Sekeliling : Sistem

Merendah untuk meninggi, melangit dan mencapai yang tertinggi.
Gambar Sujud. by ~TheLetterU

Awwalan : "وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ"
Kata Allah, 'Dan tidak Aku cipta jin dan manusia, selain untuk beribadah."

***
Penyakit itu datang semula.
Seringkali datang dan pergi.
Seringkali juga singgah dan berlalu.

Dan ironinya, saya seolah merelakan.
Mengiakan.
Mengangguk sahaja.


Saya memang banyak terinspirasi daripada beliau - Nouman Ali Khan.
Ceramah beliau (yang sambil melatih lagi Bahasa Inggeris saya), memang banyak membawa saya kepada diri saya semula.

Lama saya tidak assertif.
Apatah lagi dengan diri sendiri.
Dan lama-lama saya lelah dalam mencari jawapan.
Tersekat dalam sistem yang tersedia.

Kata sahabat saya yang jauh di Bentong, "Mungkin kau belum betul-betul redha dengan istikharah kau."

Ya, namun setelah lama, saya sendiri membulatkan hati dan Allah telah mudahkan.
Apa isunya di sini?

ISU : KALAU BUKAN INI TEMPATKU
Lama, sebenarnya isu ini.
Bahkan sangat lama. Sehingga menjadi sangat kompleks.

"Aku rasa, aku bukan tercipta untuk duduk dalam ilmu tabib, sahabat."

Ayat ini, berulang, terulang dan terluah saban masa semenjak tiga purnama aku di bumi Inteka. Hah, sakit sangat kepala aku menanggung. (Perhati : bahasa 'saya' berubah 'aku', atas sebab nada berubah)

Semua yang ku jumpa mengatakan aku belum jumpa cantiknya ilmu tabib.
Mengatakan aku kurang sabar untuk menjadi tabib terkemuka.
Mengatakan aku patut beruntung berada atas landasan ini.

Tetapi, aku yang menanggung kesakitan dengan persoalan yang mendesak dan menderam.
Sebab lama-lama bagaikan aspirin, mula diambil untuk menahan kesakitan.
Ia datang mencairkan darah merah di saluran kita.
Namun, kesannya melukakan dinding penghadaman di dalam.
Berdarah dan luka.

Kelas purnama pertama di sini, papan putih ku lihat tembus.
Rasanya jug pendengaranku benar-benar bocor, entah apa ku tuang dalam ingatan.
Kertas bertanda merah 32 itu yang mengejutkan aku,
Lantas aku cuba belajar seperti mereka yang lain.
Dengan jiwa yang tak terjawab.
Kata mereka, "Aku masih terkejut, dek lama sangat holiday."

Kelas purnama kedua, kegilaan otakku menjerat bahkan menyakitkan.
Aku menemui 'diri' dalam kerja-kerja bermasyarakatku.
Haha. 'Bermasyarakat.'
Bukan semata sebab aku buat kerja 'baik' dengan PSC (satu persatuan Islami), katanya ya siapa tidak gembira buat kerja dakwah.
Padahal, kegembiraan aku [yang aku rela berikan banyak masa] (baca: lebih masa),
Kata mereka, aku yang tenggelam dalam keseronokan hedonis dengan Photoshop.
Padahal, di situ aku menemui diriku dalam passion dan pasien,
Memberikan nafas untuk hemisfera kananku untuk berkreatif.

Dan ini kelas purnama ketiga.
Dan kesakitan itu masih menjelma.
Kenapa ku katakan kesakitan?
Sebab meracun fikiran, lantas hati, dan tindakan.

Isunya, bukan sebab 'ilmu tabib tidak kena dengan jiwaku' semata.
Sebab aku boleh kata aku cinta dengan Biologi sudah lama.
Mengenal hebat-Nya Tuhan bercerita dan menampilkan al-Alimnya pada aku.
Ternganga melihat perincian Allah dalam mencipta.
Dan, ya aku bersyukur dengan kelas Biologiku.

LALU, APA SEBENARNYA TERASA?

Cuma, yang memenatkan, yang menyakitkanku,
Mungkin sebenarnya sistem.
Aku belajar bukan untuk peperiksaan.
Aku tidak tahu, sejak bila ada perkara ini dalam fikiran,
Tetapi lubang kosong itu, langsung sukar terisi.
The God Spot.

Aku tidak merasa sepenuh jiwa, yang 24 jamku benar ku bekerja untuk Dia.
Kerana jauh dan dekat, ada rasa berat dan terpaksa.

Meski aku tahu, "Infiru khifafan wa tsqalan". Mara bergeraklah ke depan meski ringan atau berat.

Namun, lelaki dalam video tadi benar-benar mengetuk Kotak Pandora aku.
Kata Nouman Ali Khan.

"Do what you love and what you can do best."

"Something you can do best, but actually you don't like, don't do that, 'cause you can get anywhere. Another thing, don't do things you are'nt really like. Even you are doing it really great but hate it though, you will miserable your entire life, cause you can't afford to do it."

"Or at least, if it cannot be happened, find a career, that your life is not your career."

"College is a time, is world of ideas." -

"Direction truly decide, not just professionally, but what kind of person you want to be."

"Muslim, in this counrty, for a long time, has never been creative."

"This is a , land of opportunity."

"Muslim should be the highest-paid salary man. Not because of money purpose but to give the money to the Islamic channel later.

Ouch, it's hurting. Something was like, bursting inside here.

Atas waktu sekarang, aku menyedapkan hati dengan melihat, dunia kedoktoran nanti aku tidak akan biarkan sistem menguasai aku.

LALU KU LIHAT DIRI

Cuma sekarang, aku tiada kuasa.
Persoalannya, kini, aku tidak nampak dan tidak terjawab kukuh,
"Kenapa aku kena belajar Kimia, Matematik dan Statistik ini semua? Meninggalkan jiwa aku mahu - ilmu kemanusiaan dan masyarakat yang aku dahagakan?"

Siapa tidak score, seakan satu kesalahan besar. "Oh, budak ni malas nak study lah tuu."
Padahal, tahap otak dan minda manusia berbeza-beza.
Tidakkah kau perhati pertamanya, 'Kenapa dia malas dan tidak segigih kau?'
Kerana dia tidak rasa jiwanya di situ.
Oh, ini Law of Attraction.

Like will attract like.
It all starts within, what is in there, its out there.

Tidak cukup jika hari ini, kita katakan 'aku ambil ilmu medik sebab nak jadi doktor nak tolong orang.' Hadam sebentar artikel Ust Hasrizal Kenapa Mahu Jadi Doktor.

Tidak cukup, jika kemahuan itu datang dari faktor luar (percakapan untuk diri saya).

It's all about us.

Dan sejauh mana, mahu dimaknakan setinggi-tingginya untuk Islam?
Sejauh mana akan kau pergi dengan ilmu tabib untuk Islam?

PENUTUP : MAKA APA PERLU BUAT?

Benarlah, Dr Sidek Baba mengatakan, "Pendidikan perlu diberikan roh Rabbani dan di-Islamisasi."

Bukanlah exam untuk hidup,
Cuma exam satu proses dalam hidup.

Maka, masakan hidup akan berakhir, hanya dengan pagi petang siang malam berbuku yang kurang roh ini.

Maka, aku lihat begini.

Aku yang akan memberi roh (dengan kuasa Allah dan kehendak Dia) dalam masa aku meletakkan masaku untuk belajar, meski ianya A Level.

Aku bukan bercerita semata belajar sebab amanah, (bahkan amanah terbesar adalah selaku hamba dan khalifah sebenarnya), tetapi aku belajar, sebab aku perlu belajar ini.

Aku perlukan Matematik untuk asah pemikiranku lebih tajam - terima kasih IKIM sebab ada satu slotnya semalam, al-Fadhil Ustadnya memberitahu ini. Hikmah belajar Matematik. Lantas, hebatnya Allah mencipta otak ini, lajunya memproses aksara.

Aku belajar Biologi, sebab aku memang mahu menekuni bagaimana Allah menyusun alam ini dan bukankah, 'Siapa yang tidak mengenali dirinya, tidak kenal Penciptanya'?

A Level hanya pada nama. Aku mahu menghidupkan al-Farabi semula.

Aku tidak nampak cela, Islam itu pengubah kehidupan lalu mengangkat manusia ke adrjat setingginya.

Oh. Alhamdulillah kegilaan ini menyerang minda.

Lihat, sebab amanah kita selaku khalifah lebih tinggi meninggalkan selaku tukang belajar, tidak harus meninggalkannya jauh.

Maka :

1. Set gol kita, sejauh mungkin. Sebab Hadis Nabi," Manusia yang berfikir habuannya sampai kehidupan satu lagi, adalah manusia paling bijaksana."

2. Sampingi secara seimbang ilmu fardu ain dan kifayah. *semak semula, yang mana fardu ain dan kifayah. Wasatiyyah - seimbang.

3. Buka fikiran dengan banyakkan membaca dan menggunakan semua deria. Lihat akhbar, lihat orang lalu lalang, di mana diletakkan Tuhan mereka.

4. Bertindak dengan paling bijak dan kesannya mengakari masa depan. Usah berbuat kalau sahamnya cuma sampai esok, bulan depan dan tahun depan.

5. Bertawakkallah. Allah sahaja punya kuasa. Benarlah sekarang, mengapa gunung pun takut memikul taklif 'khalifah' ini.

6. Semak dan selaras. Selalu semak diri, apakan sudah 24 jam ini untuk Dia. Apakah semua aliran harta dan tenaga benar-benar untuk Dia.

Oh. Sistem.

Akhiran : وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
-Musafir.

Bergeraklah, menumbangkan berhala ini. Sistem berhala - iaitu yang mengangkat jahiliyyah. Melahirkan manusia yang tahu tetapi belum berpengetahuan.
Bergeraklah, walau seinci.

Ps : kita bukan tercipta untuk menuntut ilmu. Tetapi beribadah. Maka, menuntut ilmu perlu sebab untuk ibadah.

Allahu a'alam.

Comments

  1. Semoga terus berjuang dlm kekuatan, teguh meredah kabus tebal dgn jayanya~~ <3 <3

    ReplyDelete
  2. shaf. sabar ye.
    an najm 39-48
    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »