Jeda

Aku tak kerja hari ini dan sudah hampir empat jam (dengan duduk, bangun sekejap daripada kerusi dan duduk semula) di kerusi Aeon, menengok orang lalu-lalang. Selain hari ini aku menghabiskan masa dengan idea-idea dunia dan kehidupan, aku tengok orang. 

Perempuan dan fesyen (komformiti) mereka; yang aku sebahagiannya. Hakikatnya, kenapa aku suka tengok Project Runway adalah sebab aku rasa dunia patut lebih dinamik - ada berbagai-bagai. Manusia selain tidak punya wang sebanyak itu untuk membeli, tidak reti dan barangkali tidak punya waktu melaburkan diri daripada komformiti itu (ini jika ingin melawa lah). Kebetulan aku cakap ini, ada satu keluarga Apek mana lalu depanku jarak enam depa macam tu dengan pakaian santai seluar pendek seboria. 

Jika fesyen Vivvy Yusof, maka semua yang menjenamakan diri dengan membeli-memakai bajunya adalah 'telanjang' dengan imej sendiri atau barangkali, mengadaptasi kepada siapa dirinya - maka sama jua, jenama apa pun: Neelofar kah, Hanis Zalikha kah, dan sebagainya. Ini kalau sebenar-benar nak fashion-conscious - sebab aku tengok narcist sungguh manusia boleh jadi - (conscious itu sendiri apa, kutanya?) tetapi hakikat yang lebih senang ialah cuma jadi pengguna. Bab pengguna inilah yang mengganggu kepala fikiranku sejak semalam. Kita boleh berhenti sekadar pengguna dan mengkritik sebagai pengguna (dan memang diakui masyarakat kita daripada bab ni sampai ke buku, seperti dibilang Presiden Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia, Dato Ahmad Redza Ahmad Khairuddin, "pesta buku Frankfurt adalah trading manakala pesta buku kita adalah consumer-driven") tetapi siapa nak bawa drive untuk tidak lagi berputus asa dan selesa menjadi pengguna sahaja ini? 

Aku tengok juga perwakilan dan perlawanan idea; orang buka perniagaan secara mudahnya memang mahu dapat untung (dan untuk yang berhati murni, memberi servis). Depan mata aku kaca-kaca cermin Bonia dengan tulisan logonya bercahaya dan terpantul di lantai Aeon yang berkilat, aku tengok satu-satu rak beg kulitnya yang menyusun duduk beg-beg itu. Lalu, terbayang di mata aku prestij memasuki Kinokuniya dengan cahaya se-vignet itu dan karisma rak-rak kayunya yang memberdirikan buku-buku. Aku teringat satu waktu ke Kinokuniya dan terserempak seorang lelaki yang cepat-cepat mengebas buku-buku dari rak falsafah. Di depan Bonia, ada kedai Everbest dan Giordano di sisi kanannya: Giordano lebih berwarna-warni dengan kemeja panjangnya yang berwarna terang sedang Everbest nampak 'lembut' dengan sangkar burung di luar kedainya sebagai hiasan. Retorik seni reka dan seni bentuk ini kadang cebis halus menarik satu dua orang daripada memilih yang lain. Aku ganti imej-imej ini dengan membahas kekalauan imej untuk kedai buku. 

Kita bercakap tentang signified and the signifier dan di ruang ini, ia seolah tidak terhalang - kemain, ia laju sahaja berjalan. Satu menjadi yin untuk menolak (atau mengkambus) yang (ini sudah masuk yin-yang pasca-moden macam disuguh Theodore Roszak mengenai counter culture). Gates dan Job itu masuk arena dengan awalnya menolak budaya yang dominan sewaktu itu di mana komputer tidak dapat dimiliki oleh kebanyakan keluarga (mahal dan saiznya besar amat): perlawanan idea dan budaya dan semuka. 

Bersemuka. 

Sudah masuk 4.30 petang dan orang masuk semakin ramai. Aku tahu di luar Aeon kita sudah cukup banyak perlawanan (dalam diri sendiri itu pun sentiasa dalam perlawanan-lah), di jalanannya, di tepi-tepi premis dan lorong-lorong metropolitan; dan kita digugah, digerenyet untuk suruh meneleng ke sana; sedangkan tidakkah yang ini pun ditanya untuk bersemuka jua? 

Seorang wanita bertudung hitam dengan baju dot-dot melimpas dengan mengelek beg tertulis "Good Things Inside". 

Aku pun tertanya, berapa banyak waktu kita mahu 'bertenang' itu kalau sebenarnya Tuhan boleh sahaja beri ketenangan itu semacam ini (mudah sahaja). Kau minta, tidak? Aku pun teringat St. Augustine bilang, "Awal berfikir itu percaya". 


Shah Alam. 
"Sofistikated itu ada dalam perkataan 'sofis'."
Hari Guru 2016.

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »