Untuk Leiden

Happy? Unhappy? 
That's not relevant here.
He still confided in his letters,
without thinking they would be opened on their
way.
He still kept a detailed and honest diary,
without the fear that he would lose it during a
search.
(Wislawa Szymborska, A Great Man's House, 
Poems New and Collected: 
1957 - 1997, ms. 190)


Aku menulis kepada engkau lewat hari yang sedang hujan di Shah Alam. Awalnya terima kasih atas permintaan untukku menulis kepada engkau dan aku sebetulnya betul teruja menulis untuk pertama kali kepada engkau secara umum. Baru malam semalam sewaktu berbaring menghadap ke siling putih di bilik, aku memutuskan untuk menulis kepada engkau - aku barangkali teringat detik-detik awal dengan seorang kawanku sewaktu kami masih berbahasa sebagai 'kawan liberal' - dan mengingat itu, aku teringat engkau: aku tidak mahu ada yang berubah, seperti kami berdua.

Pernah aku tertanya, mengapa manusia asing menyelesakan? Aku suka, kalau ke pondok atau masjid untuk pengajian, duduk bersama orang yang tak dikenali nama, siapa dia itu dan apa-apa tentangnya. Aku selesa dengan ketidaktahuan itu. Barangkali, 'kawan liberal' itu telah banyak tidak asingnya sampaikan entah, aku rasa medan idea dengannya telah layu rerumput di dataran itu. Aku sukakan kepenuhan diri kawanku itu (jelek, hodoh, indah, menawan, mengkagumkan dan semuanya) tetapi entah, barangkali aku masih berharap dia akan pulang seperti dulu ke benua keduanya dan kembali ke jalan-jalan sekitar Marquis Street selepas beberapa lama bercuti di benua pertamanya ini.

Namun, bercerita tentang diriku, seperti engkau yang sedang bergulat dengan kerja-kerja universiti, aku sebenarnya pun ke arah itu, meski ke takah yang baru. Aku teruja sebenarnya usai bertemu dengan Prof Hazim! Kadang aku rasa macam surreal apabila Prof. mengatakan kepadaku bahawa aku akan perlu menulis artikel akademik di akhir praktikumku. Oh, aku rasa sudah kubilang praktikum pada perbualan lalu, jika aku tidak silap. Kali ini, aku terasa Tuhan makin mendekatkan aku dengan apa yang aku mahu betul lihat keselesaan diriku - falsafah dan sejarah. Aku dapat tugasan untuk mula membina kertas cadangan kajian pendek untuk itu: sosiologi perubatan menurut Ludwik Fleck. Fleck ini antara yang terbesar mempengaruhi Thomas Kuhn dan sebenarnya, perbahasannya tentang thought collective ada juga berkait dengan episteme yang diperkenal Foucault.

Namun, aku masih percaya, apa jua hal atas dunia ini metafizikal - tidak kiralah, subjek kajian itu sosiologikal, politikal, ekonomikal atau apa pun. Aku bertanya soalan ini kepada Prof semalam dan mungkin ini baru pertemuan pertama, aku pun tidak puas lagi dengan jawapan Prof semalam yang pendek tentang ini: apakah sosiologikal itu boleh sahaja metafizikal? Perbahasan dan memahami komprehensif satu kerangka fikir meski ia daripada seorang Muslim, boleh sahaja terpakai kepada seantero lainnya, tetapi kerja memahami itu sendiri (untuk aku kepada aku sendiri) memang tidak senang. Padaku, limitasi sosiologikal perlu disebut bahawa ia tidak terlalu transedental tetapi aspek yang dapat bercakap tentang hal itu seperti metafizikal perlu disentuh jua. Manusia tidak sekadar dipengaruhi masyarakatnya dan sewaktu berbahas tentang kajian sosiologikal itu, manusia memang terbentuk oleh yang transedental itu. Namun, aku pasti Prof sendiri sebetulnya tidak semuanya bersetuju dengan kalangan sekular humanis ini dalam menganalisa rasionaliti kaum Melayu.

Dalam Historicising Rationality, Prof ada mengatakan bahawa perubahan yang dibawa oleh pihak kolonial tidak begitu mengubah sistem nilai kaum Melayu tetapi sebaliknya, lebih kepada instrumental. Aku cuba memahami hujah ini bahawa ini suatu sisi yang mana kita dapat menegakkan pandangan bahawa penjajahan (dan proses memasukkan sistem asing kepada kita) masih mengekalkan siapa kita dan cara fikir kita sendiri. Namun, aku fikir, setelah begitu lama kita pun sendiri tidak menegakkan cara fikir kita untuk kegunaan kita, akhirnya memanglah meskipun dahulu tidak pun menggugah (atau seperti Prof kaji melalui tulisan Khasnor Johan dan surat-surat residen British di Tanah Melayu, tidak menyelesakan dan ada tolakan), tetapi hari ini agaknya kita sudah terlalu sebati menjadi one-dimensional man itu. Kau tidak rasakah sudah terlalu lama, kalau menurut kata-kata Prof Shaharir, kita telah mengakhiri ilmu dalam acuan sendiri?

Kerana itu, untuk pengetahuan engkau, perbahasan penulis seperti Dabashi dalam Can Non-Europeans Think?, atau jua Walter Mignolo atau juga Salama dalam Islam, Orientalism and Intellectual History (atau banyak lagi yang lain seperti Spivak, Simon Schaffer-Sujit Sivasundaram, Edward Said, dan ramai lagi) dalam usaha mereka bercakap sama ada tentang orientalisme, subaltern theory, pengetahuan asli (indigenous knowledge), sejarah dan falsafah sains yang tidak terlalu Euro-sentrik dan banyak lagi ini, padaku menarik perhatian secara tidak formalnya mahupun secara akademik. Secara epistemologinya, sumber-sumber ilmu yang sebelum ini tidak begitu diterima untuk suatu tahap ilmu, sekarang semakin dibicarakan untuk diterima.

Aku sebetulnya bersyukur untuk dibentuk awal daripada dahulu oleh guru-guru di CASIS - ya, kau pun selalu aku cakapkan tentang ini. Sekurangnya, aku selalu rasa tidak terapung tanpa akar tentang ke-Muslimanku. Kak Siti Fauziana, misalnya, adalah orang yang selalu akan menolak aku untuk selalu mengingat tentang hakikat hati dan manusia. Perubahan masyarakat perlu dilihat dengan nurani yang sejahtera - ini, aku sendiri masih kanak-kanak agaknya. Tentang ini, nanti-nanti aku coret lagilah akan datang, tetapi aku banyak refleks (Rauche menulis bahawa falsafah perlu banyak renungan dan sekarang, macam sudah asyik jadi analitikal sahaja) bahawa aku yang belum betul habis budaknya memang ada banyak skeptik dengan masyarakat sebab tidak dapat menghargai jiwa-jiwa manusia ini.

Apabila aku kembali ke kampung (meski aku selalu diingatkan bahawa kalau mahu bawa perubahan, kotalah tempatnya), aku sedar bahawa mereka mahu disantuni. Jiwa mereka barangkali lebih kuat daripada yang pintar-pintar ini. Entah, kadang aku terfikir bahawa tidak semua masalah komplikated dan apabila ada masalah, bukan seluruh kelambu harus dibakar. Aku suka apabila Colm Gillis beri pendapat tentang lay person yang memberi komen:

The 'lay person' claims not to understand finance but in fact they understand it better than they are aware of. Say if someone began producing counterfeit notes. They would know that person would have an unfair advantage. They know he did nothing to earn those notes. They know that the value of goods would drop but prices rise if enough of those notes went into circulation. So, they rightly fear counterfeiting & understand the consequences. It is only by means of misleading words like 'deposits' that they are mislead into misunderstanding finance.
Sementara menunggu bermula praktikum, aku cuti-cuti ini betul merasa bahawa keluasan fikiran adalah jua kerana keluasan nurani. Banyak sekali hal aku tidak pernah terfikir, tidak pernah tahu direzekikan Tuhan untuk tahu entah daripada celah mana-mana. Semakin besar, kau tahu, aku perasan agaknya aku semakin kurang yakin kepada Tuhan dan ini adalah kelemahanku yang Tuhan, Mak dan Abahku sedarkan cuti-cuti ini. Aku bersyukur untuk menyedarinya. Kau pun harus begitu!

Untuk akhirnya, balaslah apabila lapang tulisan ini (lapangkan masamu, kalau tidak lapang). Aku yang sepenuhnya tidak penuh ini mendoakan kerja-kerja kau selalu memanusiakan dan harap kau bersabarlah andai ada waktu aku begitu malas membalas mesej engkau. Haha.

P/S: Jangan lupa balas lukisan kukongsi tempoh hari. Lukisan perlu dibalas lukisan!
P/S/S: Aku, sebetulnya kalau jujur, berharap 'kawan liberal' itu dapat dimula daripada awal semula, tetapi itu justeru mustahil agaknya. Aku mahu melihat dia menggunakan mata seorang yang tidak kenali dia - seperti aku sebelum 'kawan liberal' itu, iaitu dia tidak penting aku sepertimana aku tidak penting untuk dia dan dalam ketidakpentingan itu, kami bercakap hal-hal mendalam.


Shah Alam.
"Dalam skala 10, 
berapa gembira kau sekarang?"
Sujit Sivasundaram
Sujit Sivasundaram

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »