Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Jeda 3

Kita selalu
meninggalkan diri kita
dan sebahagian diri kita itu
disapu, dikumpul hujung penyodok,
lalu dibuang.

Rumah kita penuh dengan
kulit mati kita
potongan kuku kita
helai rambut kita
yang pernah jadi
sebahagian 'kita'

Penuh rumah ini
dengan kematian
tetapi sangat sedikit
yang nampak penuhnya
kematian yang telah tiba
dan disapu, dikumpul
serta telah dibuang itu.

Penuh Rumah Ini (2015)
Shah Alam.


Aku selalu bilang kepada diri bahawa orang itu adalah seseorang yang istimewa apabila mengenangkannya boleh membuatkan aku melahirkan baris-baris semacam puisi. Hari-hari kebelakangan ini apabila yang semacam puisi ini laju mengalir sahaja, aku pun rasa lega; lega kerana yang istimewa itu telah kembali kepada diri aku; lega kerana Allah telah merafak dan ambil apa yang tidak penting untuk jadi hantu-hantu dalam seharianku; lega kerana meski aku tidak pasti apa status mental aku sebetulnya, aku sudah tidak over-analyze, meski untuk tidak menipu, kekadang tiba-tiba hantu-hantu itu ha…

Jeda 2

Air tertumpah
"Eh, air tertumpah, jangan dimarah",
katanya.
Air tertumpah dilap,
disapu daripada lantai
supaya kering.

Air tertumpah
"Apa ini? Tertumpah lagi?"
kali ini terdengar tinggi nadanya.
Air tertumpah lagi,
dilap lagi, disapu lagi daripada lantai
supaya kering lagi.

Air tertumpah lagi
Dia tidak bersuara
Seperti Tom dalam Mindwalk,
"Apabila batu-batu bersuara,
aku terdiam."
Air akan selalu tertumpah,
tetapi sering itu jua,
kita lap ia dan sapu ia
agar lantai itu selalu kering.

"Untuk apa kering
dan perlu selalu dilap dan disapu?"
kalau muncul sang dekonstruktif
di ambang pintumu,
bagaimana?
Lalu tangan si lelaki nan berambut-rambut itu
pun sesenang menolak gelas dan baldi
untuk eksperimentasi.

Kali ini air tumpah lagi
Tetapi justeru bukan kerana itu,
aku selalu mengelap dan menyapunya.


Air Tertumpah Lagi (2015).
Bahagian Pengajian Sains dan Teknologi,
Universiti Malaya.

Jeda 2

Allah memang pengganti terbaik - bahkan, tanpa diminta. Aku meminta untuk Dia merafak suatu hal yang aku memang tidak mahu kuasai lagi dan Dia bahkan memberi dua hal yang mencukupkan: minggu pertama di Universiti Malaya untuk internship di bawah Prof Hazim Shah, aku dikenalkan sudah dengan Marleena - dia belajar Jerman (dan baru pulang daripada ke trip dua minggunya ke Jerman)! Aku pun bertanyakan kepadanya tentang mein dan meine yang mengelirukan itu apabila nomen bertukar-tukar; dia pun perbetulkan sebutan der yang sepatutnya 'di-er'; aku lalu berjanji akan bertanya lagi kalau aku bingung nanti. 
Hal kedua ialah tentang ziarahku ke rumah baru ustaz Zaidi di Seksyen 7 (yang memang untuk seketika membuat aku nostalgik kerana aku terpaksa melalui jalan-jalan rumah orang tertentu yang memang aku sangat ingati laluannya) dan aku diperkenal dengan nama Fatini Jaafar (yang kemudiannya aku temui tulisannya di Facebook) yang buat topik hampir denganku iaitu tentang pandang alam oran…

Untuk Leiden

Happy? Unhappy?  That's not relevant here. He still confided in his letters, without thinking they would be opened on their way. He still kept a detailed and honest diary, without the fear that he would lose it during a search. (Wislawa Szymborska, A Great Man's House,  Poems New and Collected:  1957 - 1997, ms. 190)

Aku menulis kepada engkau lewat hari yang sedang hujan di Shah Alam. Awalnya terima kasih atas permintaan untukku menulis kepada engkau dan aku sebetulnya betul teruja menulis untuk pertama kali kepada engkau secara umum. Baru malam semalam sewaktu berbaring menghadap ke siling putih di bilik, aku memutuskan untuk menulis kepada engkau - aku barangkali teringat detik-detik awal dengan seorang kawanku sewaktu kami masih berbahasa sebagai 'kawan liberal' - dan mengingat itu, aku teringat engkau: aku tidak mahu ada yang berubah, seperti kami berdua.

Pernah aku tertanya, mengapa manusia asing menyelesakan? Aku suka, kalau ke pondok atau masjid untuk pengajian, duduk be…