Pemikiran : Kenapa sedap berkata?

Okaih, mula-mula istighfar. Paling tidak suka menulis dalam keadaan marah atau emosional. Dan jam pun dah pukul berapa untuk marah-marah.

Cuma, sebagai manusia biasa, common sense masih ada. Dan gila lah, kalau tiada perasaan marah.

Satu perkara mahu sama-sama kongsi, "Kita bukan penghukum tetapi penyeru."


JEPUN DAN TSUNAMI

Saya masih teringat, betapa'lambatnya' saya menerima cerita tentang Jepun, sama seperti kisah Acheh juga. Saya hanya dapat tahu selepas beberapa hari setelah badai, dan semasa Abah menguar-uarkan tentang kebimbangan rakyat Jepun tentang nuklear, yang dikatakan Reaktor Nuklear Dai-Ichi itu bocor.

Gambar air bah, (sangat bah) yang 'membaham' kawasan Miyagi (yang terdekat dengan pusat), Iwate sehingga ke Tokyo itu, terbayang-bayang di depan mata, bagaimana sangat 'besar'nya kesan yang dialami.



Dan sewaktu melihat semua ini, satu perkara pertama terlintas ialah "Bagaimana nasib sahabat-sahabat Malaysia yang menuntut di Jepun?" Secara jujur, memang itu yang pertama terlintas. Jika ada saudara-mara di sana, mungkin itu yang pertama.

Keprihatinan kita, pada yang kita sayang, bukan? Pastinya.


NAMUN SUARA SUMBANG

Namun, baru sehari terkejut dan belum reda dengan apa yang berlaku di Jepun, saya kaget dengan sikap manusia yang seakan tiada berjiwa atau mungkin kurang hati dan limpa.

Err...  atau mulia?

Buletin Utama TV3 : "Pasaran saham Malaysia tidak mengalami kesusutan akibat bencana di Jepun, kerana menterinya berkata pelaburan saham Malaysia hanya sekitar negara Barat dan Eropah sahaja. "


Berita Harian :

Karikatur yang tidak menjadi lakunya, bahkan tidak kena. 

Telah mendapat kecaman hebat pembaca, betapa 'sensitf'nya encik pelukis.

Ditambah oleh DJ Traxx fm yang juga terlanjur kata :


"I know the situation's really bad when they put me (as in the DJ) to head the rescue team."

Kosmo! :

Dalam ramai-ramai manusia dan tokoh di Jepun, 'ratu porno' yang paling perlu dibimbangkan kah?


Twitter :

Sehinggalah tadi, saya membuka laman Facebook :

"Patutlah kena Tsunami" dan di bawahnya, "kejam rupanya."

Bayangkan, rumah kita terbakar, tiba-tiba ada orang datang tiba-tiba kata, "Patutlah rumah terbakar, perangai tuannya pun macam setan." Contoh.

Kita mesti rasa apa?

Jawab sendiri la, common sense.

Anda hilang duit, hilang handphone, tiba-tiba datang manusia gelakkan anda?
Apa perasaan?

Tak kah rasa "Ada yang nak makan penumbuk ni" ?


ACHEH VS JEPUN

Tahun 2004, Acheh yang dibadai, dan tahun ini, Tsunami itu singgah di Jepun.

Dua negara, meski berlainan pemerintahan dan jenisnya.
Dua negara yang penghuninya berbeza majoriti anutannya.

Namun masih juga sama : Penghuninya manusia.

Maka, berbeza amat sewaktu Acheh dibadai tidak pula keluar nada 'kambing' ini, meski ada yang mengaitkan Acheh dibadai kerana sudah banyak dicemari maksiat dan sebagainya.

Namun tidaklah sebanyak ini dan setidak sensitif ini.

Maka, apa bezanya?

Kalau penghuninya tetap sama-sama manusia, hanya kerana anutan berbeza, apakah hilang kemanusiaan kita?

Hilang kemanusiaan, maka masihkah layak digelar manusia?


MELIHAT DIRI

Sebelum flotila Mavi Marmara diserang, rakyat Palestin yang mahu mengebom Israel dicop pengganas dan tiada hati perut.

Namun, setelah bergegar April 2010 itu dengan syahidnya 10 relawan antarabangsa, apakah sama reaksi yang bersuara katak itu?

Bahkan ternganga.

Mesir itu hingar di Tahrir Square dengan ledakan rakyatnya, hanya selepas Muhammad Bouazizi membakar dirinya dek tekanan pemerintahan, mahukan rejim Husni Mubarak tumbang, maka apakah kita hanya tukang ternganga?

Bahkan ternganga.

Maka, kadang-kadangnya, *bahkan senantiasa yang berlaku, kita itu hanya tahu bersuara sumbang, menidak dan menafi. Mungkin kurang sedikit, hanya berdiam dan tidak tahu apa-apa. Sedangkan, sekiranya Muslim, kita itu dikira darah daging.

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (49:12)


BERKATA PADA TEMPATNYA

Berlaku sesuatu yang baru, yang luar biasa, yang aneh, bahkan yang menyayat hati atau yang menggemparkan, fenomenanya semua manusia ingin memberi ulasan.

Tidak dikira dahulu apa pendapatnya itu valid atau tidak, yang penting kononnya sama-sama terlihat dan terlibat.

Berkata; sama ada dalam semburan air liur atau taipan kata-kata di komputer, ia tetap perlu difikirkan. Manusia penghuni facebook yang kadang-kadang amat pelik terlihat.

Wahai yang cuba bersuara sumbang, bertangan sumbang, maka lihatlah, apakah kata-kata itu tidak terhijab dan terlindung? Nanti kalau ada yang menjadi ikut-ikutan, takutlah saham 'binasa' dan 'tiket' api nerakanya menyambar kamu juga.

Ya, peringatan untuk saya, ketuk terlebih dahulu. Cuma, saya dari kes Cendana Intec yang membuat onar di tempat sendiri itu, saya diamkan sahaja. Saya sangkakan manusia lain mengambil perhatian, betapa perlu jaga 'diri' dan 'mulut'.

Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh  -Amru Al-As

COMMON SENSE

Cukup jika katakan, "Ia common sense untuk ada rasa prihatin dan sensitif".

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (7:98-99)
Dan bukankah, jika tidak dicegah keburukan itu dengan tangan dan mulut, sekurang-kurangnya mencegah dengan hati?

Membenci dengan hati pun payah dan tidak terbuat, selemah mana lagi iman kita? Jika bukan soal iman pun,

"Manusiakah jika tiada kemanusiaan?"
  Oh!

",, Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (7:99)


Soalnya, sebab tak kena kat kita, Yang sakitnya bukan kita, tu yang sedap berkata. Hatta perkara serius pun naik seriau buat lawak.

Eh sahabat! Time gelak, buat lah lawak. Time serius, jadilah serius. Susah?

Oh!

Musafir. Allahu a'alam.
*Awal itu saya marah, kerana saya tercabar melihat ada yang memperlaku sebegitu. Oh!

Rujukan :
  1. saifulislam.com
  2. cursingmalay.com
  3. Mata dan telinga sendiri 

Comments

  1. agree...
    smua nie kuasa Allah..
    Allah nak beri peringatan kt kita supaya btaubat..
    bukannya nk suruh kita bkata bukan2..

    ReplyDelete
  2. nilai integriti pada berkata-kata..

    manusia itu sendiri harus berhati-hati dengan apa yg diperkatakan, jangan hanya kerna mencari bahu punca tahi ayam pada orang lain sedangkan diri sendiri sudah sebulan tidak mandi..contoh.

    tidak berhak jua insan menghukum membuta tuli perlakuan mereka yang ditimpa malapetaka sekalipun kejam mungkin..

    diri sendiri jua bakal diadili Tuhan yang Maha Adil..

    sebaiknya menjadikan 'pengajaran'yg ditimpakan kepada mereka itu jua sebenarnya amaran dan pengajaran buat diri sendiri umumnya yang mana masih berasa aman dengan keburukan yang sedang bertakhta dalam relung jiwa..nauzubillah.

    tanah air sendiri pun tak kurang juga kejamnya,,
    sama ada lahiriah mahupun rohaniah..
    =)

    ingin berkongsi sepotong ayat, firma Allah Azza wa Jalla:
    " Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang zalim saja di antara kamu. Ketahuilah bahawa Allah sangat keras seksaan-Nya."
    [8: 25]

    ReplyDelete
  3. moga berkembang maju blogspot u... (^_^)

    ReplyDelete
  4. maklumat yg dinyatakan ttg Khaled Mohamed Saeed berbeza dgn data yg tertulis di wikipedia?
    -hanya sekadar ingin bertanya utk memastikn mklumat yg betul agar tidak timbul salah fahm or fitnah-

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. smga berkekalan,,nk pnjm ayt dlm entry tu nk tlis kt header? bleh?

    ReplyDelete
  7. "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (49:12)

    Sebenarnya ni ayat yang ke 10 bukan 12. harap bermanfaat.. maaf, dan terima kasih atas post yang berguna ini .. insyaAllah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »