Jeda 2

Seorang lelaki yang tinggal di Baghdad telah mendapat sebuah mimpi - ada sebuah harta karun tersimpan di suatu tempat di Mesir di bawah sebuah rumah seorang lelaki. Lelaki itu pun, keesokan paginya bergegas dan bersiap ke Mesir untuk mendapatkan harta karun itu. Berlumpurlah, berhujanlah dan beributlah dia menghurung perjalanan ke negeri di luar sempadan itu. Sesampai di sana, lelaki Baghdad ini bertembung dengan lelaki Mesir yang menurut mimpinya, di bawah rumah lelaki Mesir itulah harta karun itu tersorok. Lelaki itu pun sedang mahu bersiap; katanya, dia mahu ke Baghdad dan ada harta karun tersimpan di sebuah rumah seorang lelaki! (Siapa lagi agaknya lelaki di Baghdad yang dimaksudkan itu?) Maka, pulanglah lelaki tadi kembali ke Baghdad dengan berhujan, beribut dan berlumpuran juga.

Kisah ini, kata Gai Eaton, merentas tamadun - namun, Eaton tanya suatu perkara: adakah berlumpuran, berhujan dan beribut itu sia-sia diharung? 
"... we sometimes have to venture out and travel far in order to find the treasure which was always ours." (Gai Eaton, Reflections, 2012, ms. 50)
Tetapi, ia tidak berhenti di situ:
"We have all that we need - you and I and anyone else you care to name." (ibid.)
Jeda kali ini benar meruntuhkan sebuah ego. Jeda yang mengakui keberhentian kelumpuran dua tahun ini (aku pernah berlawak dengan diri bahawa ini suatu cara aku bermain ragbi dengan bersakitan dalam hati), tetapi jeda ini tidak perlu memisah seperti pernah aku fikir dahulu. Kata Sh. Abdal Hakim Murad, Muslim tiada spare time. Love is selflessness, kata Sh. Hamza Yusuf. Masa, bukankah, milik Tuhan? Lalu, kalau waktu-waktu tertumpahnya baldi resah atas kepala lantaran jatuhnya kepala bersujud itu pendek tetapi memang Ia punya, bukankah akan selalu mencukupkan?

Dua minggu ini, aku selalu menanya diri: adakah akademia adalah jalannya? Tidak, tidak: ini bukan soal kerjaya. Aku, di suatu hari, sewaktu terlentang berbaring merenung siling di suatu Zohor, sangat terfikir betapa aku paling benci menerangkan diriku: aku bukan pembaca, bukan jua failasuf, bukan juga ahli sosiologi. Dalam kesedaran mahu berdisiplin, aku fikir payah sekali sewaktu ingin memutuskan seperti apa mahu bertanggapan terhadap benda yang dibaca menurut suatu 'kerjaya' dan disiplin sahaja - aku rasa sempit.

Aku sangat tidak mahu hilang diriku - cabaran membaca bahan sosiologi dan dalam kepala, terasa memisah soalan metafizik. Aku sudah tidak merasa ini suatu exercise (kerana aku tidak mahu membaca sebab mahu membaca lagi; jika tidak bermanfaat, aku berhenti sahaja) dan kerana kesedaran untuk tidak melayan dikotomi, benar sekali aku teringat Eaton sebut dalam perumpamaannya tentang kelajuan ("Everything becomes a blur when you travel beyond a certain speed").

 

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »