Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Cantik II

Didepangkan jemari yang mengulum tadi lalu direntangkan sebuah ‘hamparan’ dengan terbukanya jari-jemari tangan, merasakan angin-angin yang lepas bebas di atas tangan. 
“Angin, siapa sahaja pernah menyentuhnya. Lembut elusannya tetapi tidak pernah bersentuhan. Kau, manusia, takkan memiliki angin. Angin ini kepunyaan semua, terlebih lagi adalah milik Tuhan. Angin, tiupannya mendamaikan, petang tak senang tanpa tiupan si angin. Ia halus, tetapi bisa menumbangkan.”
“Kalau begitu, aku mahu menjadi seperti angin, Re. Wanita angin.”
“Cepat naik angin... “
“Hey, tapi cepat pula reda.”


Aku tersenyum dengan bicara Aure. Berbahasa yang indah, bukan semata retorik, meskipun retorik dan balaghah itu adalah sebahagian daripada bahasa. ‘Allamahul bayan. Aku suka sekali dengan jawapan Prof al-Attas pasal ‘al-bayan’ (penerangan) sebab selepas beliau cakap pasal al-bayan ni lah, aku sedar bahawa bahasa yang aku sebut ni, bukan indah sebab aku bermain dengan majaz sahaja (ya, ya, aku suka main metafora) tet…