Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Rawak

Simone Weil dan Hannah Arendt menguatkan aku bahawa untuk wanita masuk dunia falsafah (meski bukan mahu jadi failasuf) adalah sangat wajar.
Kalau lelaki ada akal panjangnya untuk membangun dan mengkritik sesuatu falsafah dan pemikiran serta dapat melihat jauh ke depan, wanita ada limpahan perasaan dan empatinya untuk mencairkan sisi-sisi stagnan falsafah untuk mengambil kira boleh terkeluarnya falsafah agar ia makin berkembang.
"Lalu mengapa kalau kita ini perempuan, mahu pula berharap kita dapat berfikir seperti lelaki?"
Untuk kekal konsisten dapat memikirkan sebuah fikiran, aku belajar daripada lelaki - namun, berimbang dalam kelurusan ini serta memikir secara horizontal, aku fikir menjadi wanita mengajar aku ini. 
*Salsa!*

Teratai

Monet sebetulnya menyedarkan aku sesuatu yang terdalam dalam diri aku - kebutuhan akan sebuah kedalaman itu. Dua, tiga minggu ini aku sebetulnya dilanda kesempitan untuk berkeputusan. Aku semakin perasan kalau betul aku belum mahu memutuskan, aku rela menggantung perasaan mahu sekali dapat keputusan itu. Dan memaksa diri mengambil keputusan segera untuk sekarang adalah tidak baik. 
Aku tidaklah mahu tiba-tiba berkira-kira sangat tentang aktivisme, namun, setelah lima tahun ini (ya, barangkali empat tahun sahaja) aku aktif di dalamnya, aku fikir aku mahu ambil ruang sebentar untuk diri aku. Berbanding sewaktu aku sekolah, aku aktif dan ia tidak menenggelamkan aku - namun, lima tahun ini, sejak aku ada masalah sewaktu di INTEC, aku fikir aku telah terlalu lama menenggelamkan diri aku. Aku tidak berani dan aku tidak berani kerana aku tidak tahu atau setepatnya, aku tidak jelas. Kejelasan sangat penting untuk aku, meskipun, aku kira apa yang aku diminta buat pilihan ini pun begitu banyak m…

Pemikiran Sains I

Sewaktu aku mula menulis (dan memutuskan untuk akhirnya menulis) 'Di Jeda-jeda', aku sebenarnya seminggu bergelumang dengan kepertengahan aku - tidak mahu berpihak. Namun, sukar sekali untuk berada dalam posisi ini kerana aku sukar untuk tulis jika semua benda aku masih mahu tidak pasti. 
Sekonyongnya, hari ini (setelah tiga bab draf novel itu kuhantar) aku temui Harvey Siegel tulis lebih lima puluh tahun lalu. Ayatnya terus masuk fikiran: "Central tenets of the "old" philosophy of science, i.e., logical positivism or logical empiricism, have come under heavy and sustained attack. Generally rejected is the positivist distinction between theoretical and observation terms." (muka xv, Harvey, S., Relativism Refuted, 1952). Lebih separuh dasawarsa, pertentangan ini telah dijawab-balas-jawab dengan tidak ringan. Hari ini, apabila aku menukil sketsa pemerhatian Galileo sebagai contoh untuk menunjukkan bahawa pemerhatian tidak bebas nilai, sesungguhnya aku terasa…