Nota 1

Massimo bawa kepada perhatian tentang self-examination yang memang menjadi tumpuan aku. Ada dua idea yang dia singgung: satu tentang akademia-falsafah dan kedua tentang akademia secara besar itu sendiri yang makin 'mengecil' fokus dan apa boleh dibuat?

Dia bawa contoh siri tulisan The Stone di The NYTimes, yang contohnya, artikel pertama sentuh tentang angka betapa kecilnya peratusan wanita (apalagi wanita berkulit bukan putih) iaitu hanya sekitar 16.6% di Amerika Syarikat. Aku seperti biasa tidak gemar dengan nombor dan pengaruhnya dengan melobi; tetapi aku tidak memperlekeh pandangan mereka yang melihat bahawa "Hoi, bila ni nak ada lebih ramai wanita dalam akademi falsafah?" Cumanya, pada aku, angka tidak menjanjikan tolakan apa-apa sangat: jika seorang dua yang dapat mengisi kekosongan (dan hei, ini dah lepas wacana 'perempuan patut duduk dapur sahaja') dan memang berkelayakan, dan nah, itulah yang setepatnya. Tetapi angka itu di satu sisi membuatkan kita boleh membuka tarikan gaji besar atau tarikan peluang keringanan kerja daripada jauh (aku meski tak fikir nak mengibu kepada sesiapa lagi pun suka idea freelance) supaya wanita-wanita tertarik untuk masuk falsafah. 

Artikel kedua adalah isu sesuai ka perempuan masuk dunia falsafah ni? Alcoff, penulis untuk artikel kedua ni mengapungkan kes Colin McGinn yang letak jawatan lepas kena dakwa gangguan seksual oleh seorang anak murid pascasiswazahnya yang wanita: falsafah penuh dengan stail lelaki yang kena wanita live up to (dan aku sungguh dah muak dengan nak membaguskan persepsi orang tentang aku, maka stail ni buat aku jenuh). Maryam Lee bawa kerelevanan isu ini (dengan skop lebih umum tentunya) tentang seksisme dalam intelektualia (kahkah, perkataan baru?). Aku suka coretan Alcoff:

"Too many philosophers accept the idea that truth is best achieved by a marketplace of ideas conducted in the fashion of ultimate fighting. But aggressive styles that seek easy victories by harping on arcane counterexamples do not maximize truth. Nor does making use of the social advantages one might have by virtue of one’s gender, ethnicity or seniority. Nor does stubbornly refusing to acknowledge the real world contexts, rife with implicit bias and power distortions, in which even philosophical debates always occur."

Pengalaman aku berpraktikum dengan Prof. Hazim Shah dan lebih awal, berlingkungan dalam majoriti lelaki di CASIS (meski setakat ni selalunya tidak formal e.g. bukan dalam kelas) sebenarnya buat aku agak positif apabila aku tak rasa keadaan itu: Dilema yang Schuessler petik daripada Saul iaitu sama ada menjadi 'smart' atau 'stupid'; di hujungnya (bahagian ini yang mengetuk kepala aku), kata Saul:

"Fear of being labeled not smart is bad for philosophy. It makes you not want to take risks.

Aku sebenarnya, meski masih menguatkan diri sebab aku masih minat falsafah dan aku diajar dalam pasukan MSA bahawa 'there is no need to justify your own existence to others', sejak jumpa Arendt dan Weil, aku dah bertambah optimis dan inilah poin awal Massimo iaitu self-examination. Aku tak buat falsafah sebab aku perempuan tetapi untuk betul-betul berani menerima keseluruhan perbahasan itu dalam kepala sendiri, memang, aku ada rasa kadang tidak yakin: "Betui ka ni nak letak pandangan dan idea sendiri?" tetapi dari situlah, kita menjadikan falsafah itu lebih sebati (aku nak perkataan 'semula jadi' tetapi agak tak sepadan). Hanya dengan sebati, aku perasan, hujah kau menjadi lebih koheren (koheren kadang bukan tentang susunan logik sahaja) dan ini yang Weil ajar aku: pengalaman kau memberi makna yang menggam fragmen-fragmen idea itu.

Artikel yang lain lebih spesifik untuk membedal kes McGinn dan membedil cara fikir seksisme (tetapi secara tidaklah analitikal sangat pun; tulisan forum) dan untuk tulisan ni, aku tidak rasa nak pergi ke arah ini. Facebook aku ada naik juga hal ini tetapi aku ada komen peribadi yang buat aku menyimpan sikap untuk diri sendiri sahaja sekarang; Cuma, aku terfikir, adakah kita melihat kulit-kulit dan organ-organ ini sewaktu sekalian kita berfalsafah? Itu sahaja aku terfikir. 

Aku nak tutup tulisan ni dengan satu ingatan yang bagus sekali daripada Colm Gillis, penulis 'The Terrible Beauty of Dictatorship' dan menyentuh banyak tentang idea-idea Carl Scmidtt:

"Beware of loving the idea of God more than the God himself."


Shah Alam.


p/s: Dan ya, pengalaman aku dengan Indigo yang tidak membuat aku rasa aku perempuan pun sewaktu cakap pasal falsafah dan ayatnya yang mengatakan, "Tak, aku rasa hang lebih berguna": itu pengalaman positif dan di samping pengalaman berada dalam kalangan rakan-rakan UTAM.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »