Saya : Setelah sekian lama

Lama kah?

Lama mungkin, sebab jarang saya update lebih dari tiga hari.
Lama mungkin, sebab sudah ada yang menegur, "Lama tak update blog?"

Lama atau tidak, saya yang melihat.
Terisi atau sekadar berlalu.

Menjawab persoalan-persoalan. Yang saya kira, jika tidak saya jawab, di akhir cerita saya nanti, habuk pun tak dapat daripada semua ini.

"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis"Al-Qalam ayat satu. Fatrah (bahagian) Quran yang keempat Allah turunkan selepas al-Alaq, Al-Muzammil, al-Mudatsir.
Apa Allah pesan? Gunakan alat apa sahaja yang ada (ibrah 'Pena' dalam ayat) dan BERSTRATEGI (kalimah satar dari kalimah yasturun, memberi makna baris-baris)." 


Melihat diri saya, pada masa depan sebagai satu figur yang mahu saya bina, saya kira kadang-kadang ketakutan juga untuk bertahan. Takut sekadar berangan. (Padahal memaknakan atau mengangankan sahaja itu, saya yang putuskan)

Ini cuma coretan peribadi, yang pada saya memberi makna.

Pernah saya terfikir, saya mahu menulis dengan serius. Menjadikan penulisan saya, menjalar dan tumbuh ke hati-hati manusia.
Namun, selaku apa saya mahu mempotretkan diri?
Objek yang bisa dilihat atau tersembunyi namun berbakti?
Figur Hilal Asyraf atau Hlovate?

Ia bukan soal saya mahu meniru atau apa,
Cuma, ke mana saya mahu membawa diri saya, kelakuan saya, dan segalanya?

Maka, saya memilih untuk membuat keputusan.
Menjadi hamba yang terlihat zahir dan jelas. Saya mahu dan akan membina diri, menjadi figur Muslim. Meski saya rasa jalannya jauh tetapi saya sedang menyusunnya.

Islam benar-benar mengajar saya positif. Tidak mengalah meski seteruk mana pun.
Islam benar-benar mendidik saya supaya jadi SOMEBODY. Bukan sekadar manusia biasa.
Islam benar-benar celikkan saya, hanya Islam yang mampu mengangkat saya selaku manusia hebat.

Tiada sistem lain.

Maka, saya perlu menyusun kehidupan agar berstrategi. Ibrah Nabi berhijrah ke Madinah bukankah lama perancangannya? Dibincang dengan teliti, siapa akan bergerak dahulu, pukul berapa akan mula bergerak, ke mana mahu dilalui, bekalan apa sahaja mahu dibawa?

Jadual study saya perlu diperkemas, bukan main serabut dan biar.
Rutin saya perlu disusun, mengikut acuan Allah dan Nabi.
Jadual menulis saya juga perlu ada ditetapkan. Bukan sekadar minat sahaja.
Amanah yang saya galas dalam persatuan MESTI saya benar-benar tanggungjawab, dan jalankan. Yang ini, saya sangat berharap dan SANGAT sedang mencuba yang terbaik.

Saya lihat, bukan saya yang sempurna, cuma saya mahu berusaha menjadi seseorang di masa depan nanti.

Maka juga, saya perlu membaiki kesilapan semalam. Perlu juga perancangan.
Maka saya perlu serius, membinanya.

Eh, kenapa saya cerita ini semua?

Supaya nanti, jika saya hanyut, ada kamu semua untuk menegur dan mengetuk.

Saat ini, TERIMA KASIH tak terhingga pada mereka yang pernah menegur. Dan sangat minta maaf.

Saya berdoa, semoga jalan dan peluang itu, masih  sentiasa terbina.
Saya berharap, Allah berikan saya kekuatan untuk bergerak. Dan bertahan.

Saya berharap, saya kurang berada di atas katil.

Saya cuma sangat percaya, Islam yang Allah dah takdirkan kita berada di dalamnya ini, bukan peluang picisan. Saya cuma sangat percaya, Islam akan menang dan akan kembali. Saya mahu menjadi sebahagiannya secara langsung.

Saya cuma sangat percaya, sebenarnya tiada kata yang paling tepat mahu diucapkan untuk ini.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman" al-Mukminun ayat 1.
Janji Allah, kejayaan milik mereka yang beriman.
Setelah sekian lama, Allah lorongkan juga jawapan dan ilham. Alhamdulillah.
Teruslah yakin, sebab yang bagi ragu dan was-was hanya syaitan.

Allahu a'alam.

Comments

  1. Salam ziarah, lama juga ko x update blog..

    ReplyDelete
  2. Saya juga memikirkan perkara yang sama. Terasa berat untuk memulakan penulisan. Selalunya writer's block. ada tips?

    I am not machiavellian, just sisyphus of love.

    ReplyDelete
  3. salam n hi :) orang datang sini nak bagitau

    blog yg dulu tak betul sikit. ni link blog baru. kalau ada masa datanglah okay :) blog lama tu dah tak guna lepas ni, guna blog baru je.

    runaziluz.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »