Jiwa : Rebah

Rebah juga.
Sangat, terlalu jauh rebah.

Sehinggakan kala tulisan ini menjamah dada blog,
Hanya sisa kekuatan yang membekalkan upaya.

Rebah ke bawah. 


Hanya sedalam maaf aku mahu ucapkan.
Buat yang aku kurang berikan senyum yang selalu cuba ku hangatkan.
Buat yang telah aku kurang tegur dan sapa.
Buat yang sedar, sentuhan di bahumu itu tidak serasa dulu.
Buat yang makin sedar, makin kurangnya aku menghubungi.
Buat yang makin perasan, jauhnya aku memandang sehingga tembus awan.

Dan buat semua sebenarnya jika aku tidak mampu memberi lebih.
Aku sudah mencuba.

Cuma, aku memandang diri sebentar sahabat mama abah kawan, Puan dan Tuan.

Aku yakin Big-Boss The Greatest Allah tahu apa terjadi.
Sebab aku sendiri kurang waras mengerti apa yang terjadi.
Sebab aku sendiri hanya tahu, hanya ada Dia sekarang dan selalu.
Sebab apa pun patah kata mu dan aku katakan, "Takkan terganding apa yang ada di dalam."

Aku yakin yang Allah tahu, tetapi menghadap kamu semua,
Tebalnya muka. Ranap hamparan jiwa.
Aku ingin berlari jauh, pergi.
Tetapi pasti, pelarian bukan selamanya dan untuk apa.

Aku mahu hujan ini benar-benar reda meski akan basah dalam genangan yang kau tak nampak.
Aku mahu menghadap segala yang mendatang tetapi upaya ku makin Dia tarik.
Aku tahu, sehingga jatuh benar-benar segala apa yang ada padaku ini, takkan habis Dia mahu menguji.
Aku tahu dan aku yakin.
Cuma aku tahu, seberapa lemah aku sekarang,
Sampaikan lajunya ku taip ini takkan sama dengan apa yang mahu aku benar-benar katakan.

Cuma kamu,
Aku harapkan tadahan yang merafakkan kekuatan.
Tidak mengapa jika tiada siapa tahu.
Tidak mengapa jika...
..
..
..
Tidak mengapa jika memang tiada siapa akan mengerti.
Sebab aku tidak meminta.

Aku cuma mengharap barang sesaat,
...
..
..
Kamu mengerti, dan merafakkan kekuatan dengan doamu.
Yang sangat aku harapkan.
Kerana aku sangat tahu, aku sangat tidak kuat untuk ini.

Dan esok, jika senyum ku hangat kembali, ya,
Aku akan kembali memberi.

Izinkan aku.
Untuk meminta dengan penuh rasa rendah hati,
Pada kamu, untuk sedikit tadahan itu,
Barang sesaat.

Jika kau izinkan,
Barang sesaat itu inshaAllah akan sampai kepada aku.


“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah  teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”  (petikan Doa Nabi Muhammad sekembali dari Thaif )





***

Membaca tulisan semalam.
Maksud saya, semalam-semalam.

Tulisan tahun lalu.
Menaip dengan kepantasan yang deras,
Dengan gelimpangan kesejukan di pipi.

Dan hari ini,
Sudah juga ada senyum itu.
Sudah kebah sakit itu.

Kerana aku rebah itu,
Jatuhnya di pelampung Tuhan,
Yang sarat kasih dan harapan.

10112
ShahAlam,
Tahun ini, mahu saya ubah.
Lalu ku minta, Allah,
Terima kasih kerana memberi aku merasa pahit dan kelat!

Comments

  1. Assalamualaium wrt wbt!
    Terus kuatkan semangat mu wahai sahabat. Sesungguhnya, masa masih ada.
    Mohon lah kekuatan dari yang Maha Kuat.
    Sampai ke saat sebelum masuk dewan exam, masa masih ada.
    Aku yang di uji di dewan exam rasa berat sangat ni.
    Tapi aku cuba ingat semula ayat2 yang kita pernah share; Al-Ankabut ayat 2 dan 10.
    Aku takkan putus asa.
    Aku yakin dengan kekuatan & kekuasaan Allah,
    maka padaNya aku gantungkan harapan.
    Dan aku kuat semula. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »