Untuk Karlsruhe dan Hobart: Tentang Soalan

Slides of a Changing Painting, Robert Gober (1982-83). Lukisan kanvas atas minyak.

"We have not stumbled into the arms of Gog and Magog; 
we have progressed there." 
(Theodore Roszak (1973) Where the Wasteland Ends, ms. xiv)


Dua minggu ini sebenarnya menunjal di kepala adalah soalan nan satu ini: apa relevannya untuk meneruskan pembacaan, memikirkan dan cuba memahami falsafah kek, sejarah kek, sosiologi kek (konon menggunakan 'telo' Indonesia untuk '-kah') untuk sains? Apa relevannya belajar sains (apa lagi falsafah-sejarah sains?) apabila tinggal 20% yang mahu ambil sains sebagai jurusan universiti? Angka dan simbol bergulung itu cuma menceritakan setengah masalah (atau juga berita gembira untuk sesetengahnya) iaitu makin kurang pelajar lepasan SPM mahu belajar sains (namun, ini apa yang bermasalahnya sangat, dari awal lagi ramai sekali pertikai orang kita ambil sains, "Patutnya lebih ramai ambil sains sosial; masyarakat perlu perubahan", katanya); lalu di sinilah masalah yang lagi setengah daripada 20% ini: apa sebenarnya relevan belajar?

Minggu ini, masuk minggu kedua untuk sesi bacaan buku Seyyed Hossein Nasr, Man and Nature (yang tidak berapa akademik apa lagi terlalu formal, tetapi usaha untuk memahami buku yang disaran ramai untuk dibaca) dan soalan yang di atas tadi tidak juga berhenti menenyeh kepala. 

"We are long past the time for pretending that the death of God is not a political fact." (ibid, ms. xv).

* * * * * *

1. Tulisan di atas, bertarikh 7 Mac 2016 - sudah beberapa bulan pun terhenti tulisannya dan baru hari ini, aku kembali kepadanya. Soalan di atas masih relevan tapi bezanya hari ini, aku sudah ada rangka untuk setapak dua lebih dalam cuba membantu mengatasinya (ini cerita lain). Cuma persoalan ini menunjal lagi kepala apabila kita stuck sewaktu sedang membaca dan kau mula tengok semua buku-buku yang kena baca, sambil tertanya apa soalan yang kau sedang tujui?

Semalam, aku sempat ketemu Awin di Terminal Bersepadu Selatan sebelum dia ke KLIA2 dan terus ke Melbourne (dan sebelum ke Hobart untuk graduasinya). Seperti biasa, melepasi lapisan ais-ais perbualan yang kaku, kami selalu terus menyelam dalam hal-hal di bawah ais itu - yang cair dan mengalir. Dia berborak tentang Jane Austen sambil aku menyedut smoothies strawberi Dunkin Donut dan sekali sekala menanya tentang sejarah Britain kepadanya. Novel sentiasa memberi kita peluang merasa - yang aku selalu sudah gagal nikmati. Aku katakan pada Awin, bahawa itulah apa yang novel akan mampu lakukan jika suatu hari nanti, meminjam apa Zikri pernah sebut, "...Kuala Lumpur ini musnah, maka novel mana yang akan kita kembali kepadanya untuk memahami latar sewaktu itu?" (Itu ayatnya sempena Litera City)

Justeru, aku sebetulnya hilang cebisan diri apabila aku gagal menulis - tidak semestinya di sini pun, di dalam diari/ jurnal sendiri sudah memadai, tetapi itupun tunggang-langgang. Awin kemudiannya membawa kami kepada persoalan di atas tadi: aku bertanya apakah soalan yang dia sedang tujui ("What kind of questions you pursue now?") dan ini jugalah soalan aku pada Putri - untuknya yang sedang bergumal wacana teknologi dan ekonomi. Soalan itu yang tiada atau kadang menyabut dan membatu.

Dan aku secara peribadi, merasakan ketiaadan soalan itulah dalam ruang sains hari ini.

Kita tidak lagi bertanya tentang 'apa', atau jika bertanya pun, ia berhenti sekerat jalan: apa itu hidupan, misalnya untuk ilmu kaji hayat; apa itu masa, kalau dalam bidang fizik. Dan awalnya, seperti aku bilang kepada Awin, jawapan itu pada mulanya hanya beberapa baris penyataan di dalam kepala, tetapi kita cuba kembangkannya demi mengaitkannya dengan permasalahan dalam sains, "it is not that easy", bilangku. Bagaimana daripada idea tentang manusia (yang pelbagai apabila rentas tradisi-tradisi besar manusia) kemudian ini berkembang kepada idea tentang masyarakat (society) dan negara (state) dan rupanya, di situ, banyak idea lain bersangkut dalam jaring: justice, ethics, dan lain-lain. Misalnya, bagaimana daripada idea fall of man from heaven dalam naratif agama ini, diinterpretasi kepada (1) manusia lahir-lahir sebagai fallen atau berdosa dan timbul juga idea (2) perbalahan macam dalam City of God, Tuhan versus manusia. Kemudian, daripada sini (yang dua ini saja pun), kita boleh ikuti rentetan idea seterusnya kepada idea tabii manusia (sama ada manusia ni haiwan sosial; sama ada manusia ni ada veil of ignorance ka untuk adili baik buruk) - tapi aku masih menekuni bab ini, cumanya aku perlu sebut:

Soalan itu ada dan bersangkut. Soalannya: apa soalan mendasar untuk itu?

2. Betulkah ada soalan-soalan itu, yang membawa kita kepada persoalan relevannya belajar falsafah dan sejarah semua ini? Betulkah wujud soalan-soalan itu, tanya para pelajar sains (yang aku wakilkan suaranya, meski mereka mungkin tak pernah perasan)

Secara empirik, kita sepatutnya perasan beberapa bukti wujudnya soalan itu meski bukan dalam kalangan kita - masyarakat dunia, kalau tahun ini sahaja, memang berbahas bab ini. Kalau aku masih ingat dengan baik, hujung tahun lepas, di Munich sana, kalangan fizikawan dan failasuf sains berdebat akan keutuhan kuantum fizik yang banyaknya tidak betul dapat terus dimakmalkan? Kau boleh tengok di sini (Tajuk: A Fight for the Soul of Science) dan ikuti, kalau sempat boleh ikuti pembentangan mereka dalam bengkel Why Trust A Theory itu.

Tidak tertinggal, daripada awal tahun debat dalam dunia ilmu kaji hayat tentang CRISPR-Cas9 yang membolehkan kita gunting-tampal DNA kita menggunakan khidmat bakteria dan debat three-parents babies di panel-panel etika United Kingdom. Ini sahaja membawa kita menyoal dan tunjal kepala kita, apa yang kita sudah yakini di dasar-dasar pemikiran kita sebenarnya? Aku pernah tanya secara seimbas semasa kelas audit Worldview and Epistemic Framework Prof Wan Nor Wan Daud, adakah beza antara suatu hasil yang sama daripada perspektif yang berbeza: misalnya, penyakit sifilis, macam dibahas Ludwik Fleck dalam bukunya, masih akan ditemui sebagai sifilis oleh sekularis atau tradisionalis, bukan?

Prof. Wan membawaku kepada kunci penyataan, bahawa, tidak semestinya. Kita dibentuk daripada apa kita asumsikan dan explainability sangat penting dalam sains - sejauh mana teori kita boleh terangkan bukti yang ada (dan letak semua yang ada di tangan sebagai data tu, di tempat yang kena). Hal-hal pragmatik sebenarnya bergerak atas landasan hal-hal dasar itu -  apa itu alam, apa itu baik, apa itu buruk dan yadayada.

Bahkan, aspek bahasa pun sudah masuk dalam arena sains dan teknologi - aku tidak terkejut, sebenarnya, apabila Google bulan lalu lagi aku temui, tentang pencapaiannya dengan AI (artificial intelligence) betapa seolah komputer boleh 'mencipta' bahasa. Takkah kau nampak, ini memprovokasi idea manusia sebagai haiwanul naatiq? Apa itu naatiq di situ yang kita sebut membezakan kita daripada haiwan (dan sekarang robot?)

3. Setiap kali aku sebut 'soalan mendasar', aku terasa semacam ada satu bongkah ais macam dalam filem Titanic dan kita perlu ambil alat selam untuk ke bawah lautan sejuk itu - mungkin macam Mutanabbi bilang, "He who seeks pearl must immerse in the sea" - berapa dalam itu. Kita pun teleng-teleng jam kita dan upaya kita (yang mungkin ikat perut, mungkin juga penat ke sana ke mari) - kita berlawan dengan az-zaman. Masa. Memang justeru manusia hidup dengan batas masa dan upaya, apakah sempat dan bukankah besar - ini misi seluruh kehidupan kot!

Sebab tu, daripada awal aku tanyakan, apakah soalan itu? What kind of questions you pursue (to understand and learn more)? 

Dan aku suka ingatkan, kita bergerak daripada apa kita tahu (ma'lum) kepada yang tidak diketahui (majhul).

4. Masihkah hendak bertanya relevannya belajar ini semua?


"Dalam skala 10, how happy you are?" 
"11?" Meski kau tidak lagi bertanya hal ini kepadaku. 


Shafira.
9 Disember 2016.
Telok Panglima Garang.
Mak panggil sebab leka dan lupa makan tengah hari.


p/s: Untuk cik Karlsruhe, aku ingin memetik baris-baris surat Emerson kepada Thoreau untuk kita berdua:

(1) Petikan satu, Thoreau kepada Emerson, Concord, 24 Januari 1843: 
DEAR FRIEND, — The best way to correct a mistake is to make it right.

(2) Petikan dua, Thoreau kepada Emerson, Concord, 12 Februari 1843:
DEAR FRIEND, — How mean are our relations to one another! Let us pause till they are nobler. A little silence, a little rest, is good. It would be sufficient employment only to cultivate true ones.

Aku harap sudah dapat menyatakan beberapa hasrat hati yang kata-kata aku terlalu biasa untuk kau (haha, gelak!)

Comments

Popular Posts

KOLEKSI GOODREADS

The Humans Who Went Extinct: Why Neanderthals Died Out and We Survived
Recent Thought in Focus
God and Man in the Qur'an
The Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy of Science
A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint
On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14
The Natural and the Supernatural in the Middle Ages
God and Philosophy
From Satori to Silicon Valley: San Francisco and the American Counterculture
Islam and Secularism
Philosophy: The Essential Study Guide
Genesis and Development of a Scientific Fact
Representations of the Intellectual
Can Non-Europeans Think?
The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering
Maus I: A Survivor's Tale: My Father Bleeds History
Slowness
The Architecture of Happiness
The New Rulers of the World
Seeds of Destruction: The Hidden Agenda of Genetic Manipulation


Nurshafira Noh's favorite books »