Saya : Kehidupan yang diteruskan

coffee by ~SawsaN-0

(kopi dan gula : kisah sejarah dan aku)
ada ibrah :)




Tidak tahu apa yang pahit dalam secawan kopi
Padahal yang lain tersenyum menikmati
Padahal mereka sudah kenyang menyicip
Padahal aku dikata tidak berani
Padahal kata mereka tiada apa mahu ditakuti


Bukan kerana pahitnya kopi 
Sebenarnya pada kisah kopi itu
Yang kerananya demam lama budak kecil itu
Yang kerananya kisah pulang ke desa itu membebankan
Namun bukan siapa tahu bahkan erti


Aku katakan aku akan jua menyicipnya
Aku iakan anggukan yang berat
Meski bukan lahir dari hati
Namun biarlah ketidakrelaan itu menjadi alasan
Alasan untuk aku mulakan


Kopi, ia bukan kisah kurangnya gula
Tetapi kisah di sebalik pahit yang takut ku telan.


**********


Kopi : ini bukan semata cerita kopi
Kopi O, mochachino, cappucino atau apa sahaja


Ia simbol untuk satu kisah kepahitan.
Yang bukan saya mahu lari dari yang menderap mengejar.
Tetapi cuma, hati meronta mahu mencari musabab kukuh
Untuk mendepani.
Bukan jumpa yang biasa, tetapi kerana Dia.


(err.. jumpa kopi pun kena kekuatan Dia?)


Simbol. 


Dan biarlah simbol itu dipecah rungkai oleh Dia sahaja.


:)


"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (2: 257)


Ayat yang menyuluh lebih terang.


Padahal hari-hari baca.


Kat mana? Ma'thurat. :)


Allah. Allah. Allah.


Rupanya indah sangat bila Allah bagi peluang kita dapat mendakap hidayah itu. Rasanya speechless. 


Allah.


Kekalkan aku. Kekalkan kami. Kekalkan mama dan abah dalam dakapan hidayah, dan taufiq ini.


Kekalkan Arip, Anis, Wiwi dan Yaya bersama-MU.






"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya," (50 : 16)




Dekat itu dekat amat, cuma kita mahu sedar atau tidak.
Maka, langkah yang laju itu, jangan sampai keciciran kasih dan fitrah mahukan Dia.


Saya sangat naif untuk berkata ini. Namun, ajakan saya semoga kita sentiasa berada dalam redha Dia.


Amin. :)




Kamu, doakan perjalanan next level saya ini. 


"Selagi belum mati, jangan MATI."


Percaya satu perkara, "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" ( 67 : 2)


Pegang ayat tu. Tahu lah, Allah SEDANG dan TELAH serta SELALU AKAN menilai.


"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan.
Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan,
sebab demikianlah hidup itu diciptakan." ( Imam Asy-Syafie ) ni sahabat Hayati share. :)

Mustapha asy-Syibaeiy pesan : " Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan angan-angan kosong. Tetapi kerja-kerja agung!" insha Allah

:)


Musafir ke Port Dickson.
Salam FULET (Future Leader Training) 


Semoga Allah redha.


Allahu a'alam.


Kisah kopi.
Kelat yang di kerongkongan ini, dihadam dalam. :)


Namun dalam kepahitan itu, terasa manis. 
Sebab ada layangan tadahan doa yang tercicip kepada diri kerdil ini.


Syukran :)


Comments

  1. sgt mendalam simbol kopi tuh yek...hmm, suke2...moga kita diberikan kekuatan yang cukup tok menelan kepahitan dan mencari kemanisan dlm 'kopi' tu....insyaAllah :P
    ~11m12 2010

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »