Konfeksi: Gelap

Rebahkan.



Rebahkan ia agar ia menyentuh muka Bumi.
Lalu pecah berderai berkecai lah ia.

Rebahkan ia.
Rebahkan sesungguhnya.

Ketakutan itu.
Kegentaran itu.

Gelap yang datang dan berpamitan.

Tuhan.
Aku tahu Kau mendengarkan.

Sungguh, aku takut.

170820131059.

Ada cahaya datang menerpa masuk dalam ruang mata aku yang gelap. AH, silau! Perlahan, cahaya itu bergerak mendekat, yang bulatnya cahaya itu kian mampir.

"Fai?"

Mengadahkan kepala, aku belum terlihat siapa empunya suara, tetapi serasa aku kenal suara itu. Suaranya.

"Fai, kau kat mana?"

Aku tak pasti dia bisa atau tidak nampak aku yang sedang berteleku duduk merapatkan badan dan memeluk erat dua batang kaki sendiri di dadanya ini; tempat ini pun bahkan bukan main tiada cahaya. Aku takut pula dia terjatuh sebab tersepak apa-apa yang tidak patut.

Kukesat kelopak mata yang basah dengan hujung baju yang kesat. Yang lembut mana bisa menghilangkan sisa air mata ini.

"Ley?" Suaraku.

Cahaya nan membundar itu semerta berhenti di satu titik, tidak bergerak ke mana.

"Kau duduklah di situ, di mana-mana kau berdiri tu. Kalau aku sudah aman semula, aku sendiri akan mendekati kau."

"Baik-baik sahajakah kau, Fai?"

Aku mahu dia peluk aku dengan hangat. Menenggelamkan semua kesejukan sebuah kegelapan ini tetapi ah, aku tidak mahu memanjakan diri sangat.

"Duduklah, Ley. Aku nak cerita."

Seperti aku dengar-dengar dia mengibas kain bajunya, dan perlahan, cahaya nan membulat itu pun turun ke bawah, turun bersama duduknya Ley. Aku pula tidak pasti sama ada Ley datang dengan topi lebarnya atau tidak, sebab aku memang tidak nampak apa pun di sini.

"Fai?"

"Hmm."

"Kenapa bergelap begini?"

Diam. Aku tahu aku patut jawab, tetapi aku tiada daya. Entah kenapa, kesat hujung mata tadi bergenang semula. Aku yang masih punya asa, melawan lagi dengan menyapu hujung mata dengan hujung baju yang sama tadi.

"Fai?"

Kukesat lagi air mata yang berani-berani mahu keluar lagi. Aku harus berjuang melawan kelemahan ini.

"Ley, mungkin yang lebih teruk bukan tiada kawan atau teman tetapi adalah berada dalam gelap."

Ley setia mendengar. Aku seolah nampak matanya yang redup, rendang dan teduh itu. 

"Ley, tiba-tiba aku rasa aku cuma nampak kegelapan depan aku. Aku… takut," dan air mata itu ada semula, "aku takut, dan rupanya sendirian dalam gelap sama sahaja dengan berteman dalam gelap, kalau teman itu pun sama gelapnya."

"Aku semacam dah tak nampak apa, Ley, tapi orang menyangka aku dalam terang. Mereka tak pernah nampakkah takutnya aku bila gelap makin mendekat dan siapa pun terus senyum, katanya aku kuat," basah lagi hujung mukaku, "Aku… ah, kenapa mereka dengan mudah cemburu dengan hidupku? Padahal terangnya hidup mereka, tidakkah mereka sendiri patut lihat?"

 Gesek bunyi benda bergeser. Kasut Ley, mungkin, yang baru bergeser dengan lantai.

"Apakah hanya mereka yang pernah lihat keindahan, yang akan lebih selalu terlihat kejelekan? Dan mereka yang terlebih selalu melihat kejelekan, barulah lebih menikmati keindahan?"

Ley masih diam di hujung belah mana itu. Mungkin dia pun masih memberi aku ruang bercakap, melepaskan apa di hati. Entah dari mana, aku teringin kalau ada batang-batang dandelion di kiri kananku untuk lihat ia berderai dan berterbangan. 

"Kadang dan selalu aku terasa mahu mati, Ley. Diujar kepada manusia, mana dimengerti. Aku rasa macam Sisyphus. Memang tadi, aku rasa aku mahu mati, Ley."

"Habis, kenapa kau tak matikan sahaja diri kau?"

"Kau mahu aku mati, Ley?"

"Fai!"

Suara Ley bergaung dan melantun-lantun dalam ruang.

"Kalau aku mahu, aku bisa sahaja, Ley. Tetapi aku takut mati. Aku tahu berdosa."

"Lalu bagaimana kau akhirnya lega setiap kali?"

Tiba-tiba cerah. Terimbau.

Kala aku berseorang naik bas malam-malam dalam segala kepasrahan ke kota metropolitan hari tu.

Kala aku sendirian, duit makin menipis dan hanya mampu berjalan kaki.

Kala segala ketakutan kau sebagai perempuan, meredah malam dalam keadaan tak terancang.

Kala aku sungguh-sungguh tak pasti tapi mahu-mahu lagi menukil harapan.

Dan dalam setiap kala kegelapan yang maha pekat itu menyelubungi.

".. aku lihat Dia, Ley."

Dan setitis air mata jatuh.

"Setiap kali aku rasa, aku tak mampu dah, ada semacam orang bisik kat aku, Ley."

"Apa dia?"

Dan setitis lagi. "Allah takkan sia-siakan aku."

Dan fuh, terkambuh cahaya nan membulat dari jamung yang gadis bertopi lebar itu pegang.

Namun, dalam gelap yang kembali gelap, ada cahaya terang yang hadir.

Cahaya dalam hati, betapa Tuhan untuk setiap hamba-Nya.

Gelap itu ada banyak (zulumat - plural) tetapi yakinlah, cahaya itu khusus (an-nur).

Perlahan, dedaun dandelion semacam kapas halus itu tiba-tiba banyak sekali menerawang, berterbangan menyentuh aku. Dan di hujung, Ley memakai semula topi lebarnya.

'Tak, aku bukan Sisypus, menolak batu ke atas bukit, tidak. Aku umpama Hajar, yang berlari tujuh kali mencari air meski terlihat mustahil ada air di sebuah gurun nan panas itu.'

*Persis membaca buku 'Palestinian Women' tulisan Fatma Kassem, mengungkap semula Portelli, "Memory is not a passive depository of facts, but an active process of creation of meanings." Betapa TS Elliot juga menyatakan sebegitu dalam 'The Social Function of Poetry', bahawa peran tulisan non-akademik begini menimbulkan dan menjadi presentasi emosi satu masyarakat dan suara pada yang marginalized.


Shah Alam.
Hari mau hujan.
Hati sudah basah semula.
Jangan takut menjadi sendiri.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »