Pulang


Dan duduklah ia dengan telinga tersumbat bunyi-bunyi yang mengasingkannya daripada kebisingan rutin dunia. Ia masuk ke dunia sendiri.



"Akhirnya kita di garisan ini, El."



Ada sebuah mata yang redup macam dahan-dahan pokok besar untuk seekor kenari kuning. Ada orang berpapasan, menulis dan menguap di sekitar; hakikatnya dahan-dahan redup itu metafora hidup dalam sebuah pustaka sepi di hari-hari Ramadhan ini.



"Aku tak pernah menyangka Allah akan membawa aku sejauh ini, Indigo."



Aku bersyukur untuk sebuah kekuatan atma ini, Indigo, sungguh-sungguh.



Kau tahu, aku fikir kita betul-betul kapitalistik untuk selalu mengharap kerinduan pun dibayar! Aku suka dalam sela-sela hari tertentu, aku akan tersenyum melihat kawan-kawanku berbahagia. Aku tidak tahu daya apa yang membuatkan aku tidak cemburu, tetapi niat itu awal segala sesuatu. Aku pernah berniat dua tahun lalu sewaktu sedang berjalan masuk ke domain MSU, bahawa aku mahu tetap berbahagia dengan apa aku ada meski kalau kawan-kawanku mula pergi meninggalkanku untuk ke jalan hidup mereka.



Apabila kerinduan mula tiba di muka pintu semula, kadang aku begitu tidak sangka sejauh ini Allah telah menjalankan kita semua atas sirot nyawa kita. Tidakkah kau rasa hiba atas kecukupan keindahan yang Dia beri itu, menenggelamkan sakit-sakit kau tanggung? Aku tahu, aku mahu Indigo cepat pulang tetapi rentetan kepulangannya tidak pula aku fikirkan - aku tidak mahu tahu sebetulnya. Aku cuma merasakan Shah Alam ini terkandung sesuatu yang berbeza di setiap kepulangannya, meski ia langsung insignificant kepada sesiapa yang lain. Lalu, cukuplah kecukupan dia itu menjejak Bumi Malaysia itu kutunggu -  tidak lebih. Barangkali, aku belajar bahawa betullah, akan ada banyak tempat untuk manusia dalam hidup kita. John Nash, kau pun tahu, bagaimana dia menempatkan ilusi-ilusi skizofrenia-nya sepanjang hidup. Mungkin aku belajar daripada dia tentang hal itu.



Fasabrun jamil.



Mungkin, aku cuma mahu mereka itu tahu ada seseorang di sini yang gembira dengan keberadaan mereka. Aku tahu apa erti dinanti.

Kau tahu, ilmu kalam memang bisa menjadi sebuah subjek kering tentang Tuhan, tetapi ia sekurangnya susunan-susunan premis yang membantu kita berlandasan sekurangnya. Kau seterusnya harus membiarkan rasa ber-Tuhan kau mengambil alih dalam sesetengah porsi hidupmu -  ya, "rasa"! Kau tahu, ada banyak sekali hal yang sukar disusun-susun premisnya dan tempatnya adalah sebuah rasa. Kau rasa bahawa Allah mengambil alih keserabutan hidupmu dan mengalirkan kau ke arah yang sungguh melimpah. Setitik adalah nikmat selautan untuk orang yang terdampar di gurun, bukan? Aku kadang nampak melalui mata manusia-manusia ini bahawa mereka sungguh mencari; ada yang sudah begitu penat mencari, barangkali; tetapi kata Rumi, "What you seek is seeking you". Jalanlah terus dengan kepercayaanmu dan ya, percayakan insan di dalam jasadmu yang ketanahan itu.

 Entah, aku tahu aku tak dapat merangkul semua dalam depa tanganku yang kecil ini tetapi aku sangat yakin, Allah memang tidak pernah meninggalkan. Ini sungguh metafizikal, sebetulnya dan menyentuh hal kewujudan yang agung. Kau fikirkanlah, teman. Ya memang gelap menampakkan kita yang terang itu, tetapi, kau tidak bergantung dengan gelap untuk mendapat terang. 

Lepaskan keselesaanmu bersembunyi di dalam gelap. Kata Gai Eaton, neraka itu teruntukkan kaum kafir kerana keselesaan mereka dengan ke-terlangkup-an mereka sendiri.

"Semoga kau pulang selamat, Indigo. Semoga kita tidak bertemu."


Hujung Ramadhan1436
Puchai Love.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »