Saya : Sebuah

Gambar : these hands by *michellis13
"Abstrak. Kadangnya, ideal untuk digapai. Tapi, ideal tidak semesti utopia."
 
 


Bunyi cengkerik pun tiada.

Bunyi motor dan deruman enjin langsung sifar.

Tanganku tergawang di udara. Bawah, badanku terlentang di atas tilam nipis yang sejuk.

Udara, aku cuba menggenggamnya. Aku cuba mengepalnya masuk dalam himpunan lima jariku. Namun, hampa.

Kerana, ya, udara adalah udara. Mana bisa kukumpulkannya untuk merasa peri fizikalnya.

Terngadah. Memalam begini, sememangnya fikiran senang larut dalam gelombang.

Apa yang aku miliki pun umpama udara itu - apatah lagi hal yang aku ingini atau impikan.

Hal-hal itu bukan dalam genggamanku. Bukan milikku.

Di atasku tiada wajah-wajah awan yang bergumpal mahupun langit yang cerah biru terbentang. Yang ada cuma kekelaman bilik yang bersiling putih, bergaris-garis dan sudah berupa tua.

"Tuhanku, Allah, maka lepaskanlah apa yang bukan milikku, yang bukan jua Kau tentukan untuk pinjamanku. Kau, ya Allah, simpanlah segala hasratku itu dalam sifat-Mu yang Hafiz, yang memelihara.

Mana tahu, satu hari kelak, ku kan bertemunya semula."

Genggaman tanganku terbuka. Mengkar dengan gerakan lima jari yang pendek-pendek itu beralun umpama terasa udara itu kulepaskan daripada kepalan.

Berlalulah, kau. Kau yang bernama impian, hasrat atau keinginan. Kau yang mungkin tidak berjasad namun ada ruh yang menerjal ruhku.

Biarlah aku bertindak dengan apa yang benar-benar ada di depan mata. Untukmu, suatu hari mungkin Allah pinjamkan semula.

Lenaku malam itu, sebegitu lewat, kala kokokan ayam mula sudah bersahutan.

***
"Sebuah kehidupan." Suaramu tiba di gegendang.

Mataku terkalih melihat persis sisi raut wajahmu. 'Sebuah' kehidupan, katamu?

Kau terangguk. Penjodoh bilangan untuk kehidupan adalah 'sebuah', menurutmu.

Mulutku terkumat-kamit mengimbas beberapa kalimat: Sebuah kereta, sebuah meja, sebuah rumah.

Hidupku, adakah seperti bentuk-bentuk itu? Mungkin, boleh jadi kehidupanku adakah sebuah arca?

Kalau sebuah arca, apakah mudah musnah?

Gila!

Kurenung ke depan yang kelam-kelimut. Hidupku nan sebuah, untuk rupa apa ku ingin bentukmu?

Samuderanya luas. Capal yang hina ini, pautnya perlu kukuh pada Tuhan.

Kehidupan nan sebuah itu, mahuku lontar ke samudera itu dan biar air laut yang masin kelat itu membawanya. Samudera ilmu.

Tuhan, aku cuma mahu terjun sekarang ini!

Jua, meninggalkan kau yang ternganga, masih memikir silap salah guna letaknya kata 'sebuah' tadi.

Hah!

 وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ 

"Dan Yang telah mengatur serta memberikan hidayah petunjuk." [87:3] 

Dia Allah, akan menunjuk jalan, setelah dia menentukan pun semua.

02112012.

Aku katakan, "Terjun!"

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »