sebab mereka masih budak-budak. takde lah susah mana. nanti next post cerita first day. mmg haru! dah dah, jadi doc je. cukup. :) hehe.

    weh, hang, usha sat htt://nurshafiramuhamadnoh.blogspot.com haha. :)

    ok tak?

    ReplyDelete
  3. terharu kut masukkan nama saya sekali :)
    haha. nice story yg blh tergkan situasi sekrg. students jd naik tocang sbb mak bapak manjakan sgt.

    2 mggu pun, mesti best kan ? lagi2 budak tadika. thumbs up !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »