Mahu

Kredit gambar: Shell oleh ~Ninoness
"Eh, duduk bawah cengkerang, bawah tempurung, nampakkah luar?"

Mungkin, soalan itu adalah soalan yang sukar dijawab, daripada segi emosi. 

Mungkin sekali, kerana seorang perempuan memang berselirat dengan emosi - dan entah kenapa, saya terkadang rasa ada sisi kelelakian yang sejak dahulu saya bina, untuk kurang beremosi. *Namun, pastilah, fitrah itu masihlah fitrah. 

Ya, soalan itu berulang kali sudah ditanya. Namun, mulut gagap sekali menutur lancar jawapannya. 

"(Saya) Ambil jurusan ini sebab (saya) tolak tawaran untuk ke Indonesia." Sebegitulah saya berbasa-basi menjawab. Ada sisi yang saya sorokkan. 

Terngadah. Saya paling menolak dan sangat tidak imun dengan perasaan tidak jujur dengan diri sendiri.

Saya tidaklah menerima tawaran untuk menyambung dalam jurusan ini hanya semata sebab saya menolak untuk belajar perubatan di Negara Pak Hamka.

Saya rasa, macam tubuh saya berdiri teguh di puncak bukit yang berlandas rumput menghijau sambil sedia berteriak. Saya mahu teriak... kalau bisa saya teriak.


Tersenyap.

Sepi dan bisu bukan sebab tiada jawapan, namun jawapan itu terlalu dalam (masuk ke hati nurani) dan sungguh panjang (yang saya kira panjang).

Bertemunya, saya kira jurusan ini bukanlah yang terus menterbeliakkan mata saya. Bukanlah jurusan yang dengan yakin saya masuk ke dalamnya. BUKAN!

Cuma, orang yang rencam macam saya, setelah istikharah, tangis sebaldi kolah, diskusi pusing dunia, tidur yang juga panjang (bagi melupakan masalah dan berharap solusi masalah muncul dalam mimpi atau selepas terjaga) dan dua bulan yang agak lama itu,


Allah yang lembutkan hati saya. Itu yang saya minta, agar dilembutkan hati. Saya sudah serah benar-benar waktu saya meminta. Saya tidak nampak diri saya - kehujanan. Kabur melihat rupa diri itu bagaimana sebenarnya. Tuhanlah yang menunjuk jalan dan Abah (dan Mama) juga yang memberi tolakan. 

"Peluang menuntut ilmu, kalau sudah di depan mata, pergilah. Kalau niat kita ikhlas, Allah pun akan tolong." Suara Mama dari ruang dapur.

Mungkin, aku sudah terlalu basah dan kesejukan. Aku sudah mahu sahaja rebahkan badan dan ya, bayangnya biar sahaja dilanggar jentolak masuk ke mana-mana sungai yang mengalir deras, agar aku dibawa sahaja arus ke mana aku didaratkan. (Kalau dilanggar itu tidak nyeri!)

 Dan begitulah hari-hari yang panjang dalam aku melihat dan menimbang keadaan. Ada yang simpati (mungkin) atas keputusan peperiksaan aku yang hampas. Namun aku tidak ada rasa demikian - jujur! Mungkin ideal aku untuk menurut jejak genius (seperti Albert Einstein) itu sudah merasuk. Haha. 

 Akhirnya, entah bagaimana Tuhan mendatangkan rasa suka, rasa cinta, rasa mahu dalam dada. Tiba-tiba (dan itu memang kerja Allah "kun fayakun"), aku jadi nampak semua yang aku mahu buat sampai umur aku cecah 35 tahun (sekurangnya).

Sekurangnya, sebelum 35 tahun, aku mahu PhD dalam bidang aku (Bioinformatik, Master mungkin mahu pengkhususan dalam Genetik dan Orientasi Teknologi, PhD belum pasti, tapi target aku, aku nak teroka teknologi untuk bidang ni. Aku mahu belajar teknologi biar orang Islam boleh guna teknologi ni dan uplift living standard).

Kemudian, sekurangnya aku target nak ada Master of Religion and Science (Oxon), ini kursus setahun sahaja dan ada peluang belajar Bahasa Latin (boleh pilih). Sebelum tu, mungkin kalau perlu aku nak ambil Usuluddin (kalau perlu). Sekurangnya, sebelum 35 tahun, aku merancang dan berazam mahu ada dua Ijazah Sarjana. 

Bila pergi kelas WISE minggu lepas dan Dr. Adi Setia yang memberikan kuliah, aku kira aku semakin 'nampak' aku mahu berbuat apa dengan 'tempurungku' (Dr. Adi Setia menggunakan istilah 'tempurung' untuk menggambarkan fragmentation of knowledge). Kita tidak harus sekadar jadi pelajar satu 'tempurung' meski apa kita buat itu baik/ berkualiti, tanpa kita ketahui KE MANA kita salurkan 'kebaikan' kita. 

Ahh. Aku catat apa aku mahu dalam lingkungan bulan Oktober dulu. Aku mahu, sebolehnya (inshaAllah):


  1. Integrasikan semula ilmu-ilmu yang telah didikotomi 
  2. Teroka semula buku-buku nadir dan selidik khazanah/ arkib yang menyimpan ilmu tersimpan yang ditulis ilmuan dulu dan bangunkan semula
  3. Merakyatkan ilmu agar masyarakat dengan dekat ilmu pengetahuan
Dan saya mohon doanya. Saya mohon tembakan doanya dan teguran untuk membina diri kita sesama. Apa yang saya tahu, saya tidak boleh berhenti dan saya perlu TERJUN!

Saya perlu berani dan bersedia. Serta, saya perlukan kesabaran.


Itu semua, tidaklah kuat tanpa adanya Dia yang Maha Perkasa, Maha Kaya, Maha Alim.

Terangkanlah hati-hati kami, sungguh Kaulah yang punya segala cahaya. Kami pacal hina cuma, Tuhanku.

- Bila orang tanya soalan itu, saya nak bagitahu (di sini), "Saya ambil jurusan ni sebab saya nak jadi saintis. Saya nak 'pegang' bidang genetik dan teknologinya, serta sedar akan 'kisah dan penghidupan' di sebalik bidang saya, agar saya boleh menggunakan ilmu Allah ini untuk memandu umat dalam sekitar ilmu yang ada, supaya bermanfaat. Supaya ummah kita ini kuat semula (sekurangnya dalam bidang ini)."

Mungkin singkat, namun saya tahu Allah mendengarnya. Allah akan tolong. Allah akan mudahkan pengikhlasan saya. 


"wallazi qaddara fahadaa"

Musafir. Dan aku katakan, "Fastabiqul khairat!"

071212. 2247. *Saya mohon doanya. Terima kasih, ya.

Comments

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »