Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Catatan Atas Bas

Seorang makcik pakai kurung coklat berbunga ungu. Satu satu popcorn masuk dalam mulutnya. Mulanya tadi dia buka ikatan tali rafia di leher plastik itu, lalu perlahan tangannya yang dah berkedut sedikit dimasukkan ke plastik dan mencapai mana bertih yang tersentuh.
Ada yang jatuh ke bawah dagu lalu terperosok ke lipatan bajunya yang coklat pekat atau kadang, ditelek dua tiga biji sebelum masuk ke mulut. Adakah tiga jalur kek pandanku membuatkannya teringatkan bertih-bertih kuning putihnya itu? Tiba-tiba aku rasa menyesal kalau ketidaksensitivitianku buat dia rasa lapar.
Di kirinya ada plastik merah yang dalamnya ada dua set periuk berbalut - baru lepas membeli? Banyak sekali beg kain yang perlu dibimbit, dua kukira. Dengan yang disandang di bahu kanan lagi, eh.
Satu dua cubit bertih tak henti masuk dan dikunyah. Adakah itu bertih yang sama di rumahnya yang juga dikemam-kemam anahknya? Kalau aku, memang sedap mengemam rasa manis bertih itu sampai gulanya larut masuk ke cel…