Kahwin

Entah, kak. Sebenarnya benih-benih itu memberanakkan anak-anak akli; bukan anak-anak fizikal, tetapi kedatangannya itu sudah lama tidak meninggalkan akal saya seperti dahulu.” (Draf 'Kalau Abahmu Tinggalkan Mama')
Kalau ada hal yang betul lama aku teringin nak tulis secara jujur dan terbuka (untuk didoakan akan kemudahannya), adalah hal kahwin. Aku rasa, topik kahwin 'ni dah terlalu lembik dan menggelikan (dan aku sendiri naik seram juga) namun, aku fikir di satu sisi peribadi, kahwin adalah hal menakutkan untuk aku.

Namun, berdepan dengan realiti (realiti umur, realiti cabaran zaman ini), aku fikir, kahwin adalah satu takah kehidupan manusia. Pada aku, kahwin bukan semata tentang sebuah kesunyian, tetapi adalah sebuah keseluruhan hidup. Aku sebetulnya mencari sesuatu yang praktikal untuk fikir hal ini, sehinggalah aku terbaca tulisan Khalid Latif (seorang pendakwah awam antarabangsa) di Facebook-nya:

"Most of us don't know where to begin. A good starting point in that process of definition is figuring out for yourself what you wouldn't be able to deal with in a relationship. This should be done through a frame of reality, not through a romanticized framework, and should not worry about being judgmental. You want to be honest with yourself in terms of your strengths and your non-strengths and what you don't think you can compromise on. The worst thing to do is get upset when the person ends up being who they actually are, especially when you already knew them to be that way." (31 Ogos 2015)
Betul kata beliau, kadangnya tak semua hal ibu ayahlah paling mengerti tentang anaknya untuk hal ini melainkan diri anak itu sendiri. Aku tidak tahu sejak bila tetapi aku sebetulnya belajar realistik agak lama juga dengan perkahwinan. Perkahwinan pada aku macam satu garisan, yang selepas kau melangkahi garisan itu, kau masih orang yang sama dan dia itu juga masih orang yang sama; cuma, manusia nan dua orang itu, kalau ikut kata Coelho, "memandang arah yang sama". Hal ini lah yang payah aku fikir. 

Ia justeru bukan hal kecenderungan hati sahaja, tetapi karakter manusia seorang lagi, termasuklah kawan-kawannya, kekeliruannya, keburukannya dan segala-galanya. Pada aku kahwin adalah hal sakral kerana ia satu-satunya hal intim pernah manusia ada peluang akannya. Takkah kau fikir begitu? 

Aku pernah menulis,  dalam draf-draf gombalku bahawa rahim akal itu jauh lebih lama barangkali kesannya dalam diri, meski aku tahu rahim fizikal memanifestasi hal jauh lebih konkrit. Tetapi, rahim akal mengandung pelbagai hal; kau bisa disentuh seselambanya kalau tidak kau jaga-jaga. Takkah paling sulit untuk kita sembunyi adalah hal dalaman fikiran kita?

Lalu, kalau telah tinggal sebumbung, sesulit mana lagi hal-hal paling gelap itu akan tersorok? Lalu, lelaki atau wanita yang dinikahi itulah yang menjadi teman paling akrab (kalau iya kau direzekikan untuk hadiah seperti itu). Lalu, tidakkah silap kalau aku terlalu berjaga-jaga?

Aku sejujurnya langsung tidak takut sangat melihat perubahan seorang manusia (pastinya, a select few sahaja yang dapat kuberi perhatian) kerana manusia akan memang berubah - kau lihatlah pelajaran hidupmu dengan adik-beradik yang lahir serahim ibu; kau bercakaran, kau bertarik rambut, berbalah bagai nak gila kadangnya, tetapi kau tidak semata ditentukan dengan itu - apa kau lakukan selepasnya? Sayangnya, manusia melangkahi perkahwinan dengan terlalu banyak fantasi tentang orang lain, sedang menyorok tentang dirinya. Aku belajar menjadi manusia terlalu banyak, tahun ini. Betapa juga banyak, kalau paling kausedar ialah Tuhan langsung-langsung selalu memberi minum akan cawanmu. Apa pula runsing kalau cawanmu meminta hal-hal nikah ini? 

Kahwin - aku tahu cinta atau perasaan itu adalah permulaan; aku mahu tahu apa selepas permulaan itu. Akukah rumahmu paling menyelesakan? Akukah kemudiannya rumah untuk ibu bapaku serta Mama Abahmu? Kalau perubahan itu lama, aku percaya jalan-jalannya selepas hari-hari revolusi adalah dengan mengubah dirimu. Aku selalu percaya, jiran-jiran yang disantuni itu sebahagian daripada perubahan itu, itu kerja hari-hari; aku percaya, senyum yang kauikhlaskan, meski letih sekali, pada seisi manusia, sedarah taksedarah daging atau hanya sebumbung langit, adalah sebuah kekuatan.

Lalu, wacana dalam kepalamu, kau sedikit-dikit belajar tumpahkan mengikut cawan-cawan manusia yang hadir dalam hidupmu. Aku pernah bilang kepada Ma, bahawa "Mana lebih Mama mahu, kak menikah awal atau bercerai awal?" Aku tahu sikap aku, aku percaya ada hal-hal yang sebati yang aku perlu santuni dan kenali baik-baik; aku tidak gusar dengan masa sebab masa itu Tuhan bersumpah atasnya. Aku gusar romanticized idea perkahwinan yang lalu kaugantung tinggi amat jangkaanmu, sedangkan aku ada diriku sendiri. Aku menikah tidak untuk menyerahkan diriku (yang lalu, kaufikir, kau perlu serahkan hidupmu) tetapi kalau lelaki itu dan aku menikah, kita adalah dua manusia itu hidup bersama-sama membaiki diri bersama-sama. Kita hidup kerana Tuhan, bukan?

Kalau kau mahu bahagia, kau perlu bahagiakan dirimu sendiri; aku jua perlu bahagiakan diriku sendiri; tetapi denganku, kau bisa lebih bahagia. Kau takkan bahagia dengan aku; kau cuma bertambah bahagia. Dan kau tahu kenapa aku menulis ini?

Lelaki itu, barangkali, hari ini, jua seperti aku menanggung kolam keresahan di matanya, tetapi Mutanabbi bilang, "He who seeks pearl, must immerse in the sea". 


Aminkanlah untuk yang terbaik.
Selamat pulang, jiwa yang tenang, siapa pun.


Shah Alam yang baru pulih daripada kesenyapan.
31 Ogos 2015.
Dalam proses menulis tesis BSc.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »