Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Bumbung-bumbung Tanpa Tiang

"Banyaknya bumbung, kan?"
Aidil menggerenyet bahuku. Tanganku lalu digamit, dibawanya aku ke hujung benteng. Angin kuat pula petang-petang begini.
"Banyaknya bumbung, kan?" Soalannya diulang. Budak sekecil dia itu, entah apa difikirkan. Aku pun mengangguk, belum ada lontaran lanjut.
"Kenapa ada banyak bumbung?"
"Sebab ada banyak rumah." Logikku yang malas dan mudah. Petang-petang begini, mana mahu berfikir sangat.
"Kenapa ada banyak rumah?"
"Erm.. Sebab ada banyak orang. Ada banyak orang, jadi semua ada rumah masing-masing."
"Kenapa tak duduk satu rumah?"
"Eh, mana boleh. Kita bukannya kenal semua orang. Bukan semua orang kenal kita. Baha..ya." Ada rasa tak sedap menjalar masuk dalam hati.
Aidil menoleh kepadaku, usai mengjingkit-jingkit di tepi benteng itu untuk melihat bumbung-bumbung. "Kenapa bahaya? Aidil selalu datang rumah Fuad, ayah dia baik. Mak dia selalu bagi makan aiskrim."
"Itu rumah orang…

Hibernasi dan resolusi

"Lama bertapa ke gua? Berulang kali kulihat."
Matanya yang hitam, sejauh perigi yang dalam untuk kugali. Soalannya macam tersejat dengan kepanasan bahang mentari.
"Jarang kau ke gua tanpa sebab." Dia menebak lagi.
"Kau rasa, apa aku buat ni paling terbaikkah?"
Langit yang jarang-jarang duduk awannya, jatuh pantulannya ke genangan telaga di mata hitamnya. Aku tahu dan amat sedar, dia pun tiada jawapan konkrit untuk soalanku.
"Aku rasa, aku pentingkan diri sendiri."
"Bukankah nanti kita mati pun sendiri-sendiri?"
"Kau sengaja buat tak mengerti maksud soalanku."
Dia tiba-tiba bingkas bangkit. Terus lenyap genangan di telaga mata hitamnya. Matanya ditala ke arahku. "Kau tahu, kadang jawapan tak jauh. Kadang kau sahaja yang takut mengiyakannya."
"Meski aku akan jadi seolah mementingkan diri?"
"Tidak semestinya harus begitu."
"Lalu?"
"Iya, kau mementingkan diri kalau kau tinggal lepas tanpa penjelas…

Satu sisi

Kita berdiri atas satu kapal.
Kita berdiri, langsung tidak bergerak ke kiri mahupun ke kanan. Kapal pula bergerak ke depan. 
Lalu, bisakah dikatakan ada orang melihat kita itu berdiri, ia sebut 'kita sedang berhenti dan berjalan'?


Ini soalan yang ditanya oleh pelajar Shaykh Faraz Khan sewaktu dalam kelas 'Jawharat al-Tauhid' tulisan Shaykh al-Laqani, Sabtu lepas. Menarik, sebab awalnya, pelajar itu menanyakan tentang bayang-bayang daripada cahaya mentari.
Kalau bayang-bayang itu terhasil daripada mentari yang bergerak, mustahil bayang-bayang itu statik? Tetapi kita lihat ia statik dan tidak bergerak?
Menarik sungguh. Daripada soalan ini, Shaykh mengulangi 'hukum aqal' ada tiga:
1) Wajib. 2) Mustahil. 3) Harus.
Yang wajibnya untuk aqal terima, ada satu keadaan sahaja: Berhenti atau bergerak. Mustahillah untuk aqal itu menerima satu benda itu bergerak dan berhenti dalam waktu yang sama. 
Poinnya: Pada satu perspektif. Pada satu sisi.
Sewaktu kita menggunakan aqal menghaki…

Cantik

Tiada cawan yang berkepul-kepul asap.
Tiada meja bulat buat tempat letak tangan dan buku.
Tiada juga kerusi kayu yang dapatku sandarkan badan.
Yang ada hanya lukisan Van Gogh dalam bingkai kayu, dinding serba putih di sekeliling kami dan manusia yang angkat kaki dengan sungguh perlahan macam ada menteri besar sedang perhatikan mereka.
"Adakah semua yang menghasilkan yang cantik itu, mesti awalnya sudah mengenal atau sekurangnya mengetahui yang hodoh dan jelik?"
Soalan aku itu macam terlampau kuat, barangkali, sebab selepas sahaja aku sudahkan ayat, beberapa mata tiba-tiba macam menengok aku. Sememangnya gadis bertopi bulat itu 'kan sedepa dari aku, masakan aku boleh sekadar berbisik untuk buat dia dengarkan soalan aku? Aku yang malas jadi perhatian, sekadar senyum dan pergi berjalan ke arah Ley.
Ley pandang aku hujung mata. Dia tahu aku selamba dan aku nakal. "Tak boleh kuat lagikah suara tu?"
"Kau dengarkan soalan aku? Apa jawapan kau?"
Dia diam beberapa jed…

Makan, muda dan senyum

Aku selalu (tak adalah selalu sangat - perempuan memang suka barangkali, tidak yakin dengan apa ia mahu sebut) rasa takut terasa tua. Aku tidak takut berkedut kat muka, cuma..
Aku takut aku telah menuakan diri aku sebelum masa. 


Kelapa muda sedapnya dihirup airnya yang segar dan isinya yang masih belum mengeras.
Kelapa tua, airnya masih boleh diminum tapi isinya yang telah keras itu buat diparut, kemudian boleh diperah dapatkan santannya.

Memang kedua-duanya ada manfaat masing-masing tapi kena pada waktunya.
Mak aku selalu sebut, "Kak, kau ni nampak lagi tua daripada usia." Padahal kalau keluar berjalan seorang, pakcik teksi ada yang menyangka aku baru lepas keluar sekolah rendah. 
Mak aku kata sebab cermin mata aku - tapi aku tukar cermin mata tu dengan perasaan sungguh suka. Masakan?
Dan aku suka (buang masa) tengok gambar orang yang sedang tersenyum.
Aku tanya diri aku,  "Mana senyuman kau, Shafira?" Aku cuba cari gambar aku yang sebegitu "meriah" namu…

Gelap

Gelap pada satu malam yang berlampu kalimantang.

Aneh sekali tetapi itulah kuasa Tuhan.

Pada gelap yang sebegitu dekatnya hadir,

Di depan mata ia berkelubung,

Terlalu jelas pada mata batin untuk melihatnya,

Dan jiwa terus sahaja disergah ketakutan,

Gentar yang tak pernah aku terasa,

Lalu cepat sahaja air mata berhambur,

Kerana tiada pernah aku melihat gelap yang sebegitu rupa.


Sedetik kemudian, gelap itu beransur.

Seketika namun berbekas dalam.

Kelamnya tiada siapa mahu tinggal di dalamnya,

Pada cahaya itu menerangkan kita duduk letak satu benda,

Pada cahaya itu juga buat kita bisa nampak jelas; bukan teraba-raba.


Ya, dalam gelap itu aku berseorang,

Sayang tiada yang biasa dapat melihat riak takut di kolam mata,

Untuk sebuah pencarian cahaya,

Kenapa harus ada gelap yang sebegitu dalam?


Kecewakah aku dengan kepanatan yang sebegini?

Lalu diterjang gelap yang bukan main?


Tetapi aneh sekali atau sebenarnya ajaib kuasa Tuhan?

Kerana setelah kenal gelap itu, kita kenal cahaya,

Kerana setela…

Konfeksi: Gelap

Rebahkan.


Rebahkan ia agar ia menyentuh muka Bumi. Lalu pecah berderai berkecai lah ia.
Rebahkan ia. Rebahkan sesungguhnya.
Ketakutan itu. Kegentaran itu.
Gelap yang datang dan berpamitan.
Tuhan. Aku tahu Kau mendengarkan.
Sungguh, aku takut.
170820131059.
Ada cahaya datang menerpa masuk dalam ruang mata aku yang gelap. AH, silau! Perlahan, cahaya itu bergerak mendekat, yang bulatnya cahaya itu kian mampir.
"Fai?"
Mengadahkan kepala, aku belum terlihat siapa empunya suara, tetapi serasa aku kenal suara itu. Suaranya.
"Fai, kau kat mana?"
Aku tak pasti dia bisa atau tidak nampak aku yang sedang berteleku duduk merapatkan badan dan memeluk erat dua batang kaki sendiri di dadanya ini; tempat ini pun bahkan bukan main tiada cahaya. Aku takut pula dia terjatuh sebab tersepak apa-apa yang tidak patut.
Kukesat kelopak mata yang basah dengan hujung baju yang kesat. Yang lembut mana bisa menghilangkan sisa air mata ini.
"Ley?" Suaraku.
Cahaya nan membundar itu semerta berh…

Piramid di sekeliling kita

Waktu saya keluar dan berjalan meninggalkan bangunan separa oren-merah jambu di belakang saya petang semalam, di pagar-pagar geriji besi itu saya terlihat seorang manusia.
Yang tangannya separuh cepat separuh lambat, mencelek cat berwarna coklat di tiang batu yang baru keras beberapa hari lepas. Ya, ya, apartment saya diami sekarang 'ni dah semacam penjara (bak kata sebahagian pemandu teksi setiap kali saya naik teksi mereka) - pagarnya (meski tidak setebal tembok Konstantinople) yang mengelilingi ambang depan apartment kami itu memang serasa menyesakkan.
Tetapi, mungkin, lebih menyesakkan ialah pemandangan manusia yang bekerja menghasilkannya. 
Semalam, sewaktu saya melangkah masuk dan mahu mendaki tangga-tangga untuk ke tingkat atas, saya terfikir, kenapa tidak disudahkan siap-siap semua geriji-geriji besi ini (siap dicat, siap di-polish) sebelum dipasang? Abah saya pun serasanya akan mengecat semua gril yang ditempah sebelum dipasang - tetapi di sini, argh, sudah siap terpasang, s…

Garuda

Pada yang mengerti.  (Ya, yang paling mengerti pastilah Allah)

Sebenarnya, sungguh aku tidak menyangka kala kulihat garuda nan terbang tegap di angkasa itu, akan menyuakan raut kepayahannya di depan mataku.

Garuda yang tangkas terbang itu, kala ia teruji angin kencang, meski ia kuat melawan di mata kita, aku terasa kedinginan hatinya yang minta diteman. Lalu Allah mencukupkan itu ke dalam atma sang garuda.

Garuda yang ligat mengepakkan sayapnya ke benua dunia, dalam ketabahannya yang tekal dipersembahkan, dalam diam aku tahu betapa kuatnya jiwanya itu pun sebenarnya kadang tewas untuk ditanggung sendiri.

Lalu, aku teringin sekali mempersilakan dataranku yang tidak seberapa untuknya. Biar ia berehat sebentar dalam keamanan hijaunya dataranku. Biar sesekali ia lihat langit nan biru itu kala bersandar di dahan-dahan pokok di bawah.

Berbeza pastinya melihat awan nan biru itu sebagai penonton dengan kala kaulihatnya sebagai garuda yang melintasinya.

Kali ini, entah kenapa aku terasa garud…

Teknologi

Petang tadi, habis sudah siri Brave New World with Stephen Hawking ditonton. Aneh sekali, hal masa depan yang belum pasti itu, membuah semangat dan ketuntasan.

Daripada mesin, kesihatan, biologi sehingga teknologi, saya kira, saya terpesona. Keluasan ruang untuk saya 'berlari-lari' dan menjadi garuda. Ahaha.

Jujurnya, saya memang tidak berhasrat untuk bekerja (dan terperap - tak tahu kenapa saya nak guna perkataan "terperap") sebagai seorang ahli bioinformatik dalam masa yang lama (paling lama mungkin 2.5 tahun ?). Apabila melihat ruang potensi dan masa depan teknologi, saya optimis mahu menggeledah khazanah itu.

Teringat, sewaktu kecil, mak abah memang berhenti ganti komputer (yang rosak) setelah tiga kali diganti. Kali terakhir rumah benar-benar tiada komputer yang berfungsi adalah masa darjah tiga (tak silap). Sehinggalah umur saya cecah 16 tahun, barulah mak beli komputer untuk kegunaan di rumah.

Ya, sebabnya tangan saya yang 'baik' ini memang kerap memba…

Jauh

Aku mahu menyentuh keping-keping salju yang jatuh itu, namun tanganku sungguh jauh.

Aku mahu merasa gersang Bumi Musa namun sungguh kakiku tidak terlangkah.

Tuhan,

Bawa aku jauh, meninggalkan.

Aku tahu, dalam bicara yang senyap, Kau tahu, hai Tuhanku.

Biarlah aku mengembara dalam pelukan maghfirah dan rahmat-Mu.

Yang luas nian itulah lapangan jiwa yang Allah luaskan.

Yang sungguh saujana adalah kala menyandarkan diri pada-Nya.

Tuhan,

Sungguh aku manusia.

-------------------------------------------------

Kebisingan ini, aku perlu menjauh sebentar.



Lepaskan

Senyum.

"Itu bahagiannya dia. Itu bahagian yang Allah peruntukkan untuknya. Ya."

Sebegitulah. Aku tahu dalam ketidaktahuanku ini, betapa rezeki manusia berbeza peruntukannya. Maka, aku berlepas diri daripada memikirkan urusan yang Allah sudah tetapkan.

Dia lalu menoleh menghadapku. "Lalu mengapa muara air matamu kadang bergenang jua?"

Diam. Ya Latif, Ya Samad, sungguh aku khilaf dalam menangani sukma. Yakinku timbal-balik dengan raguku.

"Kerana aku manusia."

Lalu putaran Bumi yang melapang, membukakan mataku, masih ada yang buta, senang sekali berjalan dengan tongkatnya berketik di hujung jalan. Masih ada yang tiada berkaki bangun memperjuang hak manusia yang punya kaki...

Lupakanlah perkara yang harusnya aku lupa. Ingatkanku, apa jua yang seharusnya aku ingati.

Awan-awan berarak rendah, kutatap. Sungguhlah, yakin itu iman sepenuhnya.

Lepaskanlah sesungguhnya, wahai Tuhan yang Memegang Hati-hati Manusia.

Shah Alam.
230113. Bilik yang sejahtera senyap.

Aku: Pokok epal nan sebatang

"Sayang sekali, duduk di tingkat Dua Belas ni, pemandangan apa pun tak nampak." Katanya, berisi keluhan mungkin. 

Di sebalik kekisi besi putih yang sudah ada riak karat, kulontar pandangan ke luar. Aku ternampak sebatang pokok epal nan sebatang, tegak di atas bukit menghijau.

Kira-kira, kau dapatkah melihatnya?

Kira-kira, kau ada nampakkah sebiji epal kemerahan tergantung sendiri di hujung ranting?

Kira-kira, mata sepasang hitam atau biru itu, terlihatkah apa aku lihat ini?

Mataku secara zahir, menangkap gambar awan nan biru; Itupun kalau kudongak sedikit kepala ke atas. Depan mataku, di tingkat Dua Belas ini cuma bangunan yang menyerlah langsir jiran entah mana.

Tapi, aku nampak pokok epal nan sebatang itu.

Senyumku, pada hati sendiri. 'Tahukah, tempat terindah itu pada pandangan mata. Jika hati kita punya taman di dalamnya, bahkan tempat terburuk boleh jadi indah.'

Lumut di tepi pembahagi jalan itu, yang cantiknya pada kilat hijau yang pekat; Meski kau boleh melihatnya tan…