Post mortem : Diploma atau Asasi : kisah Arip

Kampus itu bercerita kisah Adik saya pula.



Petang itu saya sampai di rumah dalam waktu rembang, kira-kira sudah mahu jengah Maghrib. Penat dengan menurunkan sendirian barang-barang saya, yang saya fikir sedikit, tetapi rupanya 5 bulan semester dua itu memang telah memperbanyak milikan aset saya di bilik, sehingga menjadi banyak.

Sudahlah baru pulang dari kem Adikku Sayang, 3 hari dua malam yang memang benar-benar selepas kertas ujian terakhir BIOLOGY Unit 2 dan Unit 4. Cuma dapat ‘merdeka’ selama lebih kurang dua jam (tertidur semasa sedang menyiapkan barang), akhirnya terus membawa saya ke SK Taman Tasik, Ampang.

Maka, pulangnya saya Ahad itu, membawa segala kepenatan Satu Semester itu, yang penutupnya meski tidak kurang hebat, tetapi menuntut keringat pekat.

Nampak-nampak sahaja si Arip (adik saya yang betul-betul ‘bawah’ saya – jarak umur setahun), saya sapa. “Macam mana JPA?”

“Dapat.” Pendek sahaja.

‘Alhamdulillah. Dapat juga dia.’

Mak menggamit dari jauh. “Tapi dia tak macam ko, kak. Dia dapat PIDN.”

Muka saya tiada reaksi. Sekurangnya, tidak juga memberi respon yang tidak menyenangkan.

PIDN VS PILN

Saya selaku kakaknya, oh meski harapan saya biasa-biasa sahaja, tetapi bayangan saya betapa dia bersama saya di INTEC, hilang.

Memang ada hikmahnya mungkin.

Mungkin dalam lipatan doa kami, “Rabbana atina fiddunia hasanah” itu membawakan UiTM Bukit Mertajam sebagai wasilah “Wa fil akhirati hasanah.”

Mungkin, di situ Allah memakbulkan doa saya, “Berikan kami satu keluarga, berkumpul semula dalam syurga.”

Jalan berbeza. Saya mendapat biasiswa untuk ke LUAR negara, sebaliknya adik saya mendapat biasiswa DALAM negara.

Sudah pula, dia mendapat Diploma, bukan seperti saya, persediaan A Level.
Maka, apakah salah?


MERENUNG LEBIH JAUH

“Sekurangnya, kamu dapat biasiswa, tak lah menyusahkan mama dan abah nak tanggung kos study. Bukannya sedikit.”

Suara mak menjengah. Semalam, membuncing motor dengan mak, apabila mak membuka kisah ‘hutang keliling pinggang’ keluarga kami, serasa saya, memang ada benarnya JPA sudah menjadi kesenangan pada kami.

Namun, malam dua hari kemudian, Arip (nama betulnya Muhammad Amir Ariff) menjenguk muka ke dalam bilik saya. Masing-masing belum tidur, kerana tugas masing-masing. Dia mahu menyiapkan segala kelengkapan masuk ke U, dan saya sedang menghabiskan buku “Islam: An Introduction” oleh Yusuf Qaradawy.

Bukan muka yang ‘senang’ yang terkongsi. Dan suaranya pun perlahan juga. “Kak, kawan aku terkejut, aku ambil Diploma. Diorang tanya, kenapa aku tak ambil Asasi. Diorang ajak aku, aku ambil Asasi.”

Aku pandang dia. Sungguhlah, muka itu memang kurang ‘passion’ yang sepatutnya ada, setelah dapat tawaran sambung belajar.

“Baca banyak-banyak ‘Ihdinas sirotol mustaqim’.” Pendek, namun pendek juga pemahamannya, saya kira. Mukanya terbelah kepelikan.

Bibirnya mengulang-ulang ayat keenam surah Pembuka itu.

“Nabi Muhammad (s) pernah lukis satu garisan, jalan lurus yang kita minta itu. Lepas tu, Nabi lukis dua jalan lain, sebelah-menyebelah. Boleh bayangkan?”

Dia terdiam di tepi pintu, mengangkat kening menyatakan penjelasan lanjut.

“Betapa, dalam kita nak cari jalan yang betul, dalam nak buat keputusan yang betul, selalu juga kita akan terganggu dengan jalan atau pilihan yang terdekat. Dan kita, disebabkan itu, akan terasa ‘Aik, betul ke apa aku buat ni?’ meskipun, kalau apa yang kita pilih itu tiada celanya.”

Saya menyambung,”Sebab tu, kena baca ‘Ihdinas sirotol mustaqim, banyak-banyak. Minta Allah, tunjukkan kita jalan yang lurus.”

Arip menghela nafas dalam.”Tapi diorang kata, boleh minta tukar Bukit Mertajam ke Shah Alam.”

Saya tergeleng. “Ada ke jurusan yang kau dapat tu, kat Shah Alam?”

Dan dia tersengih kekerangan, secara simboliknya, ‘tiada’.

“Umar (ra) kata, orang yang terlalu memikirkan akibat daripda sesuatu perbuatan, selamanya tidak akan menjadi orang yang berani!”

Dia tersentak. Mukanya nampak tersedar. “Ye la, betul, tapi...”

“Tapi, diploma dan Asasi lain? Asasi nampak lagi best?” Dan saya bangun daripada baring. Saya mendekati adik saya yang sedang runsing itu, di tepi katil.

“Covey, pernah kata dalam buku dia, “How to predict the future? Build it.”


CAKAP MANUSIA YANG MENGELILINGI KAMU ITU

Peristiwa itu, terungkit semula pagi tadi, sewaktu saya sedang vakum rumah. (selalunya, arus Alpha yang mengetuk sub-concious mind saya adalah waktu-waktu sebegini. Sebab itu mungkin, menjadi alasan kenapa sewaktu saya stres, saya suka membuat kerja rumah!)
Adik saya, barangkali risaukan pandangan kawan-kawannya. Keluarga terdekat nantinya mungkin. Daripada sekolah TOP SPM, hanya diploma yang dia ambil.

Daripada kalangan budak yang bukan tidak pandai, yang SPM adik saya terangkul semua 10 A, diploma juga yang perlu diambilnya.

Hanya kerana JPA? Tawaran biasiswa?

Saya kira, gundahnya itu bersebab.

Jika saya di tempatnya, saya juga pernah merasa, di saat orang lain mendapat A Level yang terus ke luar negara, saya cuma mendapat A Level untuk program berkembar perubatan.
Sama mendapat JPA sebagai penaja, tetapi bezanya jalan yang diterima dan diambil.
Namun, setelah saya duduk sendiri, belajar dan melalui sendiri A Level itu, saya kira ‘ia biasa sahaja’. Tiada apa yang mahu digahkan.

Dahulu, sebelum masuk ke MRSM, rasa ‘Wah’ itu memang ada, tetapi setelah berbulan bergelumang dengannya, tiada lagi.

Mereka yang mengucapkan tahniah, semasa SPM saya, juga entah hilang ke mana, melihat apa lagi menyokong A Level saya.

Betapa cakap-cakap manusia itu, sementara sahaja.

Yang akan merasa berat tidak berat Asasi ataupun Diploma itu, di sepanjang jalan itu adalah kamu, SEORANG.

Yang akan menangis kesusahan dan terasa ralat dengan keputusan yang tidak ‘Wah’ lagi meski sudah bersungguh dalam study, itu kamu SEORANG.

Hakikat jika kamu berjaya dalam diploma, mahupun Asasi, atau apa sahaja itu, KAMU seorang yang faham, ‘isi dan kulitnya’.

Bukan mereka.

Mereka hanya sementara.

Ya, kadang-kadang pandangan orang itu perlu, tetapi ia hanya alat bantu untuk kita berfikir dan membuat keputusan. Bukan terus diambil.

Kerana di hujung nanti, kita yang akan menanggung, dengan DIRI kita. Bukan ‘diorang’. Bukan kata-kata mereka.

Apakah diploma atau Asasi yang terbaik untuk Arip?

Saya kira, saya sudah berkongsi apa yang patut. Apa lebih dan kurangnya asasi dan diploma daripada kaca mata saya.

Namun, jika yang kita ambil itu sebenarnya salah di awalnya, tidak salah untuk diubah menjadi perkara yang betul. Jika memang nanti, setelah dua tiga tahun bersama diploma, dan kecemburuan menjengah melihat kawan-kawan sudah berada dalam trek ijazah, sekurangnya, tahulah satu perkara.

‘Hidup manusia itu, berjaya atau gagal, gembira atau sedihnya, jalannya berbeza.’
Biarlah kita, bahagia dengan bahagia kita.

Saya teringat apa yang saya katakan malam itu, kepada Arip, sebelum dia masuk tidur.

“Sebab kita tak tahu masa depanlah, kita bebas memilih untuk berbuat apa. Berjaya atau gagal. Kau tahu ke, Diploma atau Asasi yang akan buat kau berjaya?”

Heh~ “How to predict the future? Build it”.
Maka, betulkan niat!

WA.

Musafir ke Bukit Mertajam, petang ini.

Comments

  1. wish him Good Luck! Adik my best friend, can't i be proud of him as well? heh. Just let him know, he's among the few lucky people. Macam hang cakap, ada hikmah nya. Hopefully, i can find some way to motivate my brother as well..hurmm.

    ReplyDelete
  2. betol..
    yang menanggung di akhir sana adalah kita bukan mereka.

    kita yang akan menjadikan benda itu berjaya atau tidak dengan izin Nya.

    Kita yang MENANGGUNG bukan orang lain.
    Kalau pun mereka merasa terbeban dengan apa yang kita dapat,,ianya tidak selama dengan apa yang kita tanggung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »