Catatan 080615

08 Jun 2015



"... children do not know why they want; but that grown-ups too tumble around like children on the face of earth, not knowing where they come from or where they are going, acting as little from true purpose, and just as ruled by biscuits and cakes and birch rods: no one really wants to believe that, but it seems to me something you can grasp with your hands." (Goethe, The Sorrows of Young Werther, muka 10) 


Sebetulnya, kali kedua ke Terengganu semacam tak sia-sia: pengalaman pertama naik bas seorang diri ke Terengganu di waktu malam (dengan paranoid akan kemalangan sebab terpengaruh dengan siri Criminal Minds) dan duduk di perhentian selepas turun bas pada hening pukul 5 pagi seorang diri, aku rasa dua ini sudah cukup beri aku masa bersendiri yang aku perlu.


Tulisan de Botton temankan perjalanan aku kali ini - The Architecture of Happiness. Sampai ke Ahad, aku sudah hampir selesai separuh daripada buku dan membacanya mengembalikan beberapa 'deria' aku dengan seni bangunan. Aku tahu, minggu ini sahaja, selain daripada insiden gempa bumi di Sabah, sudah cukup padat dengan kisah muktamar PAS (dan segala kebisingan di sekitar kisah itu). Aku pun tak pasti adakah tulisan de Botton disengajakan dipilih untuk sebuah eskapisme, tetapi yang pasti, kisah muktamar itu aku tidak masukkan dalam senarai untuk diambil tahu segera. Aku mahu nikmati deria aku untuk kenal Tuhan lagi, seperti selalu, dan entah sejak bila, buku-buku tulisan orang bukan Islam pun selalu dapat sahaja mengingat Tuhan semula. See with contradictory.

Kata Tuhan, semua di atas muka dunia ini akan hapus kecuali wajah-Nya, namun, seketika kita di dunia ini, ada tertinggal kesan daripada adanya kita di satu-satu tempat dan sekitaran kita. de Botton menyebut bahawa kadang-kala, 'rumah' itu tidak semesti adalah sebuah bangunan fizikal yang kita pulang-pergi untuk satu mastautin, tetapi ia adalah tempat kita menemui (atau kembali menemui) diri kita. Katanya, boleh sahaja perpustakaan atau juga pada seorang manusia lain. Manusia butuh sebuah kestabilan, malangnya, di alaf perubahan, kestabilan tidak lagi dilihat tangible dan dinamik - kestabilan mungkin dilihat semata sebagai kekakuan atau titik mula yang perlu selalu evolve. Begitu juga kesan-kesan yang kita rasai sebagai 'rumah' ini - meski ia akan segera sahaja nanti musnah, tetapi sekurangnya sekarang, ia memberi kesan (dan kalau berezeki, ia bisa kekal dikeranakan Tuhan) untuk mengembalikan diri kita. 

Ironinya, kita hanya bisa kekal dengan diri kita adalah dengan ke-tidakmusnah-an Tuhan; kita bersandar pada Dia. Allah. Seseorang yang bersandar pada tuhan yang salah atau keliru dengan sandarannya, akan selalu tidak dapat kembali dan sering rapuh; musnah sedikit-dikit macam perca kaca berderai dan satu demi satu, jatuh bersilambam di lantai, ditarik graviti. Takkah sebuah kolektif yang keliru dan terosak sandaran juga akan lambat-laun sebegini? Dan manusia pula jarang sekali tidak terasosiasi dengan mana-mana kolektif.

Balik daripada Terengganu, soal masyarakat masuk dalam fikiran semula. Aku tahu, dikeranakan pengalaman sendiri, aku kadang-kala bertarung untuk ihsan dengan manusia yang aku skeptikkan. Jujurnya, aku sudah benci dengan retorik (politik penuh dengan ini) dan pertarungan (aku tidak gunakan 'perjuangan' di sini) antara politikawan ini, sayangnya, bagai tidak siap penuh di gelanggang. Bukankah masyarakat sudah cukup banyak masalah untuk jadi budak-budak untuk semuanya melayan perdebatan retorik ini? Aku bilang kepada Abah sewaktu singgah di Kuantan, "Apa masalah yang sudah selesai sekurangnya, sekarang?"

Nadaku bertanya itu, mujurnya, adalah sebuah soalan optimis untuk bertindak. Aku tahu, keputusasaan adalah sebuah bid'ah dalam sunnah. Sekurangnya, aku tidak mahu putus asa - kata Rumi, 'Never lose hope, my heart, miracles dwell in the invisible' dan aku masih muda untuk tidak percaya dengan sebuah harapan. (Mungkin aku penat sahaja). Cumanya, aku fikir, perbincangan kita, jika benar mahu untuk sebuah kebaikan (meski belum tentu sebuah penyelesaian), adalah dengan melihat masalah ini pada takah lebih tinggi, bukannya berdebat dengan paksi picisan lagi. Perbincangan kita tidak intensif dengan persediaan intelektual (hanya perbahasan pendapat, ad hominem dan peristiwa) apalagi persediaan spiritual dan mental. 

Manusia mencipta atau menampung sebuah pendapat daripada abstraksi akalnya. Manusia yang kosong akan memberi kekosongan yang dihias bagai sebuah pengisian. Kautahu, shallow rivers always run dry. Perkataan-perkataan yang lahir itu keluar daripada pemahaman akal tentang konsep-konsep: Islam itu apa, manusia itu apa, masyarakat itu apa, jihad itu apa, ilmu itu apa dan lain-lain. Daripada abstrak ini (ya, pemahaman itu abstrak sebab tidak boleh dicapai oleh deria lima), ia keluar kepada sebuah perkataan dan menjadi konkrit. Kekeliruan (apalagi yang tidak disedari) boleh sahaja menambah kekeliruan masalah sedia ada dan memahami apa yang telah terkelirukan ini, meski tidak ramai mahu memahami dan mengenalinya, adalah sebahagian daripada penyelesaian masalah secara praktikal.

Aku yakin, sebuah kebersamaan dalam satu lingkungan boleh jadi adalah satu isu sensitif. Kebersamaan itu bahkan dikeranakan telah direlakan dengan banyak pengorbanan dan perkongsian bersama, apabila dijentik orang yang kadang melulu, pasti boleh terguris. Aku pasti, boleh sahaja dipanggil itu mehnah dan tribulasi, tetapi masyarakat tidak selesai dengan sebuah sentimen - ianya tidak menyelesaikan apa-apa, melainkan sebuah diam. Kelakar sekali, kalau pilihan dalam masyarakat adalah antara yang kurang buruk daripada yang lebih buruk, sedangkan jenama yang kita bawa itu sebegitu persih.

Apa aku cuba sarankan di sini, sebetulnya?

Get a sense for yourself. Kalau betul mahu membawa perubahan, faham dahulu apa itu perubahan dan silakan letakkan orang yang betul ke ruang mereka yang betul (termasuklah diri sendiri, kita ini).



Shah Alam. 
Orang yang bijak, kata kawan yang mengingatkan, 
adalah yang belajar daripada kesilapan orang, 
bukannya kesilapan yang diri sendiri buat 
(hey, this is way too sustainable!).

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »