Sekeliling : Cerita rakyat

Wahai orang beriman! janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedangkan kamu mengetahuinya. (8:27)
Sabda Rasulullah (s) :


"Tidak akan ada dalam kalangan pemimpin yang dipertanggungjawabkan oleh Allah memimpin sesuatu kaum maka dia mati pada hari kematiannya itu, dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkannya daripada bau syurga." Muttafaq alihi : 7150. Muslim : 142
Ini cerita rakyat. 


Pernah kau dengari cerita rakyat yang sebenar?
Pernah kau belek cerita rakyat yang sebenar?
Hmm..
Tahu kah kau sebenarnya?


Cerita rakyat, kalau masuk ke Bersamamu,
Maksudnya miskin, susah dan kurang berpendapatan.
Tapi, cerita rakyat yang sebenarnya mengalir,
Betapa tidur di tikar mereka itu,
Dapur yang hanya sesekali berasap itu, 
Duit yang beberapa keping itu,
Itu cerita tiadakah Skim Yang Berkuasa, 
Yang selama ini melihat?
Yang selama ini dok bergelumang kertas surat dan fail di Pejabat Tanah,
Tapi lama bertahun baru dibuka kes-kes itu,
Katanya kes terpencil?


Cerita rakyat itu, 
Melihat anak kecil yang berjalan jauh ke madrasah
Berjalan kaki kadang mungkin kaki tiada beralas,
Kadang mungkin bot tambang ditunggu berjam mahu nampak muka pintu madrasahnya,
Boleh jadi motor kapcai itu yang satu, dibonceng berempat, 
Berhimpit mahu mengadap buku dan pensil,
Ya sumbangan sudah ada,
Selalu ada.


Cerita rakyat ini,
Melihat pula anak orang besar naik kereta mata kumbang,
Dibukakan pintu apabila tiba di pintu kolejnya,
Madrasah buruk itu tiada, cuma ada kolej yang indah,
Tempatnya cuma bersama warga hitam, blonde dan putih kering,
Poketnya penuh, mungkin ada kad keras untuk di-swap


Cerita rakyat ini, 
Melihat pagi-pagi mak turun menoreh,
Dengan but besar hitam bertahun disarung,
Kadang harimau yang jadi 'teman',
Tapi mak tak risau,
Mak kata cari makan, 
walau kadang harga skrapnya melambung jatuh,
'Takpe lah kalau ada seringgit dua'.


Sedang cerita rakyat itu,
Petangnya pula mak dan kakak tak heran keringat, 
Turun ke surau belajar fikah dan tauhid,
Dengan ustad yang juga tidak berbayar itu,
Mak timba ilmu, 
Kakak juga mengusung buku, 
Kerana bunga pinjaman pelajaran tinggi, 
Ribanya nanti membaham mak juga!


Sedang cerita rakyat ini, 
Melatanya menagih kerosakan masyarakat,
Si miskin yang galau, memecah pintu di malam hari, 
Disapu barang dua yang berharga buat diganti dengan duit sedikit,
Esoknya pencuri dihadap masuk koran, 
Padahal ya, yang berduit lebat itu pun lupa menghulur barang sedikit ringgit,
Pada kita ini rakyat yang kebulur.


Cerita rakyat lah juga yang saban gelap,
Menjadi pungguk berdansa dibawah lampu dangdut,
Merendek di bawah selimut bersama jantan keparat,
Bergelak ketawa menang TOTO,
Berkongsi rasa heroin dan Malboro,
Gila! Katanya cerita rakyat di negara Islam.


Cerita rakyat ini,
Melihat sahaja rumah sebesar padang, serasa mahu dipecah dua, 
Sedang orang besar itu punya bilik di Jabatan,
Apakah lupa pangkahan anak watan ini?
Sedang mereka tidak mengerti apa?
Katanya akan hilang miskin itu, 
Dengan nombor dan statistik yang kau tabur, 
Tapi setelah 53 tahun ku menunggu,
Rupanya baru kau pandang cerita ini.


Cerita rakyat ini,
Melihat juga mereka tidak tahu agama menyuruh ditutup aurat,
Mereka tidak tahu yang laki dan dara berdua di semak itu tidak bisa,
Mereka tidak kenal Imam Syafie,
Mereka bahkan tidak tahu apa yang Nabi pesan,
Cuma solat dan doa yang jangan dilupa.


Cerita rakyat ini,
Ada yang tidak percaya.
Pasti.
Katanya bahkan ada.
Sedang yang menghadap cerita rakyat ini, 
Tumpah air mata, 
Bukan kerana kasihan semata,
Tapi mengenang bangsa sendiri yang lupa anak di kampung,
Bangsa sendiri yang gah menyetuju 'bunga' dijadikan andalan tanpa usaha untuk dibasmi,
Bangsa sendiri yang sibuk prok prak di pentas sedang malam masih tidur lena untuk esok yang pasti bahagia,
Bangsa sendiri yang alpa Tuhan itu sudah dicampak ke mana.


Ah!
Politikus itu bukan rakyat ini kisahkan sangat,
Yang penting, 
Jangan kau langgar hukum Tuhan, padahal kau itu tuan pun bukan,
Kau fikir cerita rakyat ini akan terus bersambung,
Padahal, cerita ini membekas lama,
Menyeru kami bangkit,
Bukan kerana mahu melawanmu yang lupakan kami,
Tetapi kamu yang lupakan Tuhan.


Cerita rakyat menumbangkan Husni,
Cerita rakyat menumbangkan Gadaffi,
Cerita rakyat menyelak aib Ben Ali,
Gila! Tirani bukan pilihan untuk memimpin.
Mereka itu Yahudi tanpa nama.
Baruanya, takut sampai Malaysia.


53 tahun itu bukan barang sekejapan,
Melihat kemiskinan, kebebalan dan pencabulan menjadi warisan,
Bahasa dan agama bukan lagi jati,
Suara dimomokkan tersalur,
Padahal, tukang kedai pun takut menyalur koran yang bergerak itu.
Kotak TV pun bungkam menyempit kisah yang telus.
Apakah ini balasan rakyat, andalan pangkahan itu?


Saban RON 95 belum dikira,
Menyesak dada tentang harganya apakan lagi barang runcit yang sedia,
Janji dituba, mudikkan loba mahu menurunkan harga,
Tetapi sampai ke petang, habuk pun tiada.
Belum juga cerita tol naik seposen,
Mereka ingat tiada beza, 
padahal kami yang sehari dapat seringit dua, mahu ditelan batu mengisi perut?


Ini cerita rakyat.


Sedang ada yang mendengar cerita rakyat,
Masih gundah bagaimana mahu mengelak zina hati,
Bagaimana mahu tidak berkapel, 
Bagaimana mahu tidak lalai,
Sedang hukum Tuhan itu berjalan,
Kalau kita sama menjernih yang besar, 
Akan mudik sekali menjernih yang kecil.


Cerita rakyat ini cerita derita.
Derita buatan manusia.
Yang tak kenal, Tuhan manusia.


Cerita rakyat ini,
Buka cerita Fabel yang indah arnab mendapat balasan terhadap kura-kura di akhir cerita,
Kerana cerita rakyat ini,
Belum pasti lagi,
Entahkan hidup atau dibaham.


Takut, cerita rakyat ditelah masuk Akta Kezaliman,
Sedang lihat cermin, 
Biar dibicara, siapa lebih dulu zalim?


Ini cerita rakyat, 
Apa kau mengerti malam dan siang yang bertimpa tangis,
Lupakah cerita rakyat Ashabul Ukhdud yang berani melawan tirani?
Lupakah Musa yang tegap berbicara ke depan Maharaja Firaun?
Mungkin terlupa, kisah Harun memecah sampan orang kampung?
Boleh jadi alpa, kisah pertentangan Jalut dan Talut?
Lupakah terbakar Ibrahim, dalam marak yang panas, kerana Namrud?
Berhala jadi sumber duit,
Tuhan yang Satu dilihat tiada,
Hukum dunia dilihat tiada bersanad ke akhirat.


Lupa?


Umar al-Faruq menangis di tepi khemah wanita yang memasak batu untuk si kecil,
Al-Fateh cukup dengan rumah yang tenang, bukan segah Aya Sophia,

Hasan al-Banna yang juga dilenyapkan, hanya kerana cinta negara,

Mahatma Gandhi yang rela ditembus peluru kolonis demi rakyat,
Martin Luther yang juga tumbang di muka pintu selepas dilepaskan das,
Sultan Mahmud yang mangkat terjulang,
Oh, kisah seribu ini, tersimpan di mana?



Cerita rakyat ini, cerita rakyat sayangkan negara,
Kerana sayang, bukan neraka tempatnya.

Lupa?



Benar-benar sibuk kita, sehingga terlupa.
Malang, cerita rakyat, akan terulang.


Patut-patut lah, Tun M membilang,
Betapa Melayu mudah lupa!


Ini baru cerita rakyat Malaysia!


Musafir.
Bukan sekadar berjalan.
Cerita rakyat ini, cuma mahu nama Tuhan yang Esa sahaja ditinggikan.
Mengganti kanun, pada mana yang menyengetkan Tuhan.
Selaklah akhbar, bukan sekadar baca.
Bacalah dengan nama Tuhanmu.


Wallahu a'alam.


*cadangan bacaan :



LUKA RAKYAT
Azizi Haji Abdullah

Harga : RM 12.00
Terbitan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang
No 10 Jalan Masjid Negeri
11600 Pulau Pinang
Sila hubungi : 04-2823511
Luka Rakyat bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai terkebelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan, kewiraan.

Islam datang, sebagai solusi. Secara menyeluruh.
Semoga kita, bergerak ke arahnya.
Dalam keperitan cerita rakyat ini, siapa yang ada.


Allah itu, selalu dan sentiasa melihat.
Itu aku yakin.
Dan dia akan menangkan Islam, meski tanpa kita.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »