Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Nota 1

Massimo bawa kepada perhatian tentang self-examination yang memang menjadi tumpuan aku. Ada dua idea yang dia singgung: satu tentang akademia-falsafah dan kedua tentang akademia secara besar itu sendiri yang makin 'mengecil' fokus dan apa boleh dibuat?
Dia bawa contoh siri tulisan The Stone di The NYTimes, yang contohnya, artikel pertama sentuh tentang angka betapa kecilnya peratusan wanita (apalagi wanita berkulit bukan putih) iaitu hanya sekitar 16.6% di Amerika Syarikat. Aku seperti biasa tidak gemar dengan nombor dan pengaruhnya dengan melobi; tetapi aku tidak memperlekeh pandangan mereka yang melihat bahawa "Hoi, bila ni nak ada lebih ramai wanita dalam akademi falsafah?" Cumanya, pada aku, angka tidak menjanjikan tolakan apa-apa sangat: jika seorang dua yang dapat mengisi kekosongan (dan hei, ini dah lepas wacana 'perempuan patut duduk dapur sahaja') dan memang berkelayakan, dan nah, itulah yang setepatnya. Tetapi angka itu di satu sisi membuatkan kita b…