Jiwa : Abah

يَـٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ‌ۖ إِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ 


"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."


Ku lihat ucapan Luqman itu, terhadap anaknya. "Wahai anak kesayanganku.." Indah dan lembut panggilannya.

Teringat dia.

Danbo - Father and Son by ~shoggy

"Abah, kau timangku saat ku kecil, mungkin ku lupa,
Tapi diriku yang kau telah didik, mana mahu ku sorok?"


***


"Apa akan aku rasa, kalau ayah aku seorang pemandu teksi?"  


Selalu. Sebab kerap juga di dada akhbar, keluar kisah 'Pelajar Cemerlang Anak Penoreh Getah', atau '10A Berkat Anak Nelayan'. Seperti kisah Nik Nur Madihah misalnya. Saya tertanya, bagaimana jika di tempat mereka saya berada.


Adakah saya akan prejudis? 


Dan rupanya, saya bahkan bangga kerananya.
Ya, di hujung usia ini, lelaki itu setia dengan lori merahnya, berjalan merata negara, 

Menyudahkan amanah manusia yang mahu menyempurnakan rumah.
Sedang rumah kami belum pernah sempurna - tetapi cukup untuk kami berteduh.
Cukup untuk kami berbahagia.


Seringkali saya terasa basah hujung tubir mata kerananya.
Seorang lelaki yang selalu singgah di hati.


Lelaki yang dipanggil Abah.


***
Darjah Empat. Atas katil bercadar kartun tiada bernama.


Suara saya membelah malam. "Mak, Abah tak balik lagi?"


Trak Abah (sebelum ada lori merah, kami ada trak putih yang kecil) tiada di parkir rumah sewa kami. Saya ingat lagi, malam sudah melebihi jam 12, bahkan lebih lagi.


Mak membalas. "Belum, banyak kerja lagi Abah tuu."


Abah di Dengkil. Padahal rumah kami di Sijangkang, Banting. Jauhnya dalam sejam begitu.


Sewaktu itu, Abah baru buka syarikat Damar Tanjung selepas dua tahun Abah dibuang tanpa sebarang kerja. Kami hidup Alhamdulillah saudara-saudara sudi memberi. Saya tidak seberapa ingat kisah itu, tetapi saya tahu sewaktu kami sudah di kampung emak itu (Sijangkang kampung emak saya), Abah selalu sibuk dan sangat penat.


Dan malam itu, selepas Mak sudah masuk ke biliknya, saya mendapak bantal di bawah kepala, menahan bunyi tangisan yang sangat kuat membekas di 'dalam.'


***
Darjah Tiga. 


Sudah diputuskan, tidak mahu menyewa lagi. Tanah Emak di kampung yang sama, dirancang untuk kami bina rumah sendiri. Cukuplah lama ini menyewa. 


"Jom, nak pergi kebun?"


Suara Abah. Siap dengan But Hitamnya, baju lusuh dan topi hitam sedikit tua, Abah tercegat di tepi rumah, mengajak siapa yang mahu. 


Kami berlari, siap pakai seberapa apa yang boleh dibuat untuk bergelumang tanah dan rumput, memanjat belakang trak, dan BERLALU!


Sesekali, bila melimpas dua tiga kenderaan orang di tepi trak, kami berbaring menyorokkan diri (sebab awalnya berdiri sahaja atas trak konon mahu ambil angin).


Tak sampai lima minit, trak Abah sampai memarkir dan Abah selepas siap mengemas kebun dan membakar sampah, dia lalu memberikan sentuhannya pada simen dan batu bata untuk binaan rumah.


Diambil, lalu diratakan simen basah ke atas batu bata yang sedia terbina dan disusun batu bata baru membentuk dinding. 


Abah : "Kita buat satu hari sedikit sedikit, lama-lama siap lah rumah ni."


Saya terhiba sendiri, menangkap butir bicara Abah.


***
Tingkatan Tiga.


Surat tawaran MRSM tiba di rumah. 


Saya berat hati mahu berpindah - padahal saya yang sangat teruja membayangkan diri berada di MRSM.


Abah membaca riak yang cuba saya simpan sendiri, sebab sudah seminggu tidak lagi memberi kata 'ya' untuk pergi ke Muadzam.


Petang satu hujung minggu, Abah datang dengan Proton Saga Putihnya, membawa tangan saya dalam genggamannya. 


"Abah nak kakak jadi contoh yang baik untuk Adik-Adik. Tunjukkan Kakak boleh jadi contoh keluarga, sebab tu Abah nak kakak pindah MRSM. Peluang bukan datang selalu, Kakak."


Dan saya cair dengan pujukan Abah, lalu bersua pintu pagar MRSM itu lewat bulan dua.


***
Kenangan paling rapat.


Tingkatan Lima.


Di hujung hari-hari dekat dengan SPM, hari-hari saya berlari ke bilik kawan, meminjam kredit dan telefon. Menelefon rumah yang jauh. Saya ditimpa musibah kecuaian. 


Beg yang berisi duit yang agak banyak (duit belanja dan duit bayaran graduasi),  kad ID, serta Sony Ericson W350i yang saya beli menggunakan duit sendiri untuk pertama kali dalam hidup dan beg itu beg Mak saya telah hilang dilari orang. 


Saya tidak tahu, tetapi kesannya sangat besar.


Sebelas (baca : lama) hari tanpa henti, saya seperti sasau dan rewel.


Dan Abah lah yang setia mendengar. Setia menjawab dan melayan.


Dan hujung hari kedua belas, Avanza Kelabu keluarga tersergam di tepi Asrama Puteri, sambil Abah menghulur, kotak berbungkus biru berbunga.


Laju tangan membuka dan memberi senyum lebar di muka.


Mak : "Abah kau nak belikan juga yang sama macam fon Kakak yang hilang."


Abah : "Dah, takyah sedih-sedih lagi. Selepas ni, fokus untuk SPM."


***
Terakhir.
Kenangan terberat. Setakat ini.


Parent Lecturer Meeting. Oh, gila!


Benarlah Allah mentarbiyah saya sebaik dan sejauh mungkin. 


Tidak pernah saya menelan setebal itu malunya. 


Saat tangan saya digenggam erat pensyarah meminta saya berfikir, " Tak kesian kah mak abah, kenapa belajar tak betul-betul?"


Saat pensyarah katakan, "Awak kena buat soalan tahun-tahun lepas. Awak selalu tak buat." padahal saya buat cuma saya tidak sempat menyudahkan. Saya sudah ubah banyak perkara yang menelan jiwa dan hati saya, untuk menyenangkan seorang pemberi ilmu - jika berbanding semester lepas. Namun, kerana saya mahu meneruskan apa saya percaya, ya ia memakan masa dan perancangan saya.


Berterabur. Berselerak segala. 
Saya tidak lagi manusia seperti waktu lampau, mungkin.


Saat saya sendiri menelan salah sendiri, lalu seolah semua orang menyalahkan saya. 


Saya rebah, dan berteleku di kaki Abah (sewaktu itu menunggu giliran untuk bertemu pensyarah seterusnya).
Basah yang amat di pipi. Saya menadah kasihan Tuhan. Saya mengemis percaya manusia. 


Abah memaut tangan saya. Di situ juga. "Abah tahu, Kakak boleh buat."


Dan semakin deras air mata saya.


***


Dialah satu-satunya lelaki yang memahami dan sedia bersama saya. 
Petang selepas PLM (Parent Lecturer Meeting), saya langsung tidak bersemangat. 


Pada saya, cara itu langsung tidak membantu dan melemahkan saya bahkannya.


Dan lewat beberapa jam, setelah pulang pun Abah dan Mak ke rumah, saya berbicara lagi dengan Abah. Abah yang membuat panggilan.


"Dah okay?" Suara Abah. Prihatin sekali.


"Okay dah kot." Dari bawah bantal, saya melapikkan suara. 


"Serak semacam je suara tu."
Dan terus, bersembur semula empangan di mata dan saya terus berlari keluar bilik. 


Di tempat sidai baju, dengan pintu tertutup, Abah mendengar saya merintih dan mengadu segala rasa.


"Kakak tak tahu lah, akak takut tak boleh yang terbaik. Kenapa Kakak dah lain? Tak macam zaman sekolah."


"Allah tengah uji kakak. Takkan selamanya kakak di atas, bukan? Kalau Kakak tengok Abah, lagi banyak Abah diuji."


Saya terdiam lagi. Dalam kebasahan, saya menahan rasa. Ya, Abah lagi banyak diuji dari saya.


Ditipu orang duit hampir berjuta, dipandang rendah orang, dibuang kerja selama dua tahun tanpa gaji, terkena buatan orang... ah, saya tidak seteruk itu. 


"Semua orang tak percaya kan Kakak. Tiada siapa tinggal nak percaya Kakak."


Sangat pesimis. Saya memang dirompak kepercayaan saat itu.


"Abah seorang ni Kakak tak tengok kah? Walaupun tinggal seorang iaitu Abah untuk percaya yang Kakak boleh buat, Kakak taknak percaya lagi, yang Kakak masih boleh buat?"


Satu dunia menafikan saya. Dan satu manusia lain pun tidak mampu membeli semula jiwa saya yang kecurian nilai.


Kecuali Abah. 


***


Petang tadi, Abah datang bersama Mama. 


"Belum makan lagi? Turunlah, Abah datang sekejap lagi. Abah belanja." Suara Abah di hujung talian.


Kasih mereka - ah, saya menulis ini dengan jiwa yang basah. Mata yang pecah sungainya. 


Saya berharap, Allah akan mengumpulkan kami semula di Firdaus bersama adik-adik saya yang lain. 
Sangat lah takut jika saya terlepas tidak dapat menarik atau ditarik bersama mereka. 


Abah. 
Mama. 


Doaku kasihku, cinta dan jiwaku, ku waqafkan diri ini untuk-Nya agar mampu membeli dan menempah kediaman indah untuk kalian dan kita semua nanti.


Ya Allah, makbulkanlah. 


"Di celah kesempitan ini, aku berharap tidak hilang pandanganku pada rahmat dan nikmat-Nya."

***



Mungkin, saya tidak lagi sekuat dahulu, sebab hari ini Allah memberi peluang untuk saya menjadi bertambah kuat.

Lalu, saya memandang dinding kehidupan, menampal azam :

"6 bulan ini, aku berjanji cukuplah untuk diri sendiri yang apa pun terjadi, aku mahu terus bahagia."

Saya mahu, menamatkan tangisan dan kesakitan itu dengan muka yang berani.

Berani menghadap ketakutan sendiri.


Allah, aku berjanji dan moga Kau menjadi saksi terbesarku. 


Sekurangnya, ada seorang lagi yang masih menanti sabar di hujung.
Abah. 


Ah, ucapan Luqman itu, begitu sekali membawa aku teringat Abah!


10112.
ShahAlam.
Bilik yang berwarna warni.

Comments

  1. Shafira, ini saya Zati. tabah ye, setiap manusia ada kisahnya sndr. dibagi ujian mcm ni, maknanya Allah tau kita mampu. Tabah ye, fighting !

    ReplyDelete
  2. Dont worry. (:

    Saya tulis ni, kalau lihat betul-betul, saya berkata untuk menghargai seorang Abah.

    Bukan melihat pada besarnya apa saya rasa, inshaAllah. (:

    ReplyDelete
  3. hey 'musuh' !jgn cepat putus asa you know! =]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »