Skip to main content

PENULIS


"Dalam skala 1 hingga 10, berapa skala kegembiraan kau sekarang?" (El, pra-2016)


Nurshafira binti Muhamad Noh merupakan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), koordinator utama My Sisters Axis (MSA) dan lepasan BSc Bioinformatik. Antara projek terkininya ialah membangunkan KABARE Hub di Sijangkang serta membangunkan diri dalam ranah EdTech secara kecil-kecilan, pengembangan projek home tuition sejak dua tahun lalu. Dia berminat bercerita tentang idea, teori-teori, namun amat tidak gemar berbahas tanpa hala tuju (hidup lebih besar daripada berbahas tanpa henti). 

Amat berminat degan idea worldview Prof. Syed Naquib al-Attas, budaya ilmu dan idea pembangunan Prof. Wan Nor Wan Daud, dunia startups dan pemberdayaan masyarakat melalui pendidikan. Dalam masa lapang, selain menulis eceran-eceran yang enak dibaca sendiri dan membaca, penulis juga suka membelek lukisan-lukisan seperti Van Gogh, Edward Cooper dan Monet (seperti lukisan Waterlilies di atas). Merancang dalam sepuluh tahun untuk usaha 'fusion' akademia dan masyarakat untuk falsafah sains/ teknologi (serta sejarahnya). Penulis boleh dihubungi melalui emel nurshafiranoh@gmail.com atau dihubungi melalui LinkedIn (nama: Nurshafira Noh). 



Popular posts from this blog

Jeda Baru

Kata Wislawa, I am working on the world [1],  tetapi kataku, I am working on myself. 

Sambil mendengar  Kaze no Toori Michi  lagu latar My Neighbor Totoro (Hayao Miyazaki) 07 Jun 17
[1] Petikan daripada 'I'm Working on the World' karya Wislawa Szymborska yang dikumpul daripada bukunya koleksi puisinya dalam 'Calling Out Yeti' (1957), dicuplik daripada 'Poems, New and Collected, 1957-1997' terbitan Harcourt Books.

Pasca vertigo

Pasca kelajuan hari-hari aku sejak World Startup Festival, Youth:CoLab dan JOMLaunch6, aku rasa aku mahu dengar suara sendiri. Aku cuba menulis di ranah lain, di Medium, di laman sesawang sendiri, namun, mungkin sirih akan selalu pulang ke gagang. Aku sentiasa rasa suara aku dan diri aku selesa di sini. 

Aku perlukan ruang seperti itu - ruang yang aku tidak pedulikan sebanyak mana jaringan karier membaca atau apa ka dan melalui ini, orang kenal aku sebagai aku. 





Aku rasa sejauh mana pun aku menulis atau mencari ruang untuk menulis, ranah ini juga yang paling aku selesa. Ruang ini tidak melambangkan apa-apa selain ruang untuk aku menggunakan suaraku sendiri, bukan untuk karier atau mencari jaringan baru.
Kak Madihah berbual denganku di gagang telefon (telefon bimbit ada gagangkah?) beberapa hari lepas - dia menyuguh soalan: "Tidakkah aku catatkan di mana-mana semua pengalamanku?" 
Aku sebenarnya rasa aku belajar banyak namun aku tidak pasti apa yang orang lain boleh pelajari. Aku…

Buku : surat-surat Perempuan Johor

Surat-surat Perempuan Johor oleh Faisal Tehrani.
Kisah Ungku Nur dan Ungku Nurul. Dan sepanjang pengisahannya, hanya karangan berupa surat-surat yang ditulis oleh Ungku Nur, yang menjadi watak tunggak dalam sastera indah ini.
Bagaimana tasawwur (pandangan) tentang Islam itu sebenarnya dekat dengan Melayu. Melayu sahaja Islam. Dan itu bukan retorika semata.
Saya jadi tenggelam dalam cerita itu, meski duduk berjam-jam dalam Avanza yang bergoyang-goyang.
Novel epistolari, iaitu novel dalam bentuk surat, yang penulisnya adalah Ungku Nur kepada ayahnya, kak Longnya, Abang Razif, diri sendiri dan juga Tuhan. 
Menariknya kisah ini adalah pada pandangan dan pemikirannya yang diterjemah dalam bentuk realiti. Apa sebenarnya Islam dan bagaimana perlu dipandang dan dilaksana dalam pemerintahan sesebuah negara.
Persoalan yang agak berat namun tidak terasa kerana pengolahan bijak Faisal Tehrani. Sehinggakan, dapat merasakan sendiri pedihnya apabila Turki jatuh ke tangan pengkhianat, Johor dijajah akhirnya d…