Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Buku : surat-surat Perempuan Johor

Surat-surat Perempuan Johor oleh Faisal Tehrani.
Kisah Ungku Nur dan Ungku Nurul. Dan sepanjang pengisahannya, hanya karangan berupa surat-surat yang ditulis oleh Ungku Nur, yang menjadi watak tunggak dalam sastera indah ini.
Bagaimana tasawwur (pandangan) tentang Islam itu sebenarnya dekat dengan Melayu. Melayu sahaja Islam. Dan itu bukan retorika semata.
Saya jadi tenggelam dalam cerita itu, meski duduk berjam-jam dalam Avanza yang bergoyang-goyang.
Novel epistolari, iaitu novel dalam bentuk surat, yang penulisnya adalah Ungku Nur kepada ayahnya, kak Longnya, Abang Razif, diri sendiri dan juga Tuhan. 
Menariknya kisah ini adalah pada pandangan dan pemikirannya yang diterjemah dalam bentuk realiti. Apa sebenarnya Islam dan bagaimana perlu dipandang dan dilaksana dalam pemerintahan sesebuah negara.
Persoalan yang agak berat namun tidak terasa kerana pengolahan bijak Faisal Tehrani. Sehinggakan, dapat merasakan sendiri pedihnya apabila Turki jatuh ke tangan pengkhianat, Johor dijajah akhirnya d…

Saya : Pengalaman jadi cikgu

GTOby ~Art-is-a-Explosion Cikgu jenis NI? err. Bukan saya. Insya Allah.
Mee goreng basah karya Mamak perut comel busung ke depan, dijamah perlahan. Rasa cili jeruk yang kemasaman membasah tunasa rasa di atas lidah bercampur bersama pedas masin dan manis mee. Hah, dapat tenaga sedikit. Air kopi susu dalam cawan jernih dikacau sementara mengunyah. Aida dan Aini, masih membisu makan bersama dia.
"Aku tak sangka jadi hal macam tadi. Ingat mak ayah zaman sekarang dah tak konservatif. Dah boleh fikir apa yang betul-betul baik, apa yang sebenarnya tak baik. Tak sangka". Aida mengeluh, dalam. Dia angguk lemah.
" Benda dah jadi, mungkin bukan salah kita, cuma mereka yang tersalah tafsir". Konklusi daripada Aini, sebelum kedua-dua menyambung makan. Izzati mengangguk lemah lagi.
Tiada bicara mahu diungkap. Yang kena telan jadamnya, dia juga. Yang pahit, dia juga yang rasa.
Mee kat depan mata tiba-tiba jadi tak berasa apa. Gara-gara pembaris panjang 30 cm, dia dikatakan pemangsa. Keja…

Diorang : Bagaimana nak jaga hubungan antara lelaki dan perempuan?

Symbiosisby *aurussteelsword SIMBIOSIS. ITU. HUBUNGAN.
Simbiosis. Ada yang membantu dan tak kurang parasit - merosakkan. Ada juga buat hal sendiri. 
Malam itu senyap. Ada bunyi kipas tiga bilah, dan sedikit sayup-sayup dengkuran abah dari celah dinding konkrit putih rumah agam di hujung bandar elit itu. Tapi malam itu, langit terang. Bintang jatuh bersepah, padahal 'mereka' hari-hari ada kat dada langit yang sama, cuma awan tebal menutup mata menembusi. Hari ini tidak. Trang tang tang bintang macam berpesta kat atas.
Bulan bulat penuh. 'Muka berjerawat' itu timbul di latar belakang langit berbintang. Dari bawah, namun atas Bumi, sepasang mata kecil, asyik melihat. Dagu ditopang dengan dua tangan mulus, tepi tingkap berbingkai kayu bercat putih. Angin bersiul-siul meniup helai rambut yang tiada terikat.
"Kenapa bila bulan muncul, matahari mesti takde? Pagi tadi, ada matahari, tapi bulan tak nampak pula?" Gerutu jiwa. Dari dua minggu lepas penat otaknya dikerah beke…

Di belakang ku lihat dia

Dia pandang aku. Aku pandang dia. Jantung dah dup dap dup dap... dah berkompang naik darah aku, sampai merah petala muka. Haishh... Pergi2 jangan sampai mamat tu perasan. Silap2 makan tak cukup satu lori nak bagi full-tank perut, silap-silap tidur tak lena, mandi kering semedang la pasni... Penangan cintakah?

Aku? hahaha... pernah sangat terjerumus dalam soal loving-doving nih bagai. Rindu, aku pernah rasa, sakit macam orang lain kata. Aku pernah rasa tak keruan bila jalan tersermpak, bila mata 'berbicara', bila mulut macam nak berkata tapi satu hapa pon tak terkeluaq, huhu... memang sakit jiwa..
Senarai man-of-dream tak pernah aada, tapi samapi setahun je, mesti i've got somebody spesel to be my crush, yang aku dok usha, yang dok teringat sampai nak memanjang nulih surat, nak luahkan perasaan.. Hello, masa tu memang tak terfikir jauh ke hapa. Just buat sebab tertarik. Kalu kena reject, even dalam takut2, rasa puas sebab rasa dah lepaskan bebanan perasaan. Masa tu, tak terpi…

buat seorang ayah ku panggil abah...

abah...  anakmu kini sudah besar.. pasti tersangat banyak silap dan khilafnya, namun betapa kau sabar menghadapinya... terima kasih abah..
buat sahabat-sahabat yang masih mempunyai seorang ayah, tak kira dipanggil 'ayah' 'abah' 'dad' 'papa' 'babah' atau apa sahaja, sayangi mereka selagi termampu, jangan tercari dan tahu nilai hanya selepas kehilangan..
untuk sahabat yang belum sempat berpuas bermesra dengan insan bergelar ayah, percayalah mereka masih mengharap dan sentiasa mendambakan doa daripada seorang anak yang soleh..
Luv my dad,

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, 
“…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)
Wallahu a'al…