Sejarah sains I

Sepatutnya aku teruskan menulis kod-kod R yang masih tak berganjak dengan kadar ketepatan klasifikasinya yang 40% itu, tetapi aku yang kebuntuan dan tak dapat berfikir bagaimana cara lagi untuk membaiki kod-kod itu, terfikir bahawa adalah lebih produktif untuk berhenti sekejap dan lapangkan fikiran dahulu.

Membaca kod-kod komputer yang kering itu, meski mengagumkan juga kadang-kadang, sangat memenatkan (baca: 'penat' tidak digunakan, tetapi 'memenatkan'). Kadang aku rasa macam aku bercakap Samoa kepada orang Samoa dengan begitu asas sekali sedangkan aku berbangsa Melayu. Namun, satu hal yang menarik dalam seminggu dua yang kekejangan ini, aku direzekikan mengenali lebih banyak lagi jalan-jalan ke arah falsafah sains yang aku minati. Sejujurnya, hal-hal yang kausukai (dan bermanfaat amat pula) memang tak rugi dipenuhi (meski sering dibantah orang bahawa aku ini langsung terlalu sibuk).

Kalau ada satu nama yang mula menjentik akal fikiranku kembali ke arah sejarah (sejarah sains dan sekitarnya, khususnya), selain daripada tulisan 'Islam dalam Kebudayaan dan Sejarah Melayu', adalah tulisan-tulisan Lewis Pyenson. Aku mengenali nama ini melalui kertas tulisan Prof Hazim Murad Shah yang bercerita soal rasionaliti. Sejak akhir tahun lalu (atau mungkin lebih awal lagi), aku perasan pola fikiranku untuk memikirkan hal-hal abstrak dalam benda material dan empirikal (serta teknikal); tulisan Prof Hazim pula melorongkan aku kepada soal itu ke arah lokaliti sendiri - iaitu tanah air ini.

Ali Wallace adalah orang pertama yang sebetulnya membuatkan aku kembali memikirkan praktis (sekurang-kurangnya praktis, meski bukan ciptaan teori) orang-orang Melayu (dan orang Timur) akan sains dan alam. Ali Wallace ini, selain orang asal yang tinggal dan mahir akan hutan, adalah orang yang rapat dengan Wallace seangkatan dengan Darwin ini sewaktu ia itu ke Borneo mengkatalog fauna dan flora. Waktu aku tahu akan hal ini, justeru selepas juga berbincang-bincang dengan Dr Alinor, aku terfikir bahawa falsafah sains (atau sekurangnya pemahaman kita terhadap sains) ada berbeza dengan orang Barat (yang cenderung dengan sains moden dan yang lebih empirikal). 

Prof Hazim sewaktu menulis tentang rasionaliti Melayu waktu zaman British, ada menata latar sosio-ekonomi dan bentuk kerja yang telah juga membentuk perubahan (serta kejutan juga) kepada cara biasa orang Melayu. Misalnya, orang Melayu sebenarnya tidak biasa dikawal selia terlalu ketat sewaktu bersekolah, namun, sebaliknya, mereka lebih gemar keluar dan berbuat di luar. Bagaimana orang Melayu yang sudah memang tinggal dan selalu guna bahan alam ini kemudian berubah cara menggunakan (apa lagi, memanipulasi) alam apabila ditata cara berbeza dengan tabie mereka? Menurut Prof Hazim, jika dituruti Weber, yang memulakan modenisasi bukannya sains dan teknologi itu tetapi rasionalisasi ini telah berlaku lebih awal dalam hal agama, muzik, perdagangan dan undang-undang. Prof turut berhujah bahawa rasionalisasi Melayu ini tidak hanya berlaku pada waktu dijajah tetapi juga di bawah feudalisme, kesenjangan kelas yang semakin terbina dan juga nasionalisme. 

Namun, sebelum aku pergi lebih jauh, perlu aku tahan diri aku sebentar untuk menjelaskan dua perkataan: modenisasi dan rasionalisasi, serta kaitan dua ini dengan perbezaan sains dalam alam Melayu. Pada aku, setakat ini, ujaran Weber sekurangnya ada yang aku fikir menarik diambil kira iaitu sejauh mana universaliti yang dibawa Barat ini benar universal - mengalir kepada yang selain-Barat? Weber juga mengujarkan hal yang agak dekat dengan cara aku menanggapi masalah ini iaitu ia berujar: perubahan (rasionalisasi) ini telah awal dimulakan dalam agama lagi (dan ia juga, ya, menyebut faktor lain), tetapi dalam tumpuanku, berikutan perbincangan dengan kawan-kawan pasca kelas-kelas dan sesi ilmiah dengan beberapa ilmuan, 'agama' ini akan sentiasa mengasaskan (seperti ateis yang 'menolak' Tuhan tetapi dikeranakan ada-Nya Tuhan itu sendiri, ia berwacana). 

Menarik sekali, setiap kali manusia membaca, yang paling ia makin kenal ialah dirinya dan justeru, Tuhannya. Kalau tidak kerana ini, terlalu sayang untuk meneruskan pembacaan dan pencarian ilmu.


Sampai nanti.

Comments

  1. Dipenatkan sains, dan mencintai bidang kemanusian-- akak sungguh patut PhD dalam Sosiologi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dualisme ni! Haha. Saja nak goda kita pindah bidang haha :p

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »