Makan, muda dan senyum

Aku selalu (tak adalah selalu sangat - perempuan memang suka barangkali, tidak yakin dengan apa ia mahu sebut) rasa takut terasa tua. Aku tidak takut berkedut kat muka, cuma..

Aku takut aku telah menuakan diri aku sebelum masa. 



Kelapa muda sedapnya dihirup airnya yang segar dan isinya yang masih belum mengeras.

Kelapa tua, airnya masih boleh diminum tapi isinya yang telah keras itu buat diparut, kemudian boleh diperah dapatkan santannya.

Memang kedua-duanya ada manfaat masing-masing tapi kena pada waktunya.

Mak aku selalu sebut, "Kak, kau ni nampak lagi tua daripada usia." Padahal kalau keluar berjalan seorang, pakcik teksi ada yang menyangka aku baru lepas keluar sekolah rendah. 

Mak aku kata sebab cermin mata aku - tapi aku tukar cermin mata tu dengan perasaan sungguh suka. Masakan?

Dan aku suka (buang masa) tengok gambar orang yang sedang tersenyum.

Aku tanya diri aku, 
"Mana senyuman kau, Shafira?"
Aku cuba cari gambar aku yang sebegitu "meriah" namun, entah ke mana - dan aku semacam ragu nilai senyum aku sendiri.

Dahulu kalau aku rasa kurang gembira, aku suka makan banyak-banyak (sebab aku memang jarang makan banyak sebab rasa buang duit), tetapi kalau aku rasa aku tengah 'miskin jiwa', salah satunya aku pergi makan.

Makan Mee Rebus Johor yang supnya sungguh pekat rasa kentangnya; masuk ke tekak kuahnya yang panas-panas itu tambah sedap dengan hirisan nipis daging dan ya, aroma rasa masam-masam dari perahan biji limau.

Atau pergi makan Secret Recipe untuk rasa mewah sebentar. Kek yang ada kacang Macadamia tu aku suka betul.

Tapi, sejak aku minum Cha-time (Hazelnut Tea) dalam komuter entah bila, aku sudah kurangkan rasa mahu 'gembira-dengan-makan' itu. Sebabnya hari tu, dengan RM 5 aku dapat beli satu cawan Cha-time tu, aku telah pun korbankan duit tu daripada membeli buku nipis tulisan Said Nursi sewaktu Pesta Buku. 

RM 5 yang sama, tetapi satu kekal dan satu lagi tak kekal, masuk dalam longkang jamban. 

Tambah-tambah menyayat hati aku, sebab sewaktu aku hirup dengan nikmat air tu, di depan itu asyik benar ada seorang budak lelaki ala-ala gemuk pandang perbuatan aku (semacam mahu juga minum sama). Aku nak sua sedikit, aku segan macam tiba-tiba sangat; tetapi sepanjang aku habiskan air tu, sungguh, sungguh aku rasa serba salah.

Sejak tu kalau lalu KL Sentral, aku macam dah tak ada nafsu untuk beli Cha-time melainkan aku rasa sangat-sangat stres - ya, sebab aku suka jalan seorang diri jadi jarang ada kawan nak balas cakap.


Aku asyik fikir (atau tak sengaja terfikir) hal ni sejak akhir-akhir ni. 

Ya, aku suka membaca tetapi aku tak mahu jadi ulat (ulat buku). Aku nak jadi manusia. 

Ya, aku suka kalau dapat buat kajian lanjut pasal perkara yang aku minat, tetapi untuk bahasakan itu pun perlukan kemanusiaan dan sensitiviti.

Adakah diri aku dah banyak tertinggal di celah almari dan rak buku di mana-mana? 

Aku macam tak wasatiyyah. 

Mak kadang cakap, "Kakak, kau ni kadang banyak sangat berfikir mak tengok. Cuba relax sikit."

Aku suka ketawa tetapi banyak masa, aku rasa ketawa ni macam sia-sia. Aku takut.

Tapi.

Aku dah jumpa senyuman siapa yang paling mendalam nilainya. Senyum yang mewarnakan wajah orang lain juga. Senyum yang membuatkan dataran yang kelam semula bercahaya. 

Meski mereka itu berfikir barangkali lebih mendalam taakulannya. Meski mereka itu manusia yang ilmunya lebih luas daripadaku.

Haha. 

Mungkin aku salah tentang hal ni, tetapi satu hal yang sama antara mereka ialah mereka itu hubungannya rapat dengan Tuhan. Laparnya kerana tidak berduit pun, tidak dirisaukan sangat. Mereka tahu tempat mereka di dunia ini di mata Tuhannya. 

Hari tu, ada satu hari selepas aku belek semula mesej dalam Facebook aku dengan soalan-soalan daripadaku dan dia, aku teringin nak tanya satu hal (tetapi aku tak tanyakan):

"Tidak penatkah hari-hari dan sepanjang masa berdiskusi macam ni?"

Mentally, i feel so exhausted, even though, i still want more (next time).

Aku berazam nak belek semula tulisan riwayat hidup para ulama yang hidupnya lebih lama dengan ilmu. Aku mahu mencari bahagia, menyambung ria dengan manusia dengan penuh makna.

Hah.

Aku jadi teringat antara azamku tentang menjadi genius:

"Genius is someone who can make something complex simpler."

Dan macam Nabi sallallahu alaihi wassalam pun, Bagina jamiul kalam - ucapannya ringkas dan padat namun bermakna. Aku nak berjiwa muda - berjiwa rijal. 



Shah Alam.
Walfajr. 
Apa yang kita cari, kadang Allah dah turunkan.
Cuma kita nampak atau tidak.
(Telinga sumbat Good Life, One Republic)

Comments

  1. suka la aku baca post hang. rasa macam nak tulis jugak dalam bahasa melayu walaupun ayat tak jadi sedap macam ayat hang. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak kempen Bahasa Melayu. :p Haha

      Tulislah apa pun, daripada hati, ustaz Ridha pesan. :) Sedap punya inshaAllah, kalau hang rasa sedap. Tulis untuk Allah dan diri sendiri sebagai pembaca utama.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »