Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Jeda 2

Seorang lelaki yang tinggal di Baghdad telah mendapat sebuah mimpi - ada sebuah harta karun tersimpan di suatu tempat di Mesir di bawah sebuah rumah seorang lelaki. Lelaki itu pun, keesokan paginya bergegas dan bersiap ke Mesir untuk mendapatkan harta karun itu. Berlumpurlah, berhujanlah dan beributlah dia menghurung perjalanan ke negeri di luar sempadan itu. Sesampai di sana, lelaki Baghdad ini bertembung dengan lelaki Mesir yang menurut mimpinya, di bawah rumah lelaki Mesir itulah harta karun itu tersorok. Lelaki itu pun sedang mahu bersiap; katanya, dia mahu ke Baghdad dan ada harta karun tersimpan di sebuah rumah seorang lelaki! (Siapa lagi agaknya lelaki di Baghdad yang dimaksudkan itu?) Maka, pulanglah lelaki tadi kembali ke Baghdad dengan berhujan, beribut dan berlumpuran juga.
Kisah ini, kata Gai Eaton, merentas tamadun - namun, Eaton tanya suatu perkara: adakah berlumpuran, berhujan dan beribut itu sia-sia diharung?  "... we sometimes have to venture out and travel far …

Jeda 1

Dante Gabriel Rossetti (1828-1882), Beata Beatrix, lukisan minyak. Tate.
Disentuh modeniti. Pagi-pagi aku terasa mukaku disentuh elus lembut modeniti. Aku terasa modeniti ini bagaikan hantu dan pagi-pagi ini ia datang mengelus rupaku dengan hujung jemarinya yang runcing-runcing sambil aku menutup mata merasakan gerak-gerinya di atas mukaku.
Barbara Andaya sungguh macam mengejutkan perasaanku sewaktu ia tulis (dan kubaca tentangnya pagi ini) tentang bunyi-bunyi di alam Melayu (dan Asia Tenggara secara umumnya). Aku tertanya, bagaimana nobat itu secara agungnya apabila berbunyi sahaja mendengarkan kebesaran seorang Raja? Kaubayang, sewaktu zaman yang begitu kurang telingkah bunyi tidak seperti sekarang, bahkan bunyi guruh adalah terlalu besar. Tanah Melayu tidak ada gunung berapi, lalu ujar Andaya, kalau guruh itu sendiri sudah terlalu menakutkan. Lalu, sewaktu kubaca tentang nobat dan betapa ia dapat signify keagungan seorang pemerintah (dan aku langsung tidak bernada pesimis mahupun ro…

Si penulis

Tiba-tiba, dua tahun itu macam langsung tidak pernah berlaku, namun, cuma ada kesebalan hari ini.

"Kau yang mahu minum juga jawapannya, bukan?"

"Aku meneguknya satu kali sahaja."

"Tak sunnah!"

Sepasang mata perempuan di sebelah kiri ini, kupandang. "Teguk berkali pun tak mengapa - dalam cawan itu ada cuma angin."

Si penulis terfikir bagaimana seorang kawan yang dipanggil itu tidak sudi menuang barang sedikit air untuk diteguk? Air hitamkah air putihkah, bukankah masih air?


Untuk Karlsruhe II

Ke hadapan cik Karlsruhe, 
Poskad daripada Franfurt, seperti dimaklumkan, memang sudah sampai seminggu lepas lagi. Membalas permintaan cik Karlsruhe (amboi, ayatku seperti lelaki nak memikat gadis!), inilah sedikit sambungan tulisan 'Untuk Karlsruhe'; barangkali memang dah lama kita pun tak berkesempatan berbincang-bincang (dan bergosip) macam dahulu.
Perkara pertama aku memang teringin nak bercakap dengan kau ialah tentang Islam. Sebetulnya, aku fikir payah juga kalau dalam masa kita mahu memahami sesuatu, kita sering juga terpaksa menahan kepala kita daripada terlalu tidak bertenang. Contohnya, aku fikir, apabila kita mahu memahami satu permasalahan dan idea, kita akan selalu terbawa-bawa untuk segera tanya juga "Hah, jadi nak kena buat apa sekarang?" atau juga "Solusinya apa?" Aku memang tak jarang ada banyak tolakan sebegini dalam kepala, meski aku teruskan sahaja usahaku mahu memahami permasalahan itu dahulu. Namun, dalam hal Islam ini, aku fikir ada …

Habiskan habis

Aku mencintaimu - itu sahaja. Habis.
Aku pernah mencintai seseorang dan itu bukanlah sebuah kefatalan - itu sahaja. Habis.
Suatu waktu yang aku tak peduli bila, apabila aku pun sudah sedia, akan jua aku mencintai orang lain - itu sahaja. Habis.
Ada waktu aku terasa badanku bertentang dengan apa hatiku dan akalku, tetapi itu sahajalah - habis.
Ada waktu akan takkan dapat baik senang denganmu, tetapi itu sahajalah - habis.
Memang telah terlalu lama tetapi ini bukanlah mematikan aku pun. Ia cuma datang dan pergi, lalu kalau hempas pintu, bunyi buka pintunya asyik mengacau, ya, silakan ini kubuka seluruh pintu dan ruang, masuklah dan minum tinggal di ruang tamu. Itu sahaja dan nanti habislah ia.