Teratai

Water Lilies, 1919, Claude Monet.
Monet sebetulnya menyedarkan aku sesuatu yang terdalam dalam diri aku - kebutuhan akan sebuah kedalaman itu. Dua, tiga minggu ini aku sebetulnya dilanda kesempitan untuk berkeputusan. Aku semakin perasan kalau betul aku belum mahu memutuskan, aku rela menggantung perasaan mahu sekali dapat keputusan itu. Dan memaksa diri mengambil keputusan segera untuk sekarang adalah tidak baik. 

Aku tidaklah mahu tiba-tiba berkira-kira sangat tentang aktivisme, namun, setelah lima tahun ini (ya, barangkali empat tahun sahaja) aku aktif di dalamnya, aku fikir aku mahu ambil ruang sebentar untuk diri aku. Berbanding sewaktu aku sekolah, aku aktif dan ia tidak menenggelamkan aku - namun, lima tahun ini, sejak aku ada masalah sewaktu di INTEC, aku fikir aku telah terlalu lama menenggelamkan diri aku. Aku tidak berani dan aku tidak berani kerana aku tidak tahu atau setepatnya, aku tidak jelas. Kejelasan sangat penting untuk aku, meskipun, aku kira apa yang aku diminta buat pilihan ini pun begitu banyak manfaatnya. 

Cuma, ya, aku mahu beri khidmat kepada masyarakat dan ilmu dengan keseluruhan diriku. Itu sahaja. Monet, sewaktu aku terpandang akannya di tatalan Instagram minggu ini, mengingatkan aku akan ke-teratai-anku seminggu masuk MSU dahulu. Bagaimana kebertahananku dalam sebuah tempat yang tidaklah paling punyai orang ter-gemilang - bukan lagi suasana macam waktu di SAMTTAR sewaktu tingkatan satu hingga tiga (yang kalau ikut peraturannya, kena pakai tudung labuh, kancing baju dan no high-cut shoes), bukan jua suasana MRSM sewaktu umur SPM (yang ramainya ialah budak pintar-pintar) dan bukan jua suasana di INTEC (ya, terlebih ramai yang berperang saraf untuk kekal jadi cream of the cream dan sarat ke-jemaah-annya). MSU tidak sebegitu. Lalu waktu kubilang kepada Adilla akan aku umpama teratai, tiga tahun kemudiannya, Monet mengingatkanku akan hal ini semula.

Fikirku dan rasaku, aku bukan mahu ke jalan akademia terus; niatku untuk berkhidmat untuk masyarakat tidak jua menampakkan aku sesuai masuk jalan polisi (namun, pilihan ini masih terbuka untuk difikir lagi); dan aku memikir bagaimana masyarakat berubah. Kalau mahu dibebas daripada penindasan misalnya (aku pilih penindasan sebab banyak orang terpanggil mahu buat perubahan sebab kita nampak penindasan berlaku), aku sendiri terkenang buku Shaykh Hamza Yusuf iaitu 'The Prayer of the Oppressed'. Semalam sewaktu di Kinokuniya, aku asyik pandang buku itu, namun, belum jua terambil. Usai Zohor hari ini, aku terfikir bahawa bagaimana doa menjadi alat terbesar kaum tertindas? Bagaimana, misalnya, hal doa (dan falsafah ketawakkalan ini) dapat menguraikan masalah perbezaan kelas? 

Pada awalnya, aku sangat takut untuk menyatakan ini - justeru, akan terdengar seperti tidak praktikal - namun, harusku nyatakan, masalah kapitalisme (yang aku cenderung percaya fetishize nilai wang seperti dikritik oleh Marx dan Schimmel) berakar daripada benda termudah: tamak. Greed. Dalam arus kita (aku, sendiri) mahu memikir dan cuba memahami struktur kapitalisme yang rosak ini, kadang aku fikir, kita pula terbawa untuk distruktur untuk jua tertinggal benda yang penting dan mudah. Gai Eaton, memang pernah meninggalkan kesan dalam fikiranku, menyebut:
“..the truth is of a dazzling simplicity; but the variety of ways in which it may be perceived, understood and expressed is of vast complexity."
Mengenal pasti apa akar masalah adalah bukan menampakkan yang masalah itu tidak kompleks, namun, kita tahu hujung pangkal masalah itu. Ikut pepatah China, kalau mahu membantu orang, jangan cuba beri ikan, tetapi pancingnya. Selain usaha daripada yang teratas, pancing-pancing untuk orang di strata terbawah (dalam skala kuasa) ini kena juga difikir bagaimana. Mungkin sebab aku sangat percaya, miskin kaya bukan masalah utamanya barangkali - cuma perbahasan ini secara sistemnya, aku maseh fikirkan lagi. Namun, the gigantic oppresion kalau difikirkan lagi dalam bukan kapitalisme - aku fikir, ia tidak berhenti di situ. Penindasan apa paling menindas dan tidak bebas - lalu daripada ketidakbebasan ini, bagaimana ada kerosakan secara sistem kemudiannya? Kerana itu barangkali, memang orang sangat pesimis jika tidak ada solusi cepat (dan aku sendiri mahu memikirkan lagi apa langkah-langkah bertahap untuk membebaskan secara seluruhnya). Lalu, aku fikir kalau serius kita mahu membantu, apa langkah-langkahnya untuk beri ikan dan bagaimana kita bergerak ke arah mahu memberi pancing-pancing pula.

Berbalik semula tentang Monet dan teratainya, aku sebenarnya perasan akan diriku yang pernah teman baikku bilang dahulu: "Shafira 'ni umpama sebuah valley." Sebuah lembah - dan sewaktu kutanyakan kenapa 'valley', dia justeru bilang, "Sebab valley selalu dapat memantul suara siapa pun." 

Mengenang ini dan mengenang yang aku perlu buat keputusan, ada sesuatu dalam diriku yang perlu aku bina lagi. Mungkin kerana sifat diriku inilah aku lama sekali ambil masa menyatakan aku ini betulnya di mana - tidak kena tempatnya, aku akan bisa jadi atas pagar terlalu lama. Namun, jika dibangun dengan betul, pasti ada banyak manfaatnya inshaAllah. Kak Siti Fauziana bilang padaku untuk teruskan berdoa dan agar Allah pandu aku. 

Terima kasih, Tuhan, menemukanku Monet dan teratainya!



Shah Alam.
Baru tukar pautan blog untuk kecilkan audiens.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »