Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Saya : Sebuah

Bunyi cengkerik pun tiada.

Bunyi motor dan deruman enjin langsung sifar.

Tanganku tergawang di udara. Bawah, badanku terlentang di atas tilam nipis yang sejuk.

Udara, aku cuba menggenggamnya. Aku cuba mengepalnya masuk dalam himpunan lima jariku. Namun, hampa.

Kerana, ya, udara adalah udara. Mana bisa kukumpulkannya untuk merasa peri fizikalnya.

Terngadah. Memalam begini, sememangnya fikiran senang larut dalam gelombang.

Apa yang aku miliki pun umpama udara itu - apatah lagi hal yang aku ingini atau impikan.

Hal-hal itu bukan dalam genggamanku. Bukan milikku.

Di atasku tiada wajah-wajah awan yang bergumpal mahupun langit yang cerah biru terbentang. Yang ada cuma kekelaman bilik yang bersiling putih, bergaris-garis dan sudah berupa tua.

"Tuhanku, Allah, maka lepaskanlah apa yang bukan milikku, yang bukan jua Kau tentukan untuk pinjamanku. Kau, ya Allah, simpanlah segala hasratku itu dalam sifat-Mu yang Hafiz, yang memelihara.

Mana tahu, satu hari kelak, ku kan bertemunya semula.&qu…