Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Post mortem : Seorang manusia

Saya, ya, seorang manusia. 

Pagi itu, memang awal benar, saya sudah menahan ‘singa’ di dalam hati. Singa amarah yang kalau tidak ditahan, liarlah sikapnya pada tuannya seorang ini. Hari yang kononnya saya akan menjaga adik-adik di rumah disebabkan Mak dan Abah serta Anis (anak ketiga dalam keluarga) akan menghantar Arif (anak kedua keluarga) ke UiTM Penang, tiba-tiba bertukar rencana.
Memanglah benar tiada ‘tiba-tiba’ dalam hidup, melainkan mahu menguji. Saya benar-benar sempat menekan butang ‘pause’ di kepala menahan perasaan. Barang sebentar jika terlambat, mungkin teruk amarahnya – dibangunkan pagi-pagi sebab rancangan bertukar!
Tiba-tiba semua adik-beradik saya mahu ke Penang, menghantar Arif. Termasuk Sarah dan Nawawi yang kononnya akan diletak bawah jagaan saya hari itu.
Sudahlah menukar rancangan ikut suka hati dan last minute, tidak semena Sarah naik angin pula. Mukanya bertukar cemberut dengan badan belum berbaju tetapi kepala berserkup – nak tunjuk marah.
“Bukan Sarah memang mahu…

Konfeksi Muhasabah : In case kau terlupa

Pre-konfeksi : "بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ " Dengan namanya, yang Maha Segala Hebat Pengasih pada Semua dan Penyayang pada Hamba-Nya yang taat.


Jika benar kita tahu kasihnya Allah, apakah ruang kasihnya itu mampu terganti?

Ini cerita dari saudara kepada saudaranya.
Betapa, aku katakan bukan kerana benci,
Tetapi sayangku padamu. 


***

Dia kawan aku. Sahabat bagi aku. Meski bukan selalu aku bersamanya, tetapi disebabkan aku sebumbung dengannya di rumah penginapan pelajar, aku sendiri seolah bahunya melepaskan bebanan dan telingan yang ditadah untuk berkongsi cerita.
Pelbagai cerita. Hal pelajarannya yang kian hari semakin membagus, hal ibu bapanya yang kadang berhentam dan berbaik, hal kewangan, hal sakit badan dan kepala, hal ... banyak perkara yang dibincang dan dikongsi. Hal negara dan global juga kiranya.
Termasuk cerita itu.
Cerita yang mahu dicerita ini.
“Nah, air dah siap!” Depan mata, terhantar satu mug air berbau pekat, warna coklat cair. Serta merta, hilang suar…

Sekeliling : Sistem

Awwalan : "وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ"
Kata Allah, 'Dan tidak Aku cipta jin dan manusia, selain untuk beribadah."

***
Penyakit itu datang semula.
Seringkali datang dan pergi.
Seringkali juga singgah dan berlalu.

Dan ironinya, saya seolah merelakan.
Mengiakan.
Mengangguk sahaja.


Saya memang banyak terinspirasi daripada beliau - Nouman Ali Khan.
Ceramah beliau (yang sambil melatih lagi Bahasa Inggeris saya), memang banyak membawa saya kepada diri saya semula.

Lama saya tidak assertif.
Apatah lagi dengan diri sendiri.
Dan lama-lama saya lelah dalam mencari jawapan.
Tersekat dalam sistem yang tersedia.

Kata sahabat saya yang jauh di Bentong, "Mungkin kau belum betul-betul redha dengan istikharah kau."

Ya, namun setelah lama, saya sendiri membulatkan hati dan Allah telah mudahkan.
Apa isunya di sini?

ISU : KALAU BUKAN INI TEMPATKU
Lama, sebenarnya isu ini.
Bahkan sangat lama. Sehingga menjadi sangat kompleks.

"Aku rasa, aku bukan tercipta untuk d…

Konfeksi : Tertinggal

Percubaan pertama dipaparkan.
Komen dan kritikan, boleh dipanjangkan.
Dan hidayah serta taufiq, Allah jua punya kuasa.Insha Allah. :)

“Tertinggal.”Pre-sketch : يٰأَيَّتُهَا النَّفسُ المُطمَئِنَّةُ(O thou peaceful soul!) Allah sedang memanggil. Mungkin kita dan mungkin bukan kita. Tapi, tidakkah kita mahu kembali jika dulu kita bergerak ke arahnya?
*** Bersepah bilik. Tunggang langgang. Dengan buku tebal Campbell Biology terbongkang di atas meja studi, ada baki epal bergigit yang dah memang lama lemau, dan belum kurang dengan  baju-seluar yang lepak terbaring atas lantai, macamlah bilik ni bilik dobi Mak Limah.
Serabut.
Makin serabut yang di dalam otak.
Dia sendiri dah tak tahu, betul ke otaknya masih lancar hantar neuron ke tidak. Sekurangnya, untuk hari ni.
Semalam, dia dah semacam mereng mahasasau mengadap computer menembak ‘manusia-virtual’ dalam Counter Strike. Kata Imran, lepas geram.
Habis papan kekunci Asus itu ditekan sehabisnya sampai hari ni, masa Imran datang nak pinjam tadi, katanya …