Teknologi

Petang tadi, habis sudah siri Brave New World with Stephen Hawking ditonton. Aneh sekali, hal masa depan yang belum pasti itu, membuah semangat dan ketuntasan.

Daripada mesin, kesihatan, biologi sehingga teknologi, saya kira, saya terpesona. Keluasan ruang untuk saya 'berlari-lari' dan menjadi garuda. Ahaha.

Jujurnya, saya memang tidak berhasrat untuk bekerja (dan terperap - tak tahu kenapa saya nak guna perkataan "terperap") sebagai seorang ahli bioinformatik dalam masa yang lama (paling lama mungkin 2.5 tahun ?). Apabila melihat ruang potensi dan masa depan teknologi, saya optimis mahu menggeledah khazanah itu.

Teringat, sewaktu kecil, mak abah memang berhenti ganti komputer (yang rosak) setelah tiga kali diganti. Kali terakhir rumah benar-benar tiada komputer yang berfungsi adalah masa darjah tiga (tak silap). Sehinggalah umur saya cecah 16 tahun, barulah mak beli komputer untuk kegunaan di rumah.

Ya, sebabnya tangan saya yang 'baik' ini memang kerap membaiki 'labu'nya. Kipas di belakang komputer (zaman komputer PC) pernah saya matikan begitu sahaja padahal komputer masih terpasang hidup. Saya pelik, kenapa ada kipas kat belakang komputer? Sejuk pula tu!" lalu, saya berhipotesis, apa akan jadi kalau saya matikan kipas itu? (macam kipas kat bilik, bila tak diguna, akan dimatikan suisnya).

Dan sebaik sahaja saya matikan suis kipas komputer, memang terus padam (tanpa proper shut down) skrin komputer (dan mungkin si penaip tu pun hilang kerjanya tanpa disimpan!)

Mak saya memang tahu, saya anak yang suka memandai. Efek sejuk apabila dicurahkan air ke tangan yang disapukan minyak panas, saya uji dengan sapu minyak panas di seluruh belakang badan adik kononnya mahu bagi badan yang panas itu sejuk. Padahal, kemudian memerahlah badan adik dan memang sejuk tapi sebentar sangat untuk melawan kepijaran minyak panas!

Ada sekali, rumah saya kesuntukan gas untuk memasak. Saya yang kelaparan, ambil lilin dua batang, masukkan mee Maggi dalam mangkuk berisi air, dan panaskan mee itu dengan tenaga haba daripada lilin. Sudahnya, mangkuk kehitaman tapaknya dan mee Maggi tu tidak pula lekas-lekas lembik. Masa tu tak terfikir yang tenaga haba daripada lilin tidak setinggi tenaga haba daripada api daripada tong gas tu.

Bila dingat-ingat, mungkin kerana itu saya tidak kena dengan sistem yang memerap. Saya kira, majoriti manusia memilih ruang 'bernafas', ruang yang bebas. Namun, ada manusia yang tercipta, memilih risiko untuk meminggirkan kebebasan itu untuk hal yang lebih besar, yang lebih mereka minati.

Saya, cuma belum bisa dikekang sebegitu. Ada hal yang saya sudah tahu, keliarannya hanya merunsingkan maka saya telah pun usahakan (mulai tahun ini) untuk ada dan belajar berfikir, membaca dan menilai (contohnya untuk deduce, induce and abduct) melalui kerangka.

Namun, ada hal yang saya kira, sepertinya teknologi ini, saya sukakan kebebasannya yang memberi saya bernafas. Bukan seperti perubatan yang kadangnya pada saya, setelah sekian lama saya rasai, memerangkap jiwa saya yang 'liar'. Dek kerana itu, ya, saya tahu, setelah tiga bulan di tempat baru, jiwa ini Tuhan temukan datarannya.

Ahhh.

Bukankah, wallazi qaddara fahadaa?

# ada satu penyataan dalam video Brave New World yang saya persoal pada diri. "Betulkan mesin lebih baik daripada manusia?" Jadi, ini mengingatkan saya tentang pentingnya saya (perlu cepat-cepat) belajar falsafah dan sejarah sains! Marc Manley mencadangkan Fiqh of Technology untuk kebebasan ini - dan persoalan sebegini. Menarik sekali!


Shah Alam. 090213.
Pada bintang itu, ada sisi ringkas dan kompleksnya.
Saya mahu menikmati kedua-duanya dengan bijaksana.
Bawakanku, Tuhan!

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »