Catatan 160415

Suatu kenyataan oleh Michael Hansen dalam buku The World According to Monsanto:

Currently, when you want to add a microscopic amount of a preservative or a chemical agent to a food product, it is considered a food additive and you therefore have to do all kinds of tests to prove that there is a reasonable certainty that it is safe. But when you manipulate a plant genetically, which can create countless differences in the food, you’re not asked to do anything. In fact, the whole misunderstanding or confusion comes from the fact that the FDA has always refused to assess the technique of genetic manipulation and not just the final product; it made the assumption that biotechnology was intrinsically neutral, even though it had received a warning sign that should have made it much more cautious.” (Robin, M. M. (2010), muka 149-150).
Aku sendiri tak perasan dikotomi fikiran aku daripada maksud 'selamat' 'tu. Isu GMO (Genetically-modified food) 'ni kononnya pada aku satu waktu lampau adalah berimbang (bahaya GMO 'ni seimbang dengan kebaikan yang ia boleh bawa). Apabila aku baca kes Bill Gates melabur untuk Global Seed Vault di Svalbard yang jauh terperuk dekat dengan Lautan Artik (Engdahl, 2007), aku meletakkan diri aku beberapa tapak ke belakang untuk lihat bidang yang aku buat sekarang. Sebelum ini pun, aku ada baca buku daripada Global Research juga di mana penulis artikel tahun 2007 tu tulis buku 'Seed of Destruction' dan mendapati Monsanto memang ada isu sejak peperangan di Vietnam dengan di mana mereka terlibat dalam penghasilan Agent Orange, antara lapan yang lain (Laman web Monsanto).

Selain daripada isu agribusiness dan konfrontasi peladang-peladang di Amerika melawan Monsanto dengan isu patent (drug patenting pun antara isu dalam bioteknologi yang besar dalam industri perubatan), ada beberapa masalah perincian yang aku sedar sebagai pelajar biologi. Satu halnya ialah tentang viability of hybrid plants - sebelum 'ni, pandangan aku pasal evolusi atas tumbuhan ialah "Tiada masalah, mungkin, sebab pokok durian pergi cambah dengan pokok manggis punya buah, mungkin takda masalah daripada segi etika" tetapi hal 'ni sekurangnya disinggung oleh Engdahl apabila dia sebut yang para petani 'ni melihat bahawa kebolehhidupan (viability) pokok/ tumbuhan kacukan atau hibrid 'ni adalah tidak tekal (ini satu hal) dan pokok hibrid adalah lebih tidak tahan lama. Aku tidak lagi menentukan sikap atas hal 'ni tetapi tinjaun daripada sisi berbeza adalah perlu untuk hal besar macam ni.

Bab etika ni mengingatkan aku pada episod 'Take Out' dalam musim ketiga NUMB3RS, di mana Amita Ramanujan dan Mildred Finch pada awalnya berbeza pandangan, daripada segi etika, untuk menerima pendanaan daripada MacMillan Pharmaceuticals yang disebut Amita terlibat dengan eksploitasi ke atas warga dunia ketiga. Episod ini pada aku, yang akhirnya menunjukkan Mildred sama-sama membuat keputusan untuk mengetatkan pandangannya terhadap syarikat farmasiutikal itu, menunjukkan bahawa seharusnya ada sikap yang jelas dalam isu-isu sains. GMO ini, meski boleh diskeptikkan terus oleh geng-geng anti-konspirasi sebab mereka tung-tang-tung kata pihak yang mempertimbang GMO 'ni sebab nampak ada nama Rockerfeller dalam pendanaan projek-projek 'ni, harus juga secara bijaknya dilihat semula. Bahkan FDA sendiri dah bersikap a priori dengan GMO kononnya langsung selamat. Fact-value dichotomy (terma yang diguna oleh Vandana, 1991) ini melihat isu GMO perlu dilihat secara saintifik tanpa perlu menyentuh banyak sisi nilainya.

Lalu, soalan berkaitan aku tentang isu GMO 'ni selanjutnya adalah:

(i) Aku tak skeptikkan terus diri aku dengan GMO namun soalan aku ialah berapa jauh kebergantungan pokok hibrid ini dengan penggunaan bahan kimia? Jika pertanian padi hibrid ini (negara China sudah menerima penggunaan padi GMO di pasaran), misalnya, memerlukan kebergantungan tinggi dengan artificial fertilizers, maka apakah persaingan antara yang semulajadi dan hibrid ini adalah sihat, ataupun sebaliknya? 

(ii) Tiadakah akan berlaku monopoli pada suatu masa nanti - pokok hibrid memerlukan kajian lanjut yang kesan mutasinya mungkin dilihat hanya selepas beberapa waktu, dan bukan pada masa yang cepat, misalnya - jadi teknologi ini pastilah akan ada pada yang menghasilkannya? Diketahui, seperti idea Prof Shaharir (2012) dan sering diulang oleh Ustaz Zaidi Abdullah, apabila suatu teknologi dan sains itu diambil daripada luar dan tiadalah kita cuba menghasilkan sains dan teknologi atas acuan sendiri, maka selagi itu kita bergantung kepada sumbernya?

(iii) Apakah penarikan keluar suatu hidupan (bahkan boleh jadi lebih daripada satu jenis) hidupan yang berkaitan dengan pertumbuhan secara asli tumbuhan ini memberi perubahan kepada ekosistem dan biodiversiti?  Penarikan keluar suatu entiti tidak terasing bahkan rangkainnya yang patut diperhatikan -  kesannya juga boleh serangkai.

Sekali lagi, aku dibawa kepada persoalan reduktionisme genetik.

"There can be unwise intellect." (Sowell, 2012).


Rujukan:

(n.d.). Agent Orange: Background on Monsanto's Involvement. Monsanto. Didapati pada April 17, 2015, daripada http://www.monsanto.com/newsviews/pages/agent-orange-background-monsanto-involvement.aspx
 
Engdahl, F. W. (2007). 'Doomsday Seed Vault' in the Arctic: Bill Gates, Rockefeller and the GMO Giants Know Something We Don’t. GlobalResearch. ca. Didapati pada April 17, 2015 daripada http://www.globalresearch.ca/doomsday-seed-vault-in-the-arctic-2/23503.

Robin, M. M. (2010). The world according to Monsanto: pollution, corruption, and the control of the world's food supply. The New Press. Muka surat 131 - 150.
 
Shaharir bin Mohamad Zain. (2012). Berakhir sudahkah ilmu dalam acuan sendiri? Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya.
 
Sowell, T. (2012). Intellectuals and society. Basic Books. Muka surat 1 - 5.
 
Vandana, S. (1991). The Violence of the Green Revolution: Third World Agriculture, Ecology and Politics. Penang: Third World Network. Muka surat 19 - 24.
 

Bacaan lanjut: (disediakan sebab belum baca lagi dan menarik untuk dibaca kemudian)

Ludwig, Mike. (2013). In Depth: Journal Retracts Independent Study Linking Monsanto GMO Corn to Cancer in Rats. Truthout. Didapati pada April 18, 2015 daripada http://www.truth-out.org/news/item/20516-in-depth-journal-retracts-independent-study-linking-monsanto-gmo-corn-to-cancer-in-rats.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »