Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Konfeksi : Malam dan Harga Sebuah Kasihan

Sebuah malam yang indah.
Mana terbanding dengan sejuta lukisan yang dicipta-cipta. Sebuah malam yang indah ini
Meneman dengan halwa kedinginan yang mendamaikan Apa terganti dengan hawa dingin dari mesin kelabu berasap-asap itu?
Ianya seolah bernyawa dengan abstrak bergeraknya Dan aku seorang pengkagum-Nya Tukang lukis yang memberi nyawa.
Ya, tukang lukis yang memberi nyawa.
Bahkan nyawa pada yang nyawa kala melihat lukisan ini.
Royal City - Mac 2012.
Aku namakannya demikian - Royal City. Padahal tempat itu adalah satu tempat yang kau tahu juga, cuma ya, nakal-nakal aku ini mahu menggelarkannya demikian. Suka hati akulah mahu menamakannya (maaf lah Tuan Bandar, aku sesuka menukar namanya!)
Ah, lupakan soal nama-nama ini! Malam ini seperti selalu, imbasan mataku masih kuat dan terang untuk melihat apa yang terjadi. Menangkap garis-garis lukisan Tuhan di alam buana yang penuh kefanaan. Menuntut sedikit kefahaman untuk menterjemah abstrak lukisan-Nya. (sebenarnya tidak abstrak, cuma mata manus…