Tiga tahun

Kalau ada dua pelajaran besar yang aku belajar tiga tahun ini: jangan pernah lari menghadapi dan sebetulnya jangan pernah menyesal.

Kalau ketakutan itu memang yang selalu melekat kuat, aku makin tekap di muka sampai aku sudah tidak bena dengan ia. Aku langsung kunyah-kunyah ia sampai aku rasa kekuatan bersama Tuhan semula. 

Lalu, setelah tiga tahun ini, semalam aku telah kembali berselesa.

Robert Frost benar, "the road less traveled" itu bukan tumpuannya, kerana kedua-dua jalan itu sama bagusnya, sama sukarnya; tetapi fokusnya ialah bagaimana meski kita ambil satu jalan, jalan yang sebelumnya akan selalu sahaja ditemui dan dilalui. 

Silang dan bertemu.

Sejak dua hari lalulah, aku sudah tahu mengapa aku mengatakan "Tidak" dan mengapa pula aku sedia mengatakan "Belum bersedia". Aku tak lagi kisah tentang penerusan studi untuk ke peringkat Master kalau itu bukan yang memenuhkan aku dan aku sudah tidak takut lagi memikirkan yang manusia untuk mendamping belum tiba. Soal lebih besar adalah kita menemui diri kita. Bahagia itu atas tangan kita, bukan orang lain. Semalam telah aku hantar draf tulisan aku yang lima bulan tertangguh dan idea-idea melimpah tiba. Aku kembali menulis tesis projek tahun akhir dan aku berharap, idea praktikum akan dimakbul Tuhan. Telah jua aku melihat-lihat kereta jenis apa aku mahu rancang beli supaya lebih mandiri dan jenis rumah yang wajar aku tengok-tengok untuk bukan sekadar penginapanku, tetapi aktiviti yang kuminati buat -  mungkin jua pelaburan dengan menggunakannya.

Abah aneh sekali tidak lagi tanyakan "Kakak tak nak kahwin dulu?" dengan niatku yang mahu menyambung ke luar negeri. Mama pun sudah tidak lagi menggunakan ayat "Sudah besar, boleh nikah dah!" denganku. Aku rasa kebebasan ini satu tanggungjawab dan sela-sela itu, aku terfikir juga bagaimana adik-beradikku aku mahu jadikan pembantu-pembantu meski secara jauh. Kahwin, sungguh-sungguh, adalah hal keseluruhan. Aku akan menikah dan memang sedia menikah untuk orang yang menyeluruh juga.

"Akak kedengaran gembira sangat 'ni. Ada apa-apakah?"

Terlalu ada apa-apa, dinda. Sebab cawanku ini tiba-tiba Dia penuhkan. Dan tiga tahun itu sungguh tak lama; aku bersyukur untuk semua saatnya.


Sijangkang.
Selamat pulang dan berlama-lama, jiwa.
Kabhi alvida naa kehna.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »