Cantik

Antara lukisan Van Gogh.


Tiada cawan yang berkepul-kepul asap.

Tiada meja bulat buat tempat letak tangan dan buku.

Tiada juga kerusi kayu yang dapatku sandarkan badan.

Yang ada hanya lukisan Van Gogh dalam bingkai kayu, dinding serba putih di sekeliling kami dan manusia yang angkat kaki dengan sungguh perlahan macam ada menteri besar sedang perhatikan mereka.

"Adakah semua yang menghasilkan yang cantik itu, mesti awalnya sudah mengenal atau sekurangnya mengetahui yang hodoh dan jelik?"

Soalan aku itu macam terlampau kuat, barangkali, sebab selepas sahaja aku sudahkan ayat, beberapa mata tiba-tiba macam menengok aku. Sememangnya gadis bertopi bulat itu 'kan sedepa dari aku, masakan aku boleh sekadar berbisik untuk buat dia dengarkan soalan aku? Aku yang malas jadi perhatian, sekadar senyum dan pergi berjalan ke arah Ley.

Ley pandang aku hujung mata. Dia tahu aku selamba dan aku nakal. "Tak boleh kuat lagikah suara tu?"

"Kau dengarkan soalan aku? Apa jawapan kau?"

Dia diam beberapa jeda, dan kembali menerawang melihat lukisan The Potato Eater. Daripada tadi, dia masih tak berganjak daripada melihat karya itu. Aku pula memilih gambar malam yang berbintang pada lukisan Van Gogh, "The Starry Night" berbanding gambar kelam dalam kebuk sempit untuk keluarga yang sedang makan kentang di meja itu.

"Kalau begitu, Fai, sebenarnya apakah yang cantik itu? Tidakkah yang hodoh boleh jadi yang cantik?"

"Maksud kau, cantik itu relatif?" 

"Tak, maksud aku, barangkali kita yang selalu melihat yang hodoh itu sebagai hodoh; lalu menyangka yang hodoh itu yang menghasilkan yang cantik. Bukan begitu? Sebab itu aku kata, mungkin sebenarnya yang menghasilkan yang cantik itu adalah memang daripada yang cantik."

"Derita itu tidakkah jelik? Van Gogh sendiri mengatakan demikian, oh, sekurangnya itu yang apa disebut dalam dokumentari. Tapi, ia sendiri bilang yang dia dapat melukis kedukaan itu dengan baik adalah sebab dia sendiri pernah melalui duka. Dan sebagaimana kemudian dia makin kenal sisi berwarna dalam dunia, dia boleh menghargai dunia itu, ya, maksud aku, dunia yang berwarna itu sebab terdahulu, dia sudah kenal dunia yang hitam-putih kelam itu."

"Sebagai perbandingan?"

"Boleh jadi. Kau akan kata, seseorang itu hodoh sebab di sekelilingnya berbeza cantik daripada yang dipanggil hodoh itu. Kalaulah orang hodoh itu tidak pernah kenal orang yang dipanggil cantik itu, mungkin dia akan kira dia itulah yang cantik."

"Meskipun, mungkin pada perkataannya, dia itu hodoh?"

Aku mengangguk. 

"Kalau begitu, kecantikan itu berubah-ubah."

Aku pandang Ley. "Dan mungkin juga, ilusi."

Dua tiga tapak kami ambil beriringan, menuju ke kawasan lain dan untuk menatap gambar lain. Orang pun mundar-mandir dan macam kami, mereka pun bercakap-cakap entah hal apa. Dalam 'V for Vendetta', Evey Hammond ada sebut yang ayahnya pernah bilang, "Artist tells a lie to tell the truth." Dan, macam Heidegger, melihat lukisan atau satu hasil seni itu bukan tertakluk pada sekadar komposisi, warna dan materialnya. 

Tetapi untuk melihat kebenaran dalam lukisan itu. Realism.

Maka, apa yang Hammond sebut itu, boleh jadi betul sebab kami sendiri tidak pernah dapat tahu daripada mulut pelukis itu sendiri, tentang apa yang ia lukiskan itu adalah tentang apa. Lukisan itu, kalau The Potato Eater, secara zahir kami boleh sampai tahu kisahnya berdasarkan dokumentari tetapi untuk tahu secara mendalam apa sebab dan perasaan sewaktu Van Gogh melukis gambar itu, kami sendiri tidak dapat tahu.

Mungkin kerana itu, aku kadang-kadang skeptik untuk lihat gambar sendiri dan berkongsi gambar yang aku ambil. Sebab tak dapatlah gambar itu berbicara serincinya apa sejujurnya perasaan yang aku hadapi sewaktu gambar itu dirakam. Lupa juga harus jadi sebab kenapa akhirnya aku juga tak hairan apa respon orang terhadap gambar tersebut.

"Apa penting kita kenal cantik dan hodoh?" 

Dalam langkah yang masih perlahan, soalan Ley aku balas, "Untuk kau tahu bezakan itu hasil seni siapa?"

"Apa penting cantik atau hodoh untuk orang yang miskin? Yang sakit terlantar? Yang buta? Yang pekak tak dapat dengar muzik mempesona?"

Pragmatik. Tiada hasilan utiliti, seolah tiada erti.

Tapi, satu segi, aku mengerti apa soalannya Ley.

Sayang sekali, orang yang dapat melihat yang cantik ini, jarang pernah membawa yang cantik itu keluar kepada orang lain. Atau mungkin yang cantik itu tidak sampai benar-benar ke qalb-nya dan kerana itu ia tidak dapat bawa keluar. Ah.

Dan soalan "good and bad" ini mahu tidak mahu akan boleh pergi kepada menjadi soalan teologi juga. Shaykh Hamza Yusuf ada pernah kuliahkan hal ni. Semalam, bila aku dengar kuliah Hamza Tzortzis Ideological War - Operation Mind Frame, aku jadi lebih yakin betapa setiap perlakuan itu ada underground understanding tentang dunia berdasarkan kerangka fikir yang ia sedang guna dan macam Tzortzis sebut, ianya adalah subtle. Ini buat aku terkait apa Prof Alparslan sebut tentang pembentukan worldview dalam kronologi pendidikan dalam Islam adalah sewaktu sekolah rendah = "Worldview ini bukan boleh dibentuk-bentuk."

Dan bila ada Tuhan, aku selalu jadi tenang.

Tenang sebab aku tahu dengan limitasi aku sebagai manusia, dengan dosanya dan kemalasannya dan hayatnya yang bukan terlalu panjang, aku yakin Allah akan pandu kita memenuhi ruang soalan itu dengan jawapan.

Atau barangkali, soalan itulah jawapannya. Menarik lagi, betapa soalan yang kita punya ini sedikit pun bukan untuk menghentikan amal kita dengan penuh keraguan tentang Tuhan. Untuk aku sendiri, sebagaimana aku faham apa Dr Zaidi Ismail sebut dalam kuliah tentang epsitemologi, "bergerak daripada benar kepada benar". Soalan yang sama tetapi konklusi yang berbeza. Asas Islam yang Tuhan yang Maha Esa ini turunkan telah kukuh dasarnya, bukan seperti orang yang tidak singled-tauhidic; mereka tidak seperti kita, dasarnya itu mereka sendiri yang mahu bentuk.

Alangkan manusia penuh dengan ketidakupayaan. Dalam ketidakupayaan itulah, kita menjadi manusia.

Aku selalu rasa dunia ni kompleks. Tapi mesti ada pattern-nya. Macam Maxmillan sebut dalam filem Pi, akan ada juga pattern itu. 

Macam M. Nasir nyanyi dalam lagunya 'Tanya Sama itu Hud-hud':

Dalam kalut ada peraturan 
Peraturan cipta kekalutan


Ada tabii-nya. Ada aturannya, meski terlihat random

Dan aku percaya, meski sepenuhnya yakin itu mungkin belum bulat, yang cantik itu daripada Tuhan sebagaimana apa Shaykh Abdal Hakim Murad sebut dalam kuliahnya, 'Beauty and the Sunna'.[1] 

Dan lontaran Ley, si gadis bertopi bulat di hujung pintu, membuatku merenung, "Jadi, bisakah yang cantik terhasil dengan melalui jalan yang jelek?"


Allahu a'alam. 
Al-haqqu min rabbik. Fa laa takuunanna min al-mumtarin.

*di jalan-jalan pulang daripada Kuala Lumpur Sabtu lalu, sungguh aku terasa mahu menangis. Menangis betapa nikmat kebenaran dan Tuhan menyingkapnya kepada kita itu, nikmat yang sebenarnya Allah tentukan. Ada usaha yang manusia perlu lakukan, tetapi ada bahagian tergantung pada cermin hati manusia untuk melihatnya.

**melankolik sebab dengar lagu 'Suatu Masa', M. Nasir.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »